Bila nak mula ajar anak membaca kita pun sedar ada banyak pilihan pakej belajar membaca di pasaran. Sekali tengok macam semuanya best. Semua nampak berkesan. Betul tak?

Dan memang pun semua kaedah tu berkesan untuk bantu anak belajar membaca. Sebab tu ia ada di pasaran kan. Yang penting  apa pun pakej yang kita pilih, kita perlu tahu apa kelebihan menggunakan pakej tersebut.

Salah satu pakej belajar membaca yang telah lama berada di pasaran ialah Pakej Bacalah Anakku. Pakej ini disusun oleh pasangan yang aktif perkenalkan kaedah fonik di Malaysia, Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Tuan Othman Ahamad.

Bacalahanakku

Mereka berdua berpengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak terutamanya dalam bidang literasi. Pakej ini telah lebih 15 tahun berada di pasaran dan membantu ramai kanak-kanak dapat membaca seawal usia prasekolah.

Untuk mula mengajar anak menggunakan kaedah ini, kenalkan fonik (bunyi huruf) terlebih dahulu. Cara yang mudah ialah dengan memasang video “Abu Ada Ayam” pada anak. Lagu yang rancak dan jalan cerita yang menarik akan menyebabkan anak seronok menonton video ini. Secara tak langsung minda anak sudah menyerap fonik tersebut.

Bacalahanakku

Kemudian ibubapa boleh mula gunakan flashcard untuk pengukuhan. Hanya imbaskan beberapa kad sambil sebut fonik dalam 1 sesi. Setiap sesi tidak lebih dari 10 minit atau sebelum anak tunjukkan rasa bosan. Yang penting aktiviti ini mestilah dibuat konsisten setiap hari.

Kad imbas juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti menarik bersama anak. Aktiviti yang pelbagai menjadikan anak dapat belajar membaca tanpa tekanan. Ini sangat membantu anak mengusai bacaan dengan lebih cepat.

ReadEasyCepatbacaenglishVCD

Setelah anak kuasai fonik huruf untuk buku 1, barulah dedahkan dengan kaedah gabung bunyi. Gabung bunyi adalah kemahiran penting bila belajar membaca guna kaedah fonik. Bila anak sudah kuasai kemahiran gabung bunyi, sangat cepat progres belajar membaca.

Bila anak anak mahir melakukan gabung bunyi, barulah ibu mula menggunakan buku 1. penggunaan buku lebih kepada pengukuhan aktiviti yang sudah dijalankan secara santai. Pada peringkat awal proses belajar membaca, kita tidak terlalu bergantung kepada buku.

Keunikan pakej Bacalah Anakku ini kerana ia menggunakan sistem fonetik. Kaedah ini sangat mudah dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah kerana sesuai dengan proses perkembangan kanak-kanak. Sukukata yang diperkenalkan dalam buku ini juga mudah dan bermakna. Anak dapat hubungkaitkan dengan kehidupan seharian.

Buku ini dicetak dengan ciri-ciri  flashcard Glenn Doman. Latar belakang buku berwarna putih, dan tulisan berwarna hitam dan merah. Saiz tulisan juga besar dan jelas. Ini semua faktor penting untuk menarik minat anak membaca terutamanya di usia prasekolah.

Buku ini kan mengulang-ulang perkataan yang digunakan. Ini membantu anak betul-betul menguasai bacaan. Cerita yang berirama juga menimbulkan rasa seronok anak kecil bila membaca.

Buku ini juga tidak dimuatkan terlalu banyak gambar. Ini untuk mengurangkan gangguan kerana kita sedia maklum anak kecik suka dengan gambar berwarna warni. Penggunaan gambar hanya untuk membantu anak lebih mengingati fonik pada keadaan tertentu.

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku ini mempunyai 7 buah buku. .Setiap buku hanya sekitar 30 mukasurat sahaja. Ini menjadikan buku bersaiz A5 ini mudah dipegang dan sesuai dengan keperluan anak kecil. Buku dari kertas berkualiti dengan glossy juga dapat memanjang hayat buku lebih lama walaupun berada di tangan anak kecil.

BacalahAnakku

Gabungan di bahan asas ini iaitu Video lagu, kad imbas dan buku akan membantu anak mengusai asas mebaca dengan cepat. Yang penting kita sebagai ibubapa berusaha dalami ilmu bagaimana teknik yang betul mengajar anak di rumah.

Dengan ilmu dan usaha tanpa jemu, in syaa Allah ramai kanak-kanak di Malaysia dapat membaca sejak awal usia prasekolah.

Selamat mencuba. 🙂

Untuk dapatkan Pakej Bacalah Anakku boleh klik di SINI.