
Wah..macam ekstrem bunyinya latih bayi minat membaca kan, tapi ia memang tidak mustahil. Kan pepatah ada menyebut,
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jadi, seawal mungkin kita cuba terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak kita, in syaa Allah.
Boleh membaca dan minat membaca adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang boleh membaca, tapi malas untuk mencari ilmu melalui membaca. Kerana itu kita perlu terapkan keseronokan membaca sejak kecil lagi.
Saya sungguh teruja dengan tips melatih bayi minat membaca yang saya dapat dari buku ‘Creative Parenting Today’ hasil tulisan Andi Yudha Asfandiyar.
Disini saya kongsikan beberapa tips yang telah diolah untuk kita amalkan bersama.
1) Ketika masih bayi, biarkan anak memegang, melihat, malah menggigit buku! Macam mana tu ya? habislah koyak buku. Jangan risau, sekarang kan dah ada ‘softbook’, ‘foam book’ dan buku kalis air. Manfaatkan buku-buku ini untuk bayi anda. Boleh dapatkan buku untuk bayi si SINI.
2) Komik juga dapat merangsang minat anak membaca, pastikan pilih komik yang sesuai ya.

Fateh bersama komik Muslim Show
3) Adakan acara-acara menarik, contohnya membaca di bawah meja makan! wah..kena cuba ni..

Acara panjat rak buku pun menarik juga kan
4) Sesekali bawa anak ke kedai buku, pameran buku dan perpustakaan. Ya, betul..anak saya memang sangat teruja kalau ajak ke perpustakaan. maklumlah buku-buku ni bahagian kanak-kanak tu banyak..menarik..dan suasana yang sangat merangsang pembacaan.
5) Galakkan anak membaca tulisan-tulisan yang terdapat pada kotak dan bungkusan makanan atau minuman. Baca papan tanda tepi jalan pun bagus untuk hilangkan kebosanan perjalanan jauh.
6) Tunjukkan kepada anak tabiat membaca dan menyimpan buku yang baik dan konsisten. Ya, ibubapa adalah contoh teladan paling hampir dengan anak-anak. Kalau kita di waktu lapang hanya cepat untuk cari remote tv, capai gajet, masakan anak kita tiba-tiba jadi rajin membaca. TABIAT kita selalu membaca di depan anak akan tertanam di dalam mindanya dan membentuk tabiatnya kelak.
Semoga tips ini dapat menjadi paduan ibubapa melatih bayi minat membaca seterusnya dapat belajar membaca sendiri dengan lebih berkesan. In syaa Allah
p/s : Dapatkan PAKEJ PANTAS MEMBACA yang telah membantu ramai ibubapa mengajar anak membaca sendiri di rumah.