Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Baru-baru ni semasa ambil anakanda Faqihah dari sekolah, guru kelasnya memberikan laporan perkembangannya dalam subjek matematik. Gurunya nampak teruja kerana Faqihah sudah boleh menulis 1-20 tanpa kaedah surihan lagi (dotted line). Dia ada bertanyakan adakah Faqihah sudah mula menulis di rumah.

Ya, saya sekadar berkongsi Faqihah memang suka menulis malah sering melukis di rumah. Sebagai ibu saya bersyukur kerana perkembangan Faqihah adalah selari dengan usianya. Kita hanya mampu membimbing anak-anak, selebihnya rezeki dari Allah yang menentukan bilakah anak akan menguasai sesuatu kemahiran tersebut.

Mengenai kemahiran menulis, saya sendiri pernah merasai kebimbangan semasa anak sulung belum dapat memegang pensel dengan baik ketika usia mencecah 4 tahun. Dan salah satu mainan yang saya temui semasa membimbing anakanda Fateh memegang pensel dengan betul ialah menggunakan mainan knob. Mainan knob bagus dalam membantu perkembangan motor halus, kognitif mahupun emosi kanak-kanak.

knob vegetable

Mainan knob direka untuk melatih otot-otot kecil pada tangan anak untuk memegang objek kecil. Aktiviti meregang dan menguncupkan otot semasa memegang knob akan menggalakkan perkembangan motor halus yang lebih baik. Kanak-kanak bermula memegang objek dengan semua jari. Apabila bermain knob, mereka terpaksa belajar memegang menggunakan 3 jari.

testimoni knob_wm

Ia secara tidak langsung melatih mereka memegang objek kecil dengan 3 jari sekaligus dapat belajar memegang pensel dengan lebih betul (tripod grasp).

tipanakbelajarmenulis3

Selain membantu perkembangan motor halus, permainan knob juga direka untuk membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Gambar-gambar yang dipilih untuk mainan knob dapat membantu menambah kosa kata, belajar menyebut huruf dan nombor. Aktiviti belajar sambil bermain dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada anak kerana mereka belajar dalam mood yang ceria.

Dalam 2 bulan, anak saya sudah boleh sebut nama haiwan dari mainan knob puzzle.

Kongsi Puan Nik Irma yang belikan 6 set mainan knob haiwan untuk anaknya yang berusia 2 tahun

kebaikan knob puzzle

Di samping itu, kepuasan anak-anak bila dapat meletakkan knob pada tempat yang betul akan meningkatkan kepuasan emosinya. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan diri  dan meningkatkan minat kepada aktiviti pembelajaran berkaitan. Pujian ibubapa dalam suasana yang ceria juga akan menjadikan kehidupan anak kecil lebih bermakna.

testimoni knob 3_wm

Jelas di sini, Mainan knob bukan hanya dapat membantu perkembangan motor halus, malah memberi kesan yang sangat baik kepada perkembangan kognitif dan emosi anak kecil. Mainan ini sesuai didedahkan kepada anak seawal mereka boleh duduk untuk bermain. Namun ibubapa perlu pastikan mainan knob yang dibeli memenuhi ciri-ciri keselamatan permainan kanak-kanak.

Dapatkan pelbagai pilihan mainan knob untuk anak anda di SINI