
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid & Google
Usia 1 tahun adalah saat manis untuk setiap bergelar ibubapa. Umpamanya anak sudah mula bersedia untuk meroka dunia luar dengan lebih agresif lagi. Dan pastinya bermain adalak aktiviti utama anak-anak pada usia ini.
Sebagai ibubapa, pemilihan mainan yang sesuai adalah penting. Ini akan merangsang perkembangan anak dengan lebih optimum. Berikut adalah cara belajar anak-anak pada usia 1 tahun menurut Sandy Jones, penulis buku The Toddler Years.
1) Anak belajar melalui bunyi dan membuat bising
2) Anak suka menolak, memusing, membaling & mengetuk

Mainan begini sangat memenuhi kepuasan emosi anak-anak . Mereka mempunyai tempat yang betul untuk meluahkan imaginasi
3) Mainan olok-olok (role play) dapat membina imaginasi anak-anak dengan lebih jelas untuk menghayati sesuatu cerita

Watak cerita lebih mudah di hayati dengan bantuan puppet.
4) Meniru aktiviti orang dewasa adalah tabiat semula jadi anak kecil. Beri peluang mereka meniru menggunakan set permainan tanpa risaukan peralatan yang sebenar akan rosak.
5) Mengenalpasti dan suai padan bentuk dapat membina keyakinan diri anak-anak.

Mainan puzzle bagus untuk melatih kemahiran mengecam

Menyusun gelung ini boleh menjadi aktiviti yang tidak menjemukan untuk kanak-kanak
Semoga pemilihan mainan yang sesuai dengan usia 1 tahun akan membantu perkembangan anak yang menyeluruh dari aspek kognitif, bahasa dan psikomotor.
Rujukan : The Toddler Years – Sandy Jones