Panduan Lengkap Melancong ke Korea. Dae-bak!

Fuh, inilah kali pertama Sakinah ambil tahu pasal korea sampai boleh tahu sedalam-dalamnya. Sampai boleh tulis pasal Panduan Lengkap Melancong ke Korea pulak. Sebelum ni apa beza korea utara dengan korea selatan pun tak pernah ambil tahu. Haha.

Dah baca buku ni barulah faham kenapa K-POP tu sangat besar impaknya kepada dunia hiburan. Rupanya ia adalah agenda terancang kerajaan Korea untuk pulihkan ekonomi negara yang sangat kritikal ketika itu.

Panduan Lengkap Melancong ke Korea
Agenda K-POP adalah bertujuan membantu memulihkan ekonomi korea selatan.

Artis korea mempunyai kontrak yang panjang melebihi 7 tahun. Mereka akan diajar bukan setakat untuk kembangkan bakat seni tetapi pelbagai kemahiran lain untuk menyediakan mereka sebagai artis antarabangsa. Tapi bayaran diorang ni tak mahal pun sebenarnya.

Memang berjaya lah kan. Bukan setakat export drama korea melonjak jutaan ringgit, dah tengok drama pakat-pakat melancong ke korea pulak kan. Begitulah besarnya impak sesuatu yang dijalankan secara terancang, walaupun ia adalah kebatilan.

Panduan Lengkap Melancong ke Korea
Kandungan buku

Buku Panduan Lengkap Melancong ke Korea ni memang bagus la untuk rujukan bagi mereka yang berminat untuk melancong ke Korea. Sangat terperinci penerangan pelbagai aspek berkaitan pelancongan.

Cara nak pilih hotel, pakaian ikut musim, cara nak pergi ke tempat melawat, makanan, pengangkutan awam malah mengenai tandas pun ada dalam buku ni. Lengkap sungguh!

Tandas tempat yang jarang orang nak cerita tapi sangat penting bila travel kan
Semua 4 jenis musim diterangkan kelebihan melawat pada musim itu, pakaian yang sesuai dan tips-tips semasa melancong

Malah buku ini juga muatkan bahasa korea asas yang mungkin akan digunakan semasa melancong. lengkap dengan cara sebutan.

Ada panduan ayat2 mudah dalam bahasa korea, siap dgn cara sebutan yg betul

Barulah ambo tahu apa maksud Sarang-He-Yo. Haha.

Betapa tak pernah berminat dengan cerita korea kan. Bagus juga la baca buku ni, ada lah sikit pengetahuan pasal negara orang.

Apa-apa pun dah habis satu buku takda pun lagi minat untuk ke sana.kiki.

Buat kawan-kawan yang suka jalan tempat-tempat cantik, boleh lah pertimbangkan korea sebagai tempat percutian idaman. Dan boleh lah dapatkan buku ini supaya dapat menikmati pengalaman percutian yang lebih menarik.

Panduan Lengkap Melancong ke Korea
Setiap tempat lawatan diterangkan apa yang menarik di situ, cara untuk sampai dan kos yang diperlukan.

Memang sangat membantu untuk backpacker Panduan Lengkap Melancong ke Korea ini.

An-nyeong-hi,
Kam-sa-hamnida ðŸ˜‰