Hari ni jamuan hari raya di sekolah anakanda Fateh. Awal-awal lagi cikgu dah bagi surat untuk bawa makanan. Menu makanan pula dah ditentukan ikut kelas anak. Bila ummi tengok menu tahun 1, memang rasa tak semangat. Bukan menu yang ummi gemari untuk hidangkan pada anak-anak.

Jadi semalam saja post di Facebook peribadi bertanyakan idea dari rakan-rakan. Mana tahu dapat cadangan yang menarik kan. Dan respon dari ibu-ibu ni memang sungguh memberangsangkan. Alhamdulillah.

Oleh kerana kelas Fateh dalam kategori makanan segera, cadangan yang top ialah ayam popcorn, wedges dan sandwich. Ummi dah terliur tengok resepi sandwich. Tapi macam takda sokongan bos ja. Jadi pilih untuk buat skewer ayam popcorn bersama wedges. Wah excited la lepas kerja semalam keluar sopink beli bahan mentah.

Sampai rumah masak untuk berbuka dan cuba buat ayam popcorn sikit. Rasa macam ok la untuk makan budak-budak. Plan malam tu nak potong ayam dan kentang siap-siap, pagi nanti boleh masak terus ja.

Sekali lepas Isya ummi tidur kepenatan sampai lah ke sahur. Adoii..

Alhamdulilah sempat la buat ayam popcorn pagi tadi. Tu pun dapat 30 cucuk ja sebab patutnya selang seli dengan wedges dapat la banyak kan. Ala kulli hal itulah rezeki kawan anak-anak hari ni.

Jadi hari ni ummi share sikit la cara buat ayam popcorn yang senang kemain tu.

resepiayampopcorn

Potong isi ayam bentuk kiub. Kecik-kecik lagi rangup.

resepiayampopcorn

Salutkan ayam dengan tepung rangup. Ramai cadang guna Tepung Bestari. Tapi semalam dah habis yang original. Jadi ambil la jenama lain. Saya rasa takda apa-apa yang istimewa pun. 😛

Tepung ni boleh buat sendiri ja. Campur tepung gandum, baking powder dan garam. Kalau nak pedas letak rempah atau serbuk cili. Selalu saya buat cendawan goreng rangup kemain dah.

resepiayampopcorn

Lepas dh bersalut cantik macam tepung gomak tu (kiri), renjiskan air bagi tepung lembab (kanan). Baru tepung tu melekat pada ayam. Renjis ja, jangan basuh pulak.:-D Yang ni sebaiknya buat sikit-sikit. Macam saya buat ni dia bergumpal jadi lambat nak pisahkan semula.

resepiayampopcorn

Ok sekarang ayam tu dah pakai masker kan. Masukkan semula dalam tepung goreng yang kering. Jadikan dia tepung gomak semula.

Guna teknik ni tak perlu nak celup-celup telur macam ajar ka belakang bungkus tu. Teknik ni dapat secara langsung dari pengurus KFC Jitra beberapa tahun lepas. Sekarang beliau dah berhijrah ke restoren lain. Lagi glemer.

resepiayampopcornOk lepas gaul tepung kali ke 2 tu, terus masukkan dalam minyak yang panas meruap-ruap tu. Deep fry ya. Nak buat benda macam ni tak boleh kedekut minyak. Tu dah selamat berenang dalam lautan minyak panas, kacau-kacau sikit dan tunggulah sampai garing.

Dah garing tu tadaa…

Inilah hasil popcorn ayam kelam-kabut 45 minit from strach to skewer.

resepiayampopcorn

Nak bagi mudah kanak-kanak makan, cucuk la kat lidi sate tu. Selang seli dengan wedges, dengan ceri ke, apa-apalah bagi meriah. Semua tu hanya mimpi-mimpi indah tatkala tidur dalam kepenatan.

Hasilnya chicken popcorn skewer homemade with love by Ummi Fateh. Amboi nama lagi panjang dari masa makan popcorn yang krup-krup tu dah. Kiki.

resepiayampopcorn

Kalau ibu-ibu nak frozen untuk masa depan yang gemilang, susun ja dalam dulang lepas gaul tepung kali ke 2. Letak kat bahagian sejuk beku sampai beliau mengeras. Dah keras boleh la masukkan dalam bekas yang lebih kecil. Dia tak melekat dah lepas tu.

Selamat mencuba!