Hari ni homeschool ummi buat benda yang palinggg anak-anak suka. Memang diorang sangat teruja la bila ummi cakap beli susu sebab nak buat eskrem. Keja ulang tanya bila kita nak buat ni..adehh.. Okey, nak buat aiskrim ni simple ja sebenarnya. Cuma bahannya dipelbagaikan sebab nak teksturnya lebih lembut dan rasanya sodap.. Ni bahan-bahan dan peralatan asas yang saya gunakan. Biasanya kalau google tu kebanyakan resepi letak telur, saja saya malas nak letak. Macam tak banyak perbezaan sangat pun dari segi kelembuatannya. Telur mentah kan kurang bagus untuk kanak-kanak. Ada juga letak susu pekat, saya jarang letak. Bila makan sejuk-sejuk tu anak…
“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak. Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ…
Hari ni saya nak kongsikan produk Kedai Cikgu yang terlajak laris – magnetism spell happily atau mudahnya pelanggan saya sebut mainan magnetik. Sudah hampir 2 tahun saya menjual produk ini dan sentiasa ada permintaan. Kerana mainan ini sentiasa relevan walaupun muncul pelbagai mainan seumpamanya dalam pasaran. Mainan magnetik ini sangat baik untuk merangsang perkembangan imaginasi anak-anak teruatama bagi anak yang belum boleh melukis. Anak dapat mengekspresikan imaginasi mereka menggunakan plat-plat magnetik yang disediakan. Selain itu ibubapa boleh mengoptimumkan penggunaan mainan ini dengan memperkenalkan anggota badan, nama benda dan warna. Set mainan magnetik ini mengandungi 1 kotak kayu 1 penutup kotak dwifungsi…
Kehidupan kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi menambahkan keceriaan kepada mereka. Kajian pakar psikologi menunjukkan kanak-kanak menggunakan imaginasi untuk ‘menyelesaikan’ masalah mereka. Sebagai ibubapa, penting untuk kita membimbing imaginasi ini supaya terarah kepada nilai-nilai yang bermanfaat. 5 Tips merangsang imaginasi positif 1 – Ibubapa sebagai role model Kanak-kanak membina imaginasi berdasarkan input yang diperolehi dari pelbagai sumber, dan ibubapa/pengasuh adalah contoh terdekat yang akan mereka ikut. Aktiviti harian sangat membentuk imaginasi anak-anak. Ibubapa yang mewujudkan suasana ibadah dalam rumah tangga akan mendapati anaknya berimaginasi menjadi imam, malah menjadi khatib. Kisah ini pernah dinukilkan dalam perjalanan hidup As-syahid Hassan Al Banna di mana…
Beberapa bulan lepas, bila tengok Fateh sangat obses melukis, terdetik dalam hati untuk hantar dia ke kelas melukis. Alasannya mudah, saya tak pandai melukis. Tapi dalam masa yang sama terfikir, perlu kah? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin belum masanya. Apa yang saya buat, saya belikan dia 1 rim kertas A4 kosong. Saya bagitau dia boleh ambil kertas tu untuk melukis, guna kedua2 belah dan simpan hasil lukisannya dalam fail folder. That’s all.. Alhamdulillah, saya menjumpai artikel INI. Dan tindakan saya adalah yang terbaik untuk usia Fateh sekarang, In syaa Allah. Bagi penulis ini yang juga seorang pelukis, keutaamaan…
Apple pun soleh ke? Tok guru saya kata, soleh tu ‘baik dan membawa kebaikan’ Apple ni memang baik pun, dan bawak banyak kebaikan kepada kita andai dimanfaatkan dengan baik. Tapi sebab ia gajet, tak masuk la dalam huraian soleh yang sebenarnye la..huhu.. Apa-apa pun saya sangat teruja la nak berkongsi pasal Apple yang comel ni. Masa mula-mula beli dulu bekenan sebab dia comel ja, pastu pandai mengaji pulak tu. Tapi dah lama-lama guna ni memang jatuh chenta la jugak..ehem..ehem.. Tambah-tambah sejak anak makin besar ni diorang suka main dengan cik apple ni, sekejap jadi remote game, remote kereta n macam2…
Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk lahirkan blog ini, semoga ia menjadi ruang untuk saya berkongsi sedikit nikmat ilmu dan pengalaman kurniaanNya.
Perjalanan menjadi ibu adalah detik yang indah bagi seorang wanita. Walaupun letih bergelut dengan pelbagai tugas rutin, tetapi sinar mata anak-anak yang dahagakan kasih sayang itu sentiasa menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan.
Teringat kata-kata semangat dari abah ‘Ada anak, adalah harapan’
Ya..kita ada harapan untuk dititipkan bersama membesarnya anak-anak itu. sama ada harapan kita akan dicapai atau tidak hanya serahkan pada yang MAHA BERKUASA, kita hamba yang lemah ini hanya perlu berusaha.
Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.
Anak-anak yang lahir dengan suci itu menjadi amanah untuk kita corakkan masa depannya. Bukan sekolah hebat, buku-buku mahal atau kelas-kelas berprestij yang akan menjadikan dia berjaya. Tetapi ia bertitik tolak dari bagaimana kita merangsang kecerdikannya sejak dari dalam kandungan.
ini bersesuaian dengan maksud hadis
Sekolah pertama anak-anak adalah rumahmu
gambar sumber google
Kerana dari rumahlah akan membentuk perspektif kehidupan yang sebenar, dan inilah yang akan memandu anak itu menjalani kehidupan sehingga akhir hayat.
Kukuh asas yang dibina semasa kecil, maka mantaplah anak itu menghadapi pelbagai cabaran mendatang.
Lemah asas yang dibina, maka mudahlah anak itu goyah dan hanyut dalam pancaroba. Andai tiada tangan datang menyelamat, maka rosaklah kehidupannya.
Semoga anak-anak kita terlindung dari kerosakan-kerosakan itu, nauzubillahiminzalik