
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid
Setiap bulan, 2-3 kali kami sekeluarga akan ke perpustakaan. Dan kebelakangan ini bukan kami yang merancang jadualnya, tetapi anak-anak sendiri yang mengajak ke perpustakaan. Alhamdulillah, mereka kelihatan lebih gembira berbanding di bawa berhujung minggu di pusat membeli belah.
Salah satu penarik anak-anak untuk ke sini ialah kerana kewujudan sebuah bilik yang penuh dengan ‘educational toys’. Bagaikan syurga mainan bila anak-anak dapat main dengan sepuas hati pada bayaran serendah rm1/bulan. Untungkan.
Jom jalan-jalan cuti mata lihat apa yang ada dalam bilik i-Play Toy Library di perpustakaan kanak-kanak Georgetown ni.
i-cook ; tempat yang digemari ramai. Kalau datang hari cuti ramai kanak-kanak tertumpu kat sini. Boleh buat BBQ, bakar roti, potong buah, basuh-basuh ; sampia pizza pun ada dalam sink dah.hehe. Memang nampak la kepuasan anak-anak bila memasak kat sini, keyakinan! Nanti lepas anak-anak masak mak pun kekenyangan la makan-makan..hihi
Dah siap masak pergi basuh baju pulak. Seterika baju, lepas tu solek-solek depan cermin tu. Wah..feeling macam dah besar la.
Jaga baby – mandikan, pakaikan baju dan tidurkan baby tu. Untung baby ni, ramai sangat kakak-kakak mengasuh. Siap berebut-rebut lagi..hihi
Mainan role play. Anak-anak paling teruja dengan set ahli bomba ni. Tapi pakej ni hanya ada di Perpustakaan Awam Seberang Jaya.
Deretan wooden toys. Sebagai penjual wooden toys, saya tau harga mainan-mainan di sini. Memang siap duitlah kalau nak belikan semua ni untuk anak-anak. Syukur ada kemudahan begini, dapatlah anak merasa main mainan berkualiti yang banyak manfaatnya kepada perkembangan minda.
Banyak lagi mainan dalam simpanan tu. Sesekali ada lah staf keluarkan mainan baru. Bukan apa, banyak sangat kat luar kadang-kadang anak jadi tak fokus nak main. Habis semua berterabur.
Longgokan softbook dan busybook. Memang canggih-canggih lah semuanya. Fateh sampai sekarang suka belek-belek busybook kat sini, walaupun dah terlebih umur..hihi. Yang sebelah tu workbench, nak bertukul ke, main skru ke, menggergaji semua boleh.
Bahan untuk permainan kumpulan. Macam-macam jenis ada. Tapi saya tak pernah pinjam lagi, saja bagi anak main puas-puas apa yang ada kat luar dulu.
Dan pelbagai mainan stimulasi lain lah. Segala jenis lego, mainan magnet, shape sorter, puzzle, flashcard boleh didapati di sini. Dan i-play toy library disediakan dengan kerjasama pihak-pihak di bawah ini.
Dan bagi penduduk pulau pinang, ini adalah waktu operasi bagi i-Play Toy Library di Perpustakaan Kanak-kanak Georgetown.
Untuk mengetahui lebih lanjut tempat-tempat yang mempunyai kemudahan i-Play Toy Library, boleh lawati i-Play Centre atau Facebook i-Play untuk mengetahui perkembangan terkini.