skeenztasneemnaturel
in Umum

Balm Skeenz Rawat Masalah Ruam Bayi Secara Semulajadi

Kulit anak kecil yang gebu memang sensitif terhadap perubahan. Panas sikit ja naik ruam. Berpeluh-peluh lama sangat kulit boleh merah-merah dan melecet. Kena gigit nyamuk berbintat-bintat. Masalah kulit macam ni nampak macam tak serius, tapi sebenarnya mengundang rasa tak selesa pada anak kecil. Tapi sebab belum pandai nak luahkan rasa tak selesa, hanya rengekan yang jadi peneman. Kadangkala kita sebagai ibu bukannya tak kesian, tapi serba salah nak sapu krim komersial yang kita sedia maklum mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya. Bahan kimia seperti paraben, mineral oil,  triclosan dan pewangi sintetik boleh menyebabkan iritasi terutamanya yang mempunyai kulit sensitif. Atas sebab itu Tasneem…

Continue reading
pejabatdirumah
in BIJAK NIAGA

Seronokkah Bekerja Dari Rumah?

Bila sembang pasal pendapatan tambahan, selalu orang cakap “Buat bisnes online la senang”. Dulu saya pun percaya dengan cakap-cakap tu, tapi bila dah terjun sendiri ke dunia bisnes, nak sebut ayat tu pun rasa dah tersekat di kerongkong. Tak la semudah bercakap kan. Cuma pada pandangan saya mulakan bisnes online ni lebih mudah dari bisnes tradisional sepenuhnya. Yang memerlukan kepada tempat untuk berniaga dan modal yang lebih besar. Bisnes online ada pilihan sistem dropship yang sangat menguntungkan sesiapa sahaja yang rebut peluang ini sebaiknya. Pengalaman 3 tahun dengan bisnes online, ia sangat menuntut masa kita di alam maya. Oleh kerana…

Continue reading
apaitudoodleart
in Aktiviti Anak

Apa itu Doodle Art?

Penat perjalanan semalam masih terasa, namun ia bukan alasan nak bersenang lenang. Banyak yang perlu dibereskan bila seharian berada di luar semalam. Namun penat bukan alasan untuk mensia-siakan peluang yang ada depan mata kan. Saya rasa sangat bersyukur dapat bertemu dengan Puan Nor Abdullah semalam. Macam mimpi pun ada. Selama ni jumpa kat alam maya ja, memang tak sangka dapat bertemu muka kerana beliau menetap di Aran Saudi selepas berkahwin. Alhamdulillah kebetulan dia balik berjumpa keluarga, ada juga peluang anak-anak saya berguru dengan beliau. Melukis memang hobi anak-anak. Dan mungkin juga bakat. Namun ia jauh sama sekali dengan kemahiran yang…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing

Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi. Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya. Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut pahala berbuat baik kepada haiwan, tiada keperluan untuk kita memelihara haiwan tersebut di rumah. Cukuplah sekadar menjadikan rutin memberi makan haiwan setiap hari atau bila berkesempatan. Saya melihat budaya memelihara haiwan kesayangan sehingga mengeluarkan kos yang banyak sebagai satu hobi yang tidak bermanfaat. Dalam keadaan…

Continue reading
ketagihangula
in Pengalaman hidup

Bagaimana Saya Sedar Ketagihan Gula

Alhamdulilah hari ini sudah kembali ke rutin asal walaupun anak belum mula bersekolah. Masih ramai yang sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bila cuti macam biasalah lah, sinonim dengan aktiviti kenduri dan makan-makan di sana sini. Semasa kenduri di rumah ibu saudara baru-baru ini, saya semakin sedar kawalan keinginan terhadap makanan manis semakin bertambah baik. Sebenarnya sebelum ini saya tidak sedar saya sebenarnya mengalami ketagihan gula. Ini kerana alasan tipikal saya jarang ambil minuman manis. Kebanyakan masa saya akan minum air masak kecuali sesekali melepas rindu kepada minuman kegemaran ketika makan di luar. Saya…

Continue reading
mudahnyamenulisblog
in BIJAK NIAGA

Mudahnya Menulis Blog

Menulis adalah impian saya sejak di zaman kampus. Beberapa percubaan untuk menyertai kelas bimbingan menulis hanya terus memberi kan ilmu, namun tidak membuahkan tindakan. Namun jauh di sudut hati, saya yakin dapat menulis seperti penulis yang sudah terkenal. Ia terus tersimpan kemas sebagai sebuah impian yang membuak-buak. Setelah menceburi dunia bisnes dengan serius, saya mula menyedari penulisan adalah satu cara advertorial yang berkesan. Jadi pada awal tahun 2016, saya mula menulis di laman blog ini. Penulisan awal saya memang sepenuhnya menjurus kepada tujuan untuk menjual. Saya mencipta tekanan pada diri sendiri untuk kelihatan pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya…

Continue reading
in Review

Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah. “Ummi, minggu depan ada ujian Jawi” Ooo..patutlah. Apa yang patutnya? Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan. Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah. Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Strategi Pemasaran Bisnes online untuk Wanita

Alhamdulillah bermula pagi Isnin yang tenang. Sambil anak dan suami bersiap ke tempat kerja, saya selesaikan urusan rumah tangga. Bila semua dah keluar, saya pun mulakan tugas di pejabat kecil ini. Ia impian saya sejak sekian lama. Dan Alhamdulillah hari ini satu demi satu Allah makbulkan impian saya bekerja dari rumah di samping menguruskan anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun langsung tidak mustahil untuk dicapai. Bagi ibu-ibu yang sedang mencari peluang berbisnes online, saya kongsikan beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan dari rumah. Strategi yang nak saya kongsikan ini lebih kepada pilihan channel pemasaran yang mudah untuk di teroka….

Continue reading
ladangtehBohSgPalasCameronHighlands2
in Pengalaman hidup

Seharian di Cameron Highlands

Kami sudah lama merancang untuk ke Cameron Highlands hujung minggu lepas. Suami pun awal-awal lagi dah mohon cuti. Tapi bila cuaca sejuk melanda seluruh negara baru-baru ini, saya jadi goyah juga la nak teruskan perancangan ini. Dekat rumah pun berbaju sejuk sentiasa, inikan pula nak ke tempat yang memang dah sejuk. -_- Alhamdulillah awal minggu lepas cuaca dah kurang sejuk. Jadi kami pun buat keputusan untuk teruskan percutian ini. Perancangannya kami akan bertolak awal pagi sabtu, jadi sebelah petang masih ada masa untuk lawatan. Sekali hari rabu Fateh pulang bersama surat makluman perlu ke sekolah hari Sabtu. Program melibatkan kehadiran…

Continue reading
in Pengalaman hidup

Menguruskan Drama Anak Kecil di Pagi Hari

Alhamdulillah pagi ini ada kelapangan masa untuk turun ke taman beriadah seketika. Sekadar untuk longgarkan otot-otot tegang dan menghirup udara segar di pagi hari. Bagi suri bekerja di rumah seperti saya, rutin senaman begini penting untuk kekal produktif dan cergas sepanjang hari. Sedang khusyuk menikmati keindahan Dhuha ciptaanNYA, terdengar deringan suara anak kecil dari kawasan kejiranan. Oo..dari tadika berdekatan rupanya. Terdetik di fikiran, biasalah drama pagi-pagi kan. Terus terimbau pengalaman pahit menghantar anak ke tadika. Ketika itu anakanda sulung kami berusia 4 tahun. Anakanda Fateh suda berada di taska asuhan itu seawal usia 2 bulan. Dan selepas usia 3 tahun,…

Continue reading
TIME broadband
in Pengalaman hidup

Akhirnya Kami Beralih kepada TIME Home Broadband

Sampai hari ni rasa masih kurang percaya saya dah daftar talian internet baru. Sebenarnya memang dah lama nak tukar wifi YES yang selalu mengundang hangin pada diriku ni. Tapi dek sebabkan ada kontrak 2 tahun, terpaksalah tunggu sampai habis. Alkisahnya TIME Broadband ni mula ‘menyerang’ kawasan perumahan kami sejak awal tahun lepas. Masa tu setiap petang mereka akan buka booth di kawasan dewan terbuka kat bawah tu. Lepas tu memang kerap hantar flyers selit kat pintu. Tapi saya tak ambik pusing sangat. Sebab tak boleh buat apa-apa pun. Nak tak nak saya kena tunggu kontrak talian internet sedia ada ni…

Continue reading
Muhammad Fateh bin Shamsul Ery
in Aktiviti Anak

8 Tahun Sudah Anak Sulung Kami

Selamat datang 2018! Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha.. Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas. 2.1.2010. Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya sedang bertarung nyawa menyambut kelahiran permata hati sulung. Masa tu saya masih bertugas sebagai guru. Saya masih hadir ke mesyuarat guru pembukaan tahun dalam keadaan yang sudah sarat. Saya sempat mengisi maklumat dalam buku rekod mengajar dan menyusunnya molek-molek di atas meja. Dan selepas selesai…

Continue reading
Close