
Kami mula kenal semasa di USM lagi. Dulu, Leader bisnes saya ni senior dalam persatuan. Masa saya sambung master, kami jadi housemate pula. Masa ni beliau mengajar di salah sebuah sekolah di Penang. Bermulalah panggilan Cikgu yang payah nak lekang sampai lani.
Selepas kahwin dan membawa haluan masing-masing, dalam penghujung 2017, saya ternampak iklan intake agen Tasneem di posting facebook. Memandangkan saya baru selesai submit tesis masa tu, semangat nak cari persekitaran baru memang berkobar-kobar lah.

Nak pula ada offer bimbingan marketing. Servis bekam yang dah sedia jalan tak ada panduan. Macam kena ja dengan masanya.
Lepas daftar sebagai Agen Tasneem Naturel, bermulalah episod mengenal sisi dunia lain.
Urus database, run facebook ads, teknik iklan dan serba serbi semuanya saya belajar dalam kelas-kelas Tasneem sama ada yang langsung diajar oleh Cikgu Kinah atau HQ Tasneem Naturel.

Sesekali saya singgah rumah Cikgu Kinah untuk ambil stok dan berlaga lutut. Macam-macam la ilmu diperturun. Banyak juga persoalan bisnes terungkai masa ni.
Satu perkara yang jelas tentang Leader saya ni, ‘she walk the talk’. Dokumentasi tip top, siap boleh tunjuk rekod sale dan planning bisnes, pengurusan team pun mantap.

Orang berjaya pasti ada rahsia kan?
Antara yang saya sempat saksikan dari zaman bujang dulu ialah amalan berpagian dengan tahajjud dan Mathurat beliau. Dalam satu program HQ Tasneem pun saya masih lihat amalan yang sama.
Cikgu Kinah selalu pesan, jalan terus. Dalam masa yang sama, jangan buat dengan kudrat kita saja. Mohon dan yakin dengan bantuan Allah perlu selari.
Saya tau, doa Cikgu selalu ada kan? Saya juga doakan Cikgu selalu. Moga diberkati ilmu yang diberi dan dapat saya panjangkan untuk anak-anak team pula nanti.