Tadi singgah solat kat masjid Al Muttaqin, Jitra. Dari tempat wuduk sampai masuk tempat solat Faqihah dok cotcet2 tanya itu ini. Sekali makcik yang sama-sama amik wuduk tadi pun cakap ‘Pandai dia bercakap no..’

Saya senyum ja la, bersyukur dalam hati. Ya..memang seronok tengok anak kecil petah bercakap, ada2 saja idea yang comel keluar dari mulutnya.

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Tapi..Allah pernah beri saya peluang merasai ‘nikmat’ anak lambat bertutur. Dah pernah rasa di sana sini orang membanding dengan kanak2 seusia, dah pernah rasa kerisauan demi kerisauan bila baca tentang anak2 lewat bercakap.

Dah pernah rasa berdebarnya bawa anak jumpa pakar kanak-kanak dan dah pernah rasa berkejaran bawak anak ke seisi terapi pertuturan setiap 2 minggu di hospital yang tempat parking hanya dapat sebab ‘rezeki’. Siap pernah tak perasan parking tempat doktor!

Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

Dan setelah melalui dua pengalaman yang berbeza ini, saya rasa memang seronok anak boleh bercakap awal. Tapi membimbing sendiri anak yang lewat bertutur ini sehingga berjaya adalah sesuatu yang lebih MEMBAHAGIAKAN. Sesuatu yang menjadikan kita lebih gigih mencari yang terbaik untuk anak. Sesuatu yang menyebabkan kita lebih insaf dalam membesarkan anak-anak.

Anak Lambat Bercakap

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak lambat bercakap, bangkitlah. Jangan hanya menunggu keajaiban. Gali lah ilmu, rangsang pertuturan anak dengan bersungguh-sungguh. Rujuk pakar supaya kita boleh membuat tindakan yang tepat. Anak lewat bertutur bukan semata2 kerana anak, tapi boleh juga dipengaruhi faktor ibubapa dan persekitaran.

Selamat bertindak!