Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid
Kehidupan anak-anak memang dipenuhi dengan bermain. Dengan bermain, anak-anak akan mengalami perkembangan dalam aspek sistem motor, pancaindera serta otak mereka.
Aktiviti bermain yang sebenar adalah anak-anak berasa selesa, gembira, bebas meluah perasaan dan tidak merasa terpaksa. Aktiviti bermain berkait rapat dengan permainan. Di sini adalah eberapa panduan asas memilih permainan anak.
1) Pilih permainan yang sesuai dengan umur anak
2) Sesuaikan alat mainan dengan tempoh perkembangan anak
3) Anak lebih rapat dengan alat mainan yang selalu dilihatnya
4) Ada permainan yang dapat berfungsi sebagai terapi untuk anak-anak
5) Libatkan anak dalam membuat keputusan
6) Atur aktiviti bermain dengan seimbang
7) Sekiranya membeli alat mainan, pastikan mutu, buatan dan keselamatannya dalam keadaan baik
8) Sekiranya membeli mainan elektronik, perhatikan kodnya
- EC : Early Childhood (3 tahun ke atas)
- KA : Kids to Adult (6 tahun ke atas)
- T : Teen (13 tahun ke atas)
9) Perhatikan kesan permainan elektronik kepada anak
Semoga panduan asas memilih permainan anak ini boleh menjadi pembimbing semasa ibubapa memilih permainan anak.
Sumber : Buku Creative Parenting Today ; Andi Yudha Asfandiyar (muka surat 37)