
Alhamdulillah, Pulau Pinang disimbah hujan lebat pagi ini. Hujan yang mendatangkan rahmat kepada segala semua makhluk. Dan membawa pergi segala kotoran alam hasil dari tangan-tangan manusia. Belakang rumah saya ni sungai yang menghala ke laut. Bila hujan ja memang boleh nampak segala sampah domestik dan organik di bawa bersama dalam aliran sungai yang laju. Semua tu akan mendarat di lautan Allah yang maha luas. Itulah laut yang kita miliki hari ini. -_-
Oh ya, pagi ni saya nak kongsikan mengenai kegunaan blackboard sticker. Walaupun fokus utama blackboard sticker ni adalah untuk aktiviti pembelajaran anak-anak, tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan lain. Bila jumpa gambar-gambar ni semua rasa teruja pula nak buat juga. Apa-apa pun saya kongsikan kegunaannya di sini dulu ya.
Memo board
Setiap hari kita ada macam-macam benda nak ingat kan. Lagi bertambah isi rumah, lagi banyak benda nak ingat kan. Walaupun dah bagitau anak apa dia perlu buat, tapi masih juga kita sebagai ibubapa kena ingatkan. Jadi memo board adalah salah satu kaedah untuk mengingatkan anak-anak dan kita sendiri mengenai tugasan masing-masing.
Perancangan mingguan dan bulanan
Hari-hari yang sibuk pasti dilalui dengan lebih tenang apabila semuanya berjalan seperti dirancangkan. Organizer kita ada di sana sini samada dalam telefon bimbit, dalam planner peribadi mahupun di pejabat. Tapi akhirnya kita akan pulang ke rumah dan sesuaikan perancangan kita dengan seisi keluarga. Adalah sangat mudah apabila kita sekeluarga mempunyai satu tempat rujukan bersama. Dan tempat yang paling mudah dirujuk adalah dinding rumah! ^_^
Shopping list
Waktu sedang masak lah kita akan sedar apa yang habis. Dan waktu itu jugalah kita perlu mencatatnya supaya tidak terlupa. Mujurlah blackbord sticker boleh ditampal di mana-mana dan sesuai untuk pelbagai jenis permukaan. Satu solusi yang bagus kan.
‘Penyelamat’ peti sejuk
Waktu memasak adalah waktu yang kritikal bagi ibu yang mempunyai anak sedang membesar. Segala peralatan dapur akan jadi ‘mainan’ tidak rasmi. Dan salah satu yang sering menjadi mangsa juga adalah dinding peti sejuk. Mungkin idea ini boleh memberi peluang kepada anak menemani ibunya memasak dengan lebih tenang. Belum cuba belum tahu kan. ^_^
Hiasan dinding
Hitam itu menawan. Dan ditambah pula dengan sentuhan tangan yang kreatif, maka blackboard sticker yang murah ini pun akan menjadikan dinding anda tampak ekslusif. Takda idea? Google kan ado.
Menarik kan. Banyak lagi sebenarnya kegunaan blackboard sticker ni. Yang pasti pelaburan untuk mendapatkan memang berbaloi. In syaa Allah. Untuk dapatkan blacboard sticker klik SINI.