Pampers Bebas Klorin Bebimora adalah jawapan kepada kebimbingan ibubapa selama ini. Kita maklum kebanyakan lampin pakai buang mengandungi klorin. Untuk jangka panjang pasti ada kesan yang boleh memudaratkan anak.

Bayi dan kanak-kanak akan memakai lampin pakai buang 24 jam sehari, 365 hari setahun dan 2 hingga 3 tahun awal usianya. Jadi memilih lampin pakai buang yang selamat untuk mereka adalah sangat penting kerana ia pelaburan untuk kesihatan anak kita.

Berita baik untuk kita semua bila Bebimora berjaya mengeluarkan lampin pakai buang bebas klorin yang pertama mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM. Bebimora adalah syarikat bumiputera Muslim pertama keluarkan lampin pakai buang di Malaysia.

Maka menjadi kewajipan kita untuk menyokong jenama ini agar terus wujud dan memberikan manfaat jangka panjang kepada ummah.

Pengalaman kami pakaikan lampin ini kepada 2 orang anak adalah sangat positif. Anakanda Fathinah dan Fayyad mula gunakan pampers Bebimora sejak usia 3 bulan hingga bebas lampin.

Sangat banyak kelebihan yang kami dapati pada lampin pakai ini berbanding kebanyakan lampin di pasaran dengan bajet yang sama.

Pampers bebas klorin Bebimora mampu milik

Penghasilan kebanyakan lampin pakai buang akan menggunakan kapas pulp. Kapas ini telah melalui proses pelunturan menggunakan klorin. Semasa proses ini, klorin menghasilkan sebatian kimia yang bersifat dioksin (karsinogenik).

Dioksin ini adalah agen penyebab kanser, melemahkan sistem imuniti dan menganggu hormon anak. Ia juga bersifat kasar pada kulit yang menyebabkan kegatalan dan ruam.

Anak akan menggunakan pampers sepanjang hari. Kulit mereka masih nipis jadi mudah meresap dioksin ini. Dibimbangi ia akan menjejaskan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.

Jadi kehadiran pampers bebas klorin Bebimora pada harga mampu milik sangat meraikan semua lapisan masyarakat untuk memberikan yang terbaik pada anak masing-masing.

Bebas pewangi sintetik

Ada pampers bila sebelum guna ada bau wangi, nanti bila dah bercampur air kencing dia ada bau tengik. Tapi lampin Bebomira ni tiada pewangi, dan lepas anak kencing pun tak berbau.

Lampin jenis pull up/pants

Lampin bentuk seluar ini mudah dipakaikan kepada anak dari yang dah mula aktif meniarap hinggalah pada yang asyik nak lari-lari sana sini. Hanya sarungkan pada anak dalam apa keadaan, terus siap tanpa perlu lekatkan pelekat.

Lampin pakai buang jenis ini juga sangat mudah dipakaikan di tempat awam ketika bercuti dan sebagainya kerana boleh dipakai sambil berdiri. Tak perlu cari tempat dan sedia pelapik untuk baringkan anak semasa pakaikan lampin.

Selain itu dapat elakkan guna pelekat plastik yang mempunyai sisi tajam yang boleh menyebabkan luka dan melecet kepada kulit bayi yang lembut.

Getah pinggang dan legcuff yang selesa dan strechable

Getah elastik yang merangkumi sekeliling pinggang menjadikan saiz yang sesuai, tidak terlalu ketat atau longgar. Ia bersifat mudah ditarik (strechable) supaya cukup lentur dan tidak meninggalkan bekas selepas di pakai.

Pampers Bebas Klorin Bebimora

Getah legcuff juga mestilah mudah disesuaikan dengan saiz peha anak supaya tidak mudah bocor. Material bahagian getah yang tidak panas ini untuk mengelakkan dari bayi berpeluh.

Diperbuat dari kapas yang lembut dan ringan

Lampin pakai buang Bebimora dibuat dari kapas yang lembut dan ringan. Kapas bahagian luar yang lembut dapat mengelakkan daripada kulit bayi melecet apabila kerap bergesel. Tidak menyebabkan kegatalan dan merengsa.

Double leak guard, tidak mudah bocor

Lapisan elak bocor berganda pada bahagian legcuff membantu mengelakkan kebocoran berlaku walaupaun anak aktif bergerak. Jika 1 lapisan bocor, ada 1 lagi lapisan akan menghalang kebocoran sampai ke luar.

Penyerapan tinggi

Kadar serapan yang tinggi sehingga 500ml air, tahan penggunaan 10 jam-12 jam. Kalau pakaikan sebelum tidur malam biasanya boleh tahan sampai pagi. Sangat jimat dari segi penggunaan bulanan.

Mudah dikoyakkan selepas guna

Pampers Bebas Klorin Bebimora

Bahagian sisi mudah dikoyakkan selepas guna dan mempunyai lampin ini juga mempunyai pelekat khas untuk lekatkan gulungan lampin pakai buang yang sudah kotor. Ini sangat memudahkan ibubapa kendalikan lampin ini terutamanya ketika berada di luar rumah.

Pampers bebas klorin Bebimora lembut untuk bayi kulit sensitif dan yang alami ekzema

Klorin adalah bersifat menghakis. Jadi lampin yang membebaskan klorin akan menyebabkan kulit bayi merengsa dan mudah mengalami alahan yang menyebabkan ruam. Selain itu bahagian luar lampin yang lembut juga mengurangkan risiko melecet bila bergesel.

Kenapa Pampers Bebas Klorin Bebimora murah berbanding pampers bebas klorin lain?

Kebanyakan pampers bebas klorin harganya mahal kerana material yang digunakan jenis premium. Kapas bahagian luar dan dalam adalah jenis lembut dan berkualiti tinggi.

Lampin Bebimora adalah dari Gred A, jadi kerana itu ia ditawarkan pada harga mampu milik

  • Lembut kepada kulit bayi dan kanak-kanak
  • Bahagian dalam luarnya masih lembut tak menyebabkan melecet
  • Sesuai untuk kulit sensitif

5 sebab pampers anak bocor

  • Saiz yang kurang tepat – contohnya anak sepatutnya saiz M, tapi kita pakaikan saiz L. Kena pakaikan saiz yang fit elok dengan saiz peha.
  • Legcuff terlipat ke dalam. Untuk elakkan masukkan jari bahagian leg cuff untuk pastikan tiada kawasan terlipat
  • Lampin tiada double leakguard atau leakguard kurang lebar
  • Cutting lampin agak slim, mudah terselit bawah punggung bula anak bergerak, jadi mudah bocor
  • kencing melebihi kapasiti lampin tersebut, anak jenis minum banyak

Perkongsian pengalaman ibubapa yang menggunakan Pampers Bebas Klorin Bebimora

Pampers menyerap dengan baik, tidak berbau walaupun dah penuh, tidak bocor dan mudah digunakan. Kulit anak pun dah tak merah-merah. Pampers ni memang terbaik untuk anak saya.

Puan Rus Ismail

Pampers ni lembut, kalau saya lupa tukar pampes anak2 pun tak bocor. Anak saya selesa pakai. Dah repeat banyak kali pampers ni, paling penting produk bebas klorin dan harga murah

Puan Siti Nur Amirah

Repeat banyak kali dan untuk anak usia 3 tahun. Pampers jenis lembut nipis, tapi data serapan yang terbaik. Paling penting bebas klorin, harga mampu milik serta produk muslim yg Halal JAKIM

Puan Khairyani

Ramai ibubapa sudah beralih ke lampin bebas klorin Bebimora. Jika anda mahu jadi sebahagian mereka boleh dapatkan di SHOPEE ini.