Pengalaman Kursus Perdana Haji di Kedah
in Pengalaman hidup, Umum

Pengalaman Kursus Perdana Haji di Kedah

Ini catatan pengalaman di kursus perdana haji peringkat negeri kedah tahun 2019 yang dikongsi oleh kakak saya, Ustazah Intan. Pengalaman di kursus perdana haji ni memang menggambarkan suasana di Mina & Arafah. Berkongsi tempat tidur yang sempit, beratur panjang untuk berwuduk, qodho hajat & mandi. Makan disediakan dalam bekas dan ikut menu yang ditetapkan. Sepanjang masa kena cepat dan cergas bergerak. Semua ni sangat mendidik untuk bersabar, mengalah, beratur & berdisplin. Alhamdulillah… sedikit letih namun seronok, bibit rindukan suami dah bermula ketika ini🙈🙈🙈. Asal ada peluang mesti cari & call. Nampak dari jauh dah hepi, rindu macam tak jumpa setahun🤣🤣🤣🤣 ….

Continue reading
Ubat Batuk dan Selsema yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

5 Ubat Selsema yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak

Ubat selsema yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak ini adalah dari pengalaman menggunakan pada 4 orang anak saya. Ubat selsema memang tidak boleh diperolehi di klinik kerana ia tidak dibekalkan kepada pesakit bawah 2 tahun. Kebiasaannya jika bawa anak ke klinik kita hanya akan dapat ubat titis hidung yang membantu mengurangkan hidung tersumbat. Untuk keadaan yang kritikal, doktor akan bagi rawatan menggunakan nebulizer dan sonotron. Semua rawatan ini bertujuan membantu melegakan rongga pernafasan supaya anak dapat bernafas dengan normal kembali. Anak batuk dan selsema memang merunsingkan, apatah lagi kalau dah mula berjangkit sesama adik beradik. Kakak batuk depan adik, adik…

Continue reading
Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari
in Pengalaman hidup

Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari

Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Waktu bujang kebanyakan masa adalah dalam kawalan sendiri. In syaa Allah boleh istiqamah. Tapi bila dah ada anak, makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua waktu tu. Kalau subuh lambat bangun, atau sibuk urusan pagi sebelum keluar memang tak sempat pegang Al Quran pagi-pagi tu. Pergilah bekerja tanpa mulakan hari dengan kalimah suci.😑 Nanti lepas maghrib baru nak pegang Al Quran, anak mintak itu ini. Lagi best tak sempat nak bagi salam anak dah terlompat-lompat depan sejadah nak poo poo la…

Continue reading
http://sakinahamid.com/product/sleep-pillow-mist-tasneem-naturel/
in Umum

Sleepy Pillow Mist, Spray Tidur yang berkesan untuk atasi masalah susah tidur malam

Susah tidur malam boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur. Anak kecil biasanya susah tidur malam pada peringkat susun pola tidur. Orang dewasa susah tidur malam atas faktor hormon, tekanan dan gaya hidup. Walau apa pun punca susah tidur malam tersebut, kita perlu cakna untuk mengubah keadaan tersebut. Kerana malam memang sudah dijadikan untuk berehat, jadi bila kita tidak dapat tidur malam dengan sempurna pasti akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. Tidur malam yang nyenyak sangat penting untuk stabilkan hormon dalam badan. Untuk tidur nyenyak, badan perlu keluarkan hormon melatonin. Hormon ini akan keluar dengan sempurna apabila kita padamkan semua lampu…

Continue reading
kaedah-dan-teknik-hafazan-photographic-memory
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Photographic Memory ; Kaedah dan Teknik Hafazan Al Quran Berkesan

Baru-baru ini saya berpeluang ikuti seminar separuh hari mengenai kaedah dan teknik hafazan Photographic Memory yang disampaikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin. Sebelum ini saya pernah beberapa kali melihat beliau bersama anak didiknya di kaca televisyen dan video Youtube. Memang kagum dengan kepantasan anak-anak didiknya mengingat semula Hafazan. Sangat cepat dan jitu jawapannya. Soalannya bukan sambung ayat yang bermula dengan … . Itu terlalu mudah bagi mereka. Soalan untuk mereka adalah seperti Dan pelbagai teknik soalan mencabar memori di tanya, tapi mereka dapat menjawab dengan pantas. Masya Allah. Malah bukan setakat hafazan Al Quran, mereka juga dapat menghafaz Hadith dengan…

Continue reading
Guru Pengurusan Kewangan Peribadi
in BIJAK NIAGA

Guru Pengurusan Kewangan Peribadi

Selepas satu fasa berbisnes, saya sedar selain ilmu bisnes saya perlu mahir ilmu pengurusan kewangan. Tanpa pengurusan yang betul, keuntungan bisnes akan habis begitu saja. Saya mula mencari seminar kewangan dan bila hadir ke seminar, saya pun sedar yang ilmu di media sosial yang saya belajar selama ini terlalu asas. Malah ada juga yang saya salah faham kerana penerangan yang terhad. Bahaya kan. Kita tak banyak masa nak belajar semua benda. Jadi bila kita dah buat keputusan dalami satu2 ilmu tu, carilah guru yang pakar dalam bidang itu. Di sini saya kongsikan 3 guru pengurusan kewangan peribadi yang saya rujuk…

Continue reading
suri hati mr husband
in Review

Buku Suri Hati Mr Husband, Bacaan Terbaik Wanita Yang Mahu Berhenti Kerja

Buku Suri Hati Mr Husband ni dah lama ada kat rumah, tapi tak terbaca. Baru ni melilau satu rumah cari buku nak baca, alih-alih jumpa buku ni kat rak stok. Alhamdulillah akhirnya Allah lapangkan masa untuk baca buku ni. Sekali duduk hampir separuh saya habiskan bacaan. Masya Allah tulisan yang sangat berbekas di hati. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah nak buat pengorbanan macam tu kan. Tapi atas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar. Dan Masya Allah beliau bukan…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Mudah Latih Anak Belajar Puasa

Latih Anak Belajar Puasa akan menjadi pengalaman berharga dalam kehidupan kita sebagai ibubapa. Pelbagai pengalaman menarik dan lucu sering berlaku sebelum anak benar-benar faham apakah itu ibadah puasa. Mengikut hukum kewajipan puasa hanya setelah mencapai akil baligh. Namun melatih anak berpuasa sejak awal juga disarankan untuk melatih jiwa anak anak yang lebih kental. Apa-apa ibubapa sendiri boleh menilai sejauh mana kemampuan anak untuk melaksanakan ibadah puasa. Suka saya kongsikan di sini 5 tips mudah latih anak belajar puasa dari pengalaman saya melatih anakanda Fateh dan Faqihah berpuasa ketika mereka berusia 6 tahun. Beri kefahaman mengenai ibadah puasa Apa jua perkara…

Continue reading
in Review

Minyak Terbaik untuk Kembung Perut Bayi

Minyak Terbaik untuk Kembung perut bayi ini adalah dari keluaran bumiputera muslim. Setiap keluarga pasti ada minyak kegunaan bersama yang jadi kesukaan turun temurun. Kalau kat Kedah minyak Gamat memang glemer. Masa dok Perak rumah sentiasa ada minyak angin Afiat. Masa anak kecil orang cakap minyak TYT bagus. Dan ada yang cakap minyak Yu Yee sangat berkesan. Pada saya, keyakinan jenis minyak ni bergantung pada pengalaman keluarga. Oleh kerana dah guna turun temurun, kita pun yakin ia berkesan untuk atasi masalah keluarga. Namun bagi saya keutaamaannya pastilah pada minyak terbaik untuk kembung yang diyakini suci. Dan sebaiknya keluaran muslim. Jadi…

Continue reading
bayi tak berak 3 hari
in Umum

Bayi Tak Berak Berhari-hari, Perlukah Ibu Risau?

Bayi Tak Berak pun boleh jadi isu besar untuk seorang ibu. Saya baru berbual dengan seorang ibu muda yang ada bayi usia 50 hari. Dia berkongsi kerisauan anaknya jarang buang air besar. Alhamdulillah saya ada sedikit pengalaman yang sama semasa anakanda Fateh masih bayi, jadi saya kongsikan dengan beliau. Anakanda Fateh minum susu ibu sepenuhnya. Tapi pelik juga bila dia tak berak berhari-hari. Bukan ke orang cakap minum susu ibu mudah hadam dan cepat lawas, tapi macam tak berlaku kat anak saya ja. Jadi sebagai mak anak sulung yang over concern ni, saya pun bawa la anakanda Fateh jumpa doktor…

Continue reading
BalmtrubtasneemHilangkanKembungPerutBayi
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi secara Selamat dan Mudah

Cara hilangkan kembung perut bayi perlulah mudah dan pantas. Anak kembung adalah situasi yang sangat merimaskan bagi ibubapa yang ada anak kecil. Tangisan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan ibubapa menjadi tak keruan dan boleh mengundang stress. Jadi semua ibubapa akan cuba mengelakkan dari berlakunya kembung pada anak terutamanya yang masih bayi. Punca bayi kembung perut Antara punca bayi kembung perut adalah cara penyusuan yang tidak betul. Posisi menyusu condong dan saiz puting botol yang tidak sesuai (bagi bayi yang menggunakan botol untuk menyusu) menyebabkan banyak udara ditelan serta masalah kembung perut pada bayi. Farah Norashiyqin Abdul Halid (Pegawai Farmasi )…

Continue reading
Cara Hilangkan Ruam Panas
in Ilmu Keibubapaan

Cara Hilangkan Ruam Panas yang Semua Ibu Boleh Buat

Bila anak naik ruam ja mula lah ibu-ibu susah hati kan. Perit rasa anak tanggung bila nampak kulitnya memerah tu kan. Ok, sebelum kita risau banyak-banyak, jom kita kenal apa itu ruam panas? Ruam panas terbentuk hasil daripada kelenjar peluh yang terlalu aktif. Akibat terlalu banyak rembeskan peluh, kelenjar ini tersumbat dan timbul bintik-bintik kemerahan Bahagian yang selalu menjadi ruam panas ialah kepala, leher, bahagian pelipatan dan belakang lutut. Biasanya ruam terjadi dalam kalangan bayi kerana masalah kulit yang sensitif. Adakah ruam berbahaya? Walaupun ruam adalah kerengsaan kulit, namun ia tidak membahayakan bayi dan kanak-kanak KECUALI ruam digaru dengan kuat…

Continue reading
Close