Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Mainan 6 wall block, pilihan mainan puzzle yang lebih mencabar untuk anak anda. Kenapa saya katakan ia mencabar? Jom lihat ciri-ciri mainan 6 wall block ni.

tray

Mainan ini terdiri daripada 9 buah blok yang bercetak di semua permukaannya. Setiap permukaan mempunyai gambar berlainan. Jadi menggunakan 1 set mainan ini, anak anda boleh menghasilkan 6 gambar berlainan. Untung kan..

IMG-20150527-WA0020 IMG-20150527-WA0021 Slide3

Selain itu, mainan 6 wall block ini lebih mencabar berbanding puzzle 2 dimensi biasa. Anak-anak perlukan lebih tumpuan untuk membuat keputusan gambar manakah yang terlibat dengan puzzle yang dia sedang bina.

Contohnya jika anak bermain set ‘Jungle Animals‘, dan sedang membina gambar harimau. Dia mungkin terganggu dengan gambar-gambar dari puzzle gajah, monyet dan lain-lain.

Pada peringkat awal anak sedikit keliru semasa bermain. Tapi apabila mereka sering bermain, dapat fokusnya lebih baik dan dapat mengecam gambar dengan sangat pantas. Malah lebih pantas dari ibubapanya. Ouch!

demo

Selain itu, puzzle ini juga sangat jimat. Dari 1 set, anak dapat hasilkan 6 gambar. Ia seperti anda belikan mereka dengan 6 keping puzzle biasa berlainan. Untungkan!

IMG_20151217_095834

6 wall block juga boleh dimainkan seperti mainan blok kayu biasa. Apatah lagi ia diperbuat daripada blok kayu ringan, maka hanyat penggunaannya lebih panjang. Anakanda Faqihah sudah bermain dengan blok ini seawal usia setahun, dan mula menyusun menjadi puzzle ketika usia mencecah 3 tahun.

Dan dia masih tidak jemu bermainnya hingga sekarang. Kerana mainan blok mempunyai keunikan tersendiri perkembangan kanak-kanak.

gabung

Binaan kretif Anakanda Fateh – gabungan mainan 6 wall block dan Garden Beads

IMG_20151215_085911

Bangun tidur terus cari mainan

IMG_20150121_200042

Susunan gaya bebas

Terdapat 6 tema pilihan yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak iaitu Farm animal, Jungle Animal, Sealife, Insect, Transport dan Dinasour.

dinasour insect sealife

Berminat nak dapatkan mainan 6 wall block untuk buah hati anda? Order sekarang di SINI