Sesekali boleh la cuba idea ni.

1) Colour sorting

Minta anak pilih warna masing, mak pun pilih jugak. Lumba sapa yang dapat kumpulkan semua warna pilihannya dengan cepat. Yang bestnya masa main ni Fateh sorang ja bersemangat, jadi cepat la dia kumpulkan semua. Dah siap tu dia pulak yang bersemangat kumpulkan untuk Faqihah dengan ummi sekali. Kesimpulannya semua ‘color sorting’ tu dia yang buat.


2) Counting

Dah siap kumpulkan, kira kira pulak sapa yang paling banyak. Ni kalau anak dah ada semangat berlumba kena pastikan item tu lebih kurang bilangannya ikut warna. Ataupun kena hadkan masa untuk peringkat colour sorting tu. 


3) Arrange in straigh line

Dah siap kira, kita susun pulak sapa yang paling panjang. Biarkan anak susun ikut kreativiti dia. Masa kali pertama susun Fateh main letak ja, ada yang diletaknya melintang. Bila dah siap susun tu kita pun tunjuk kat dia apa akan jadi kalau dia susun semua objek-objek tu menegak. Wah..teruja la beliau tengok barisannya jadi makin panjang. Barisan yang lurus juga akan menjadikan ia lebih panjang.


5) Measuring the lenght

Bila dah nampak barisan yang panjang tu, ummi pun dapat idea. Kita ukur lah pulak. Latih anak guna pita pengukur dengan betul, walaupun cara bacaan kurang tepat. Okey la, sebagai pendedahan awal untuk anak faham mengenai pengukuran.


6) Writing the data

Bila dah hujung-hujung tu terfikir la pulak, kenapa tak tulis ya semua data yang kumpul tu. Ummi pun suruh la Fateh catat semula berapa bilangan objek bagi setiap warna dan bacaan panjangnya.

Dah settle semua lawan masukkan semua mainan dalam bakul la jugak.

Kesimpulan aktiviti hari ni,

1) kita boleh pilih untuk kemas mainan anak-anak sendiri bila diorang dah tidur ; sedikit sebanyak ia akan mewujudkan sikap kurang bertanggungjawab kepada anak-anak.

2) Kita boleh pilih untuk pastikan anak kemas mainan dengan cara paksa ; anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kasar dan tidak membentuk sikap tanggungjawab

3) Didik anak mengemas mainan dengan rasa gembira ; Pilihan yang terbaik dan pastinya memerlukan persediaan mental dan emosi yang tinggi di kalangan ibu2..fuhh..

p/s : berkat kerajinan Muhammad Fateh tolong adiknya, beliau menang semua kategori dalam pertandingan ini. Sekian.