in Aktiviti Anak

Meneroka Ilmu di Pameran Sains Pulau Pinang 2016

Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas. Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pasti suasana tapak pameran banyak kawalan dan pergerakan akan menjadi terhad. Jadi saya memelih waktu petang untuk lawatan kami kerana saya akan uruskan anak-anak sendirian memandangkan suami bekerja hari ini. Ketika maklumkan kepada anak mengenai lawatan ini, mereka sangat…

Continue reading
Ibu ajar anak membaca
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Ibu Risau Anak Belum Pandai Membaca

Pagi semalam saya sempat bertemu dengan teman serumah semasa zaman bujang dulu. Sambil bertukar-tukar cerita terselit juga topik berkaitan anak-anak. Kebetulan anak-anak kami hampir sebaya. Jadi isu-isu perkembangannya pun sekitar topik yang sama. Antara kerisauan yang disuarakan oleh beliau ialah mengenai isu anak boleh membaca. Ya, sebenarnya kerisauan ini memang sangat biasa menghantui ibu-ibu muda kan. Tidak terkecuali saya juga. Malah saya juga sering mendapat pertanyaan sebegini dari pelanggan yang berurusan dengan Kedai Cikgu, yang rata-rata mencari kaedah terbaik  untuk ajar anak membaca. Jadi ia masalah biasa, cuma bagaimana kita menanganinya? Saya bukan pakar dalam teknik mengajar anak membaca pada awal…

Continue reading
Anak sembelit
in Ilmu Keibubapaan

Bila anak sembelit dan berak berdarah, perlukah ibu bimbang?

Anak berak berdarah ni antara pengalaman yang mengerikan dalam kamus saya sebagai ibu. Lagi-lagi kalau jenis takut tengok darah macam saya ni. Memang meremang-remang bulu roma nak intai dalam mangkuk tandas tiap kali anak berak. -_- Masa anak sulung baby memang selalu tak berak berhari-hari, tapi ok saja sebab minum susu ibu ja. Bila umur 2 tahun lebih ada juga berlaku berak berdarah, tapi darah sikit2 ja la dan on off ikut keadaan semasa. Masa tu macam2 cara jugak nak bantu dia hilang dari  fobia buang air besar tu. Sana sini la jugak bawa anak jumpa doktor, tapi tak banyak…

Continue reading
Kasut hanyut di dalam tasik
in Ilmu Keibubapaan

Peristiwa Mencemaskan di Tepi Tasik

Hari ahad lepas, saya bersama anak-anak telah merancang untuk pulang semula ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Ibubapa dan kakak saya sekeluarga sama-sama menghantar kami ke Terminal Bas Shahab perdana dengan meriah. Bila dah sampai ke kaunter tiket barulah tahu bas yang dijadualkan pada jam 4.45 petang itu rosak. Maka perjalanan pulang kami pada petang itu dibatalkan. Usai pulang dari terminal bas, kami singgah Taman Jubli Emas di Jalan Suka Menanti. Memang sudah menjadi rutin setiap kali pulang ke Alor Setar untuk kami singgah di sini membawa anak bersiar-siar. Selain boleh bagi makan ikan di tasik buatan, banyak permainan kanak-kanak…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Anak-Anak Menaiki Bas

Menaiki bas adalah perkara yang biasa bagi orang dewasa. Kebanyakan kita pernah melalui fasa menaiki bas sehingga jemu semasa zaman persekolahan mahupun bekerja. Namun kebanyakan anak-anak zaman sekarang ini sejak kecil hanya menaiki kenderaan sendiri. Jadi pengalaman pertama menaiki bas ini sesuatu yang  menyeronokkan dan menjadi pelajaran baru dalam kehidupan mereka. Saya sudah lama merancang membawa anak-anak menaiki bas awam sebagai aktiviti semasa cuti sekolah. Alhamdulillah semalam Allah realisasikannya dengan peluang membawa anak menaiki bas ekspress. Kami menaiki bas ekspress dari Terminal bas Sungai Nibung ke Alor Setar. Walaupun perjalanan hanya memakan masa 2 jam lebih banyak juga pengalaman berharga…

Continue reading
Berlari untuk membuang tenaga
in Ilmu Keibubapaan

Melayan Anak Melepaskan Stress

Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah sangat mendidik saya menjadi ibu yang lebih matang. Ada hari anak pulang dengan sangat gembira. Tak sempat bertanya dah lengkap bagi laporan aktiviti di sekolah. Ada hari nampak anak tenang-tenang saja, tak berminat nak cerita apa-apa. Dan yang kurang seronok ialah bila anak pulang dalam keadaan ‘muka ketat’. Masuk kereta ja terus tunjuk tak puas hati. Silap sikit ja mula nak melenting.   Ibu-ibu biasa berhadapan dengan situasi ini? Pasti ada kan. Itulah lumrah kehidupan. Ada hari berlalu dengan indah, ada hari biasa-biasa saja dan ada masanya kita berhadapan dengan sesuatu yang mengundang emosi…

Continue reading
in Review

Tips Penjagaan Magic Clay

Alhamdulillah semakin ramai ibubapa yang mengetahui kebaikan Magic Light Clay ini. Minggu ini kebanyakan pelanggan saya mula mendapatkan kit mainan ini untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak mereka memperolehi manfaat yang banyak dari mainan ini. Membeli mainan untuk anak-anak adalah pelaburan. Jadi bagi memastikan pelaburan itu berbaloi dan mainan tahan lama, saya kongsikan tips untuk menjaga Magic Light Clay ni dari cepat rosak Main 1 warna sahaja dalam 1 masa Oleh kerana sifat magic lay ini yang lembut, ia mudah bercampur apabila digunakan dengan warna lain. Biasanya untuk anak usia sekitar 2 ke 3 ni hanya nak main suka-suka menguli saja. Jadi…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

3 Faktor Penting Anak Rajin Belajar

Apabila berkumpul dengan ibu-ibu, saya suka menjadi pendengar yang setia supaya dapat cedok ilmu dari pengalaman mereka. Walaupun anak masih kecil, biar pengalaman yang mereka lalui tu jadi panduan untuk kita. Antara topik yang sering hangat dibincangkan ialah kerisauan mengenai anak malas belajar. Anak malas belajar biasanya merangkumi topik anak lambat belajar membaca, anak tak minat subjek matematik, anak malas buat kerja rumah sehingga isu bangun lewat dan ponteng sekolah. Sebagai ibu yang juga guru, saya cuba menghadam setiap perkongsian maklumat ini berdasarkan pengalaman peribadi saya. Di sini saya catatkan beberapa masalah yang menyumbang kepada isu anak malas belajar mengikut…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Kelebihan Pergi Kuala Lumpur Menaiki Bas

Hujung minggu baru-baru ini, saya ke Kuala Lumpur untuk hadiri kelas pemasaran blog di Akademi Denaihati. Saya pergi sendirian supaya suami mudah uruskan anak-anak di rumah sendiri. Sebelum ini pun saya sering pergi sendirian jika sekadar untuk hadir ke kelas. Ia lebih selesa untuk anak-anak malah menjimatkan perbelanjaan. Cuma sebelum ini kebiasannya saya akan menaiki kapal terbang. Saya bertolak dari Pulau Pinang seawal pagi, dan pulang seusai kelas selesai. Walaupun tempoh di dalam pesawat itu singkat, tapi waktu menunggu dan perjalanan ke lapangan terbang memakan masa yang lama. Untuk perjalanan kali ini, suami mencadangkan saya menggunakan perkhidmatan bas. Memandangkan anak…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya

Teks : Sakina Hamid Saya selalu bersembang dengan ibu-ibu yang sedang mengorak langkah sebagai usahawan. Rata-rata isu kami dalam membangunkan bisnes hampir sama. Cuma ada satu masalah yang agak dominon ialah kekangan masa untuk membuat aktiviti pemasaran. Kebanyakan kami menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Namun kekangan masa menyebabkan aktiviti pemasaran tidak konsisten, sekaligus memberi kesan kepada naik turun bisnes. Kebiasaan menjadi ‘burung hantu’ menyebabkan medium marketing yang bersifat ‘live time’ menjadi kurang efisen untuk kami. Saya sendiri mengalami kekangan pemasaran melalui media sosial ‘live time’ seperti facebook dan instagram. Namun setelah mencuba berblogging, saya dapati ianya lebih mesra ibu-ibu…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Bagaimana Saya Mula Berblogging

Teks : Sakina Hamid “Seronok tengok kak kinah tulis blog, tapi saya takda masa nak menulis” Saya senyum ja, sebab dulu saya pun fikir macam tu jugak. Tapi sebab saya memang nampak potensi pemasaran melalui blog ni, jadi saya paksa diri buat juga. Alhamdulilah, masih merangkak dan berhempas pulas untuk konsisten, tapi sudah dapat merasai nikmatnya 🙂 Suka saya nak kongsi bagaimana saya mula menulis di www.sakinahamid.com ini. Pada ketika itu, saya masih lagi memahirkan diri dengan pemasaran di Facebook. Jadi saya tidak meletakkan keutaamaan untuk menghadiri kelas  penulisan blog. Apa yang saya lakukan ialah, setiap hari saya cuba update satu status…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Teknik Pernafasan untuk Menjadi Ibu yang Lebih Tenang

Kehidupan seorang ibu sangat memerlukan kekuatan emosi. Andai emosinya rapuh, pasti setiap hari anak akan menjadi mangsa. Dan secara fitrahnya ibu akan rasa terkilan selepas marahkan anak. Betul tak? Hakikatnya semua ibu nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kan. Cuma seringkali kecundang dengan ledakan emosi. -_- Saya sendiri sentiasa berusaha mengingatkan diri untuk menjadi setenang yang mungkin apabila menguruskan anak-anak. Salah seorang figura yang saya suka pendekatannya dalam menguruskan emosi ialah Puan Maznah Ibrahim. Beliau merupakan seorang kaunselor berdaftar di Hospital Arau, Perlis. Beliau juga banyak mengendalikan seminar keibubapaan untuk mendidik ibubapa di Malaysia mempunyai ilmu yang lebih mantap…

Continue reading
Close