Hari ni saya nak kongsikan tentang teknologi terkini dalam pendidikan kanak2, yang semakin banyak pilihannya dalam pasaran. Iaitu kaedah pembelajaran menggunakan SMARTPEN dan SMARTBOOK.

Apakah smartpen?
Smartpen ialah peranti elektronik yang boleh membaca maklumat yang tersimpan di dalam cip elektronik pada ‘smartbook’. Hanya halakan muncung pen pada bahagian yang hendak dibaca, pen akan keluarkan suara menyebut perkataan tersebut.

Apa kelebihan smart pen?

1- Smartpen menjadi ‘guru professional’ secara tak langsung kepada anak-anak. Terutama bagi ilmu2 yang memerlukan kemahiran khusus seperti cara bacaan ayat Al Quran dan sebutan perkataan bahasa inggeris dengan betul.

2- Menjadikan seisi pembelajaran lebih interaktif berbanding anak membaca buku sendiri. Malah intonasi ‘suara’ dari pen ini juga menjadikan anak berminat membaca lebih lama.

3- Alternatif gajet yang lebih sihat. Dengan smartpen ini anak masih lagi membaca buku secara aktif, masih memegang buku fizikal, masih menyelak helaian buku dan anak cenderung untuk mengikut ajaran ‘ smartpen’ ini.

Paling penting apabila ibubapa melabur untuk membeli smartpen, pastikan anda memahami apa fokus utama pakej smartpen tersebut. Barulah ia menjadi pelaburan yang bermanfaat untuk anak anda.

Dan..apa juga alat pendidikan, ia hanyalah alat. Ia hanya untuk memudahkan ibubapa, bukan menggantikan peranan kita memberi perhatian kepada anak2.

Semoga anda beroleh manfaat dari perkongsian ini.