
Ini catatan pengalaman di kursus perdana haji peringkat negeri kedah tahun 2019 yang dikongsi oleh kakak saya, Ustazah Intan.
Pengalaman di kursus perdana haji ni memang menggambarkan suasana di Mina & Arafah. Berkongsi tempat tidur yang sempit, beratur panjang untuk berwuduk, qodho hajat & mandi.
Makan disediakan dalam bekas dan ikut menu yang ditetapkan. Sepanjang masa kena cepat dan cergas bergerak. Semua ni sangat mendidik untuk bersabar, mengalah, beratur & berdisplin.

Alhamdulillah… sedikit letih namun seronok, bibit rindukan suami dah bermula ketika ini🙈🙈🙈. Asal ada peluang mesti cari & call. Nampak dari jauh dah hepi, rindu macam tak jumpa setahun🤣🤣🤣🤣 .
Paling best belajar makan di tepian pokok bunga, longkang, sambil bertinggung pun ada. Rupanya di Mina memang lebih kurang macam tu ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤.
Juga dah mula nampak tingkah laku manusia, ada yg tak hiraukan orang lain. Mementingkan diri sendiri dan geng. Bertolak tolak ketika keluar dewan, potong barisan. Ada yang bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Semua yg dibaca dalam buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (Prof Dr Kamil Ibrahim) dan Buku Haji Muda (Dr Ridzwan Bakar) memang benar dan masih berlaku walaupun buku2 tersebut sudah diterbitkan belasan tahun yg lalu.
Ini memahamkan saya, perlu lebih mujahadah dlm mengawal diri ketika bermuamalah dgn orang lain. Paling ketara, orang muda mesti selalu bersabar, mengalah dgn warga emas. Mereka perlu di hormati dan di kasihi.
Semalaman saya bersama Puan Nur Wardati Mhd Yusoff tidak dapat tidur kerana terlalu sejuk dan bising. Suasana memang tak selesa tetapi lebih menyedihkan melihat orang tua2 yg tidur di atas kerusi roda. Mungkin itu yang lebih selesa untuk mereka daripada lantai yg sejuk dan air cond yang kuat.
Apa-apa pun kami seronok jer. Banyak ilmu baru dapat kami kutip, ulangkaji untuk org muda yg masih dangkal ilmu haji umrah. Alhamdulillah.

Ketika ini juga dapat melihat betapa terbaiknya pengurusan Tabung Haji. Bermula dari ketibaan di Kompleks Tabung Haji semuanya tersusun rapi. Di layard sudah tertera no bas & KT. bermakna tempat duduk dab penginapan juga sudah disusun atur.
Paling mengharukan perasaan apabila bas-bas kami diiringi motorsikal polis trafik yang mengujakan seolah-olah VVIP bakal melintasi Jalan tersebut. Sebak sangat ketika itu, betapa sambutan yang disediakan melambangkan beratnya bebanan seorang HUJJAJ
Bukan sambutan biasa2 kerana segalanya adalah persediaan demi sebuah haji yg mabrur. Segala yg dipelajari dlm kursus asas bakal teruji di medan kursus perdana & kemudian ditambah nilai lagi ketika di Masyair.
Allahu Akbar! Saya paling banyak berdoa agar saya bersabar kerana saya selalu tercabar melihat bagaimana sabarnya seorang yg penyabar 🙈🙈Banyak sangat yang kami perolehi sepanjang 2 hari di Dewan Wawasan, Jitra ni.

Paling hebat ialah ilmu menahan diri dari bercakap yg tidak2 😅😅😅. Kerana di sekeliling kita seolah-olah mempengaruhi kita utk bercakap yang tidak2 terutama mengomen pengurusan TH. Sedangkan mereka sudah berusaha yg terbaik ketika itu utk 2400 jemaah haji Kedah🤔🤔🤔.
Saya kagum dengan org yang komplen pengurusan Tabung Haji. Kita cikgu sekolah kalau urus budak 2,3 ratus pun kadang caca marba. Inikan pula 30k jemaah Malaysia yg berbagai tahap umur, kesihatan, pendidikan, pekerjaan… kagum sangat2 dengan teganya mereka, Masya Allah.