
Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas.
Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pasti suasana tapak pameran banyak kawalan dan pergerakan akan menjadi terhad. Jadi saya memelih waktu petang untuk lawatan kami kerana saya akan uruskan anak-anak sendirian memandangkan suami bekerja hari ini.
Ketika maklumkan kepada anak mengenai lawatan ini, mereka sangat teruja kerana tahun lepas mereka telah menyertainya. Anak-anak memang seronok mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di sana. Usai sampai ke tapak pameran, anak sudah menyebut aktiviti yang mereka sertai tahun lepas seperti aktiviti mencuci tangan oleh BBraun dan bermain dengan robot sensor.
Semasa sampai, saya dapati susunan pameran banyak perubahan berbanding tahun sebelumnya. Jadi kami singgah ke setiap pondok pameran yang tidak terlalu ramai pengunjung ataupun aktiviti yang anak-anak berminat untuk sertai. Nampaknya kecenderungan anak masih sama. Mereka berminat dengan aktiviti yang berasaskan melukis dan mewarna.
Kebanyakan aktiviti di sini hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit. Ia berakhir dengan anak mendapat ‘idea’ mengenai satu konsep sains dan sebuah cenderahati dari pihak penganjur. Kami berada lebih 2 jam di tapak pameran dan anak sudah bersedia untuk pulang kerana letih berjalan. Walaupun konsep-konsep sains yang diketengahkan dalam pameran ini agak advance, tapi anak kecil dapat menjana idea daripada aktiviti yang dijalanakan.
Ia menjadi hujung minggu yang sangat berkualiti untuk saya bersama anak-anak, Alhamdulillah.
Jom layan gambar-gambar aktiviti anak sepanjang berada di sana.