Kisah Kelebihan Istighfar yang menyentuh hati

1
144
views

Pagi ini dengar 2 klip video mengenai istighfar, keduanya berkongsi kisah yang sama. Jadi saya terpanggil untuk catatkan kisah itu di sini buat pedoman kita semua dalam beramal.

Ada sebuah kisah yang masyhur mengenai kelebihan istigfar. Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal rasa sangat teringin untuk pergi ke suatu tempat di Baghdad. Beliau sendiri tidak tahu kenapa teringin ke sana.

Maka bermusafirlah beliau ke sana. Ketiba tiba di tempat itu, beliau dengar azan maghrib. Beliau pun terus ke masjid dan berada di sana sehingga selesai solat Isya’. Selepas solat Isya beliau berhajat untuk bermalam di masjid tersebut, namun di halang oleh siak masjid. Sehinggakan nak menumpang tidur di beranda masjid pun tak diizinkan.

Gambar sekadar hiasan

Walaupun nama Imam Ahmad terkenal pada ketika itu, tapi pada zaman tu orang tak kenal muka ulama’ tersebut. Bukan macam dalam dunia teknologi sekarang.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang pembuat roti. Beliau pun mengajak Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Beliau menyuruh Imam Ahmad berehat dan beliau sibuk menguli roti untuk jualan.

Imam Ahmad kagum dengan pembuat roti ini. Sepanjang beliau menguli roti, bibirnya tak henti-henti beristigfar “Astagfirullah waatubu ilaik”. Setiap gerak kerjanya diiringi dengan zikir.

Istigfar ini sudah diamalkan oleh pembuat roti itu sejak bujang

Imam Ahmad pun bertanya sejak bila beliau amalkan zikir tersebut. Katanya dia sudah amalkan sejak bujang. Dan usianya ketika itu lebih kurang Imam Ahmad yang dipanggil syaikh (wahai orang tua) oleh orang yang tak mengenalinya dalam kisah tersebut.

Imam Ahmad bertambah kagum dengan beliau. Lalu Imam Ahmad pun bertanya apa kebaikan yang beliau dah dapat dari istigfar tersebut. Pembuat roti itu pun menjawab, sepanjang hidupnya tidak ada hajat beliau yang Allah tidak makbulkan.

Cuma ada satu sahaja hajat lagi yang beliau masih belum dapat “Aku teringin sangat nak berjumpa dengan Imam Ahmad bin Hanbal”

Ketika itu Imam Ahmad bangun dan memeluknya dan menyatakan “Hari ini Allah telah makbulkan permintaan mu. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal.”

Masya Allah, begitulah mudahnya Allah makbulkan impian hambanya kan. Tanpa perlu bersusah payah mencari, Allah ‘hantar’ Imam Ahmad bertemunya.

kelebihan istighfar

Imam Ahmad bin Hanbal adalah ulama yang disegani semasa zamannya

Begitulah kehidupan ini kawan-kawan. Lumrah kehidupan setiap hari ini mempunyai pelbagai hajat, walau sesukar manapun hajat tersebut sangatlah mudah untuk Allah makbulkan.

Sama-samalah kita tingkatkan istigfar sebagai jalan pembuka rezeki. Yang penting apa jua amalan yang kita lakukan, amalkan dengan penuh yakin Allah mampu memberikan kebaikan yang banyak pada kita. Wallahualam

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here