Komik Gaza Terbaik ini sangat membantu memahami isu kemanusian di Palestin. Sejujurnya saya sendiri betul-betul faham isu ini selepas baca siri komik Gaza keluaran Iman Publication ini.

Masa zaman kampus saya pernah juga jadi sukarelawan untuk program-program kesedaran masyarakat mengenai isu Palestin ini. Kebiasaannya dalam program ada ceramah dari aktivis yang terangkan kronologi peristiwa satu persatu dengan penuh semangatnya.

Tapi bagi seseorang yang buta sejarah ini bila ada kronologi akan rasa susah nak hadam. Separuh jalan ja melayang lah imaginasiku.

komik gaza terbaik
Sejarah Palestin mencatatkan kronologi perjuangan yang panjang untuk dihadam

Jadinya masa jaga booth pameran tak tau la ku kelentong apa. Yang penting pamplet habis, ramai tandatangan petisyen dan dana kutipan dapat banyak.heheh.

Kita tahu ini perjuangan yang penting untuk ummah, tapi tak tahu sebab apa. Jadi kebanyakan masa kita akan bercakap atas faktor emosi.

Sekadar beremosi tak cukup untuk mengajak orang lain kepada kebenaran. Kenapa sekarang timbul isu-isu suruh berdamai, tak menyebelahi mana-mana pihak dan sebagainya kerana tidak faham kenapa kita perlu bersolidariti dengan Palestin.

Kalau difahamkan dengan betul in syaa Allah makin ramai yang akan memilih untuk bersama perjuangan suci ini. Salah satu cara untuk memahami isu Palestin adalah dengan dapatkan koleksi Komik Gaza ini.

Komik Gaza Palestin Terbaik di Malaysia

Kelebihan Komik Gaza terbaik ini

1. Boleh kenal nama wilayah Palestin

Pada saya komik ini dihasilkan oleh pengkomik yang genius. Beliau gunakan nama wilayah di Palestin sebagai watak dalam komik ini. Jadi secara tak langsung kita pun akan kenal negara ini dengan lebih dekat. Menarik kan.

Komik Gaza Palestin Terbaik di Malaysia
Antara watak utama komik Gaza

2. Jalan penyampaian ceritanya mudah difahami

Cerita ringkas tapi padat, tak bosan dan ada rumusan kronologi untuk susunkan balik maklumat. Fakta sejarah di sampaikan dengan cara yang santai tapi sampai.

3. Lukisan yang menarik

Elemen lukisan yang melahirkan rasa seperti kita berada dalam situasi tersebut. Ia lukisan yang menjentik minda dan menghidupkan jiwa in syaa Allah.

Saya cadangkan semua perpustakaan perlu ada buku ini, termasuklah perpustakaan di rumah kita.

Semoga diri sendiri, anak cucu keturunan kita akan ada kefahaman yang lebih jelas mengenai isu ini dan menjadi sebahagian dari mereka yang memperjuangkannya in syaa Allah.

Komik ini keluaran IMAN publication, dah ada sampai siri 8. Harga rm10 sebuah.

Moga dipermudahkan kalian mendapatkannya. ❤️