Minyak Terbaik untuk Kembung perut bayi ini adalah dari keluaran bumiputera muslim. Setiap keluarga pasti ada minyak kegunaan bersama yang jadi kesukaan turun temurun. Kalau kat Kedah minyak Gamat memang glemer. Masa dok Perak rumah sentiasa ada minyak angin Afiat. Masa anak kecil orang cakap minyak TYT bagus. Dan ada yang cakap minyak Yu Yee sangat berkesan.

Pada saya, keyakinan jenis minyak ni bergantung pada pengalaman keluarga. Oleh kerana dah guna turun temurun, kita pun yakin ia berkesan untuk atasi masalah keluarga.

Namun bagi saya keutaamaannya pastilah pada minyak terbaik untuk kembung yang diyakini suci. Dan sebaiknya keluaran muslim. Jadi kat rumah saya pun ada macam-macam minyak jua masa anak kecil.

Sampailah saya bertemu dengan Tasneem Naturel, kami sekeluarga dah beralih kepada balm T-rub. Kenapa pilih balm ni sebab ia dirumus dengan bahan berkualiti premium iaiatu minyak pati (EO) dari tumbuhan. Minyak diyakini selamat dan suci.

balm trub tasneem naturel
T-rub melancarkan sistem penghadaman

Sejak saya terjebak dengan #NoSugarChallenge, saya dah tak boleh makan sesuka hati. Kalau suka hati makan kek banyak, lepas tu memang tanggung lah bergelodak perut. Tak pernah pun rasa macam tu dulu. Mungkinkah tanda usus saya lebih peka dengan makanan tinggi gula? wallahualam. Tapi itulah yang saya rasa.

Bila perut bergelodak, nak tidur pun susah. Kali pertama guna T-rub tengah malam. Sapu kat perut dan pergi tidur. Lepas tu rasa macam takda apa-apa pun. Siap fikir betul ke balm ni, aku dah la jual kat ramai orang dah. Tapi kenapa selalu dapat feedback positif.

Tiba-tiba baru teringat, eh lupa sapu kat tapak kaki la. Balm ni kena sapu mula dari tapak kaki, lepas tu baru bahagian lain yang perlu. Saya pun bangun semula dan sapu kat tapak kaki.

cara guna balm trub

Lepas 2 minit ja terus tak tertahan-tahan dah nak ke tandas. Dan selepas beberapa minit peluh lega terpercik di dahi.Haha.

Itulah permulaan saya kerap guna balm T-rub. Ada masa skip makan sayur jadi sembelit. Asyik dok put..put..tapi tak takda hasil. Tak boleh jadi ni. Memang tak selesa jadinya.

Sapu ja balm T-rub ni kat tapak kaki dan perut, kejap ja berkejaran lah ke tandas. Gitulah cepatnya kesan EO ni. Kalau tak lalui sendiri memang rasa macam drama pukul 7 ja. Haha.

Dan sorang lagi pengguna tegar T-rub kat rumah ni ialah Cik Faqihah. Anak dara ni memang tak boleh lewat makan nasi. Waktu travel selalu leka waktu makan, sedar-sedar dah kembung. Kalau makan jugak buat keluar balik ja.

Jadi selalu memang standby balm T-rub ni. Alhamdulillah biasanya dapat la tahan dia dari muntah sehingga sampai ke destinasi.

Trub balm tasneem naturel
Trub balm tasneem naturel

Jadi balm T-rub ni memang paling kerap digunakan di rumah ni. Bila selalu guna kita pun rasa pelaburan tu berbaloi kan. Banyak masalah kita dapat diselesaikan di saat sangat memerlukan.

Kawan-kawan yang ada anak selalu ada masalah berkaitan penghadaman seperti kembung, sembelit, cirit-birit boleh dapatkan balm T-rub dari Tasneem Naturel ni ya. Semoga serasi dengan anda sekeluarga. 🙂