“Antara balm calmtime dan sleeptime, yang mana satukah patut saya miliki?”

– Persoalan yang kerap di tanya oleh pelanggan Tasneem Naturel

Ramai yang bertanyakan hal yang sama, apakah perbezaan antara balm calmtime dan balm sleeptime Tasneem Naturel? Jadi atas rasa bertanggungjawab saya akan kongsikan kepada anda semua.

Perbezaan Balm Calmtime dan Balm Sleeptime Tasneem Naturel, Mana Satu Pilihan Yang Sesuai dengan Bayi Anda
Kombinasi balm calmtime dan sleeptime sangat disarankan untuk ibubapa dalam menguruskan anak kecil

Balm Calmtime dirumus khas untuk membantu badan mengeluarkan hormon tenang. Antara bahan yang terdapat di dalam balm Calmtime adalah bergamot, roman chamomile, orange, geranium dan beberapa essential oil lain. Bacaan lanjut boleh klik SINI.

Manakala balm Sleeptime berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon tidur dengan jaga. Selain itu, ia dapat memberi kualiti tidur yang baik buat si pemakai. Antara bahan yang digunakan ialah lavender, cedarwood, ylang ylang dan beberapa essential oil lain. Boleh klik SINI untuk bacaan lanjut.

Untuk penggunaan balm calmtime atau sleeptime, kita perlu meneliti setiap kes yang berkaitan. Sebagai contoh, baby newborn kebiasaan tiada masalah dengan penghasilan hormon tidur. Kebanyakkannya, baby newborn mengalami tidur yang terkejut-kejut atau rasa gayat atau rasa tak selamat ataupun baby yang kerap nak merap dengan si ibu. Jadi amat disarankan menggunakan balm calmtime yang akan membantu baby bertenang.

Tetapi, kalau baby selepas gunakan balm calmtime masih tidur tak lena boleh gunakan balm sleeptime.

Di dalam balm calmtime ada minyak pati bergamot yang mana memberi aroma citrus yang merangsang rasa tenang. Ia juga dapat mengurangkan ketegangan otot. Manakala di dalam balm sleeptime minyak pati lavender berfungsi untuk membantu menjadi tenang, mengeluarkan hormon tidur dan dapat membantu untuk fokus pada sesuatu aktiviti.

Sangat penting untuk kita ketahui situasi anak pada ketika itu. Kita perlu perhatikan adakah anak ketika nak tidur akan meragam? anak menangis ke? Jika tiada, kita boleh menggunakan balm sleeptime terus tanpa balm calmtime.

Situasi lain, jika anak mengamuk dan aktif sebelum tidur dan kita sapukan balm sleeptime. Ia akan membuatkan mereka lebih fokus pada mengamuk dan tidak dapat ditenangkan. Maka dalam situasi ini, menjadi keperluan menggunakan balm calmtime untuk menenangkan anak tadi. Kemudian boleh gunakan balm sleeptime jika perlu.

Jika ibu mempunyai cara menenangkan anak contoh menyusukan anak, membacakan buku cerita atau apapun cara jadi ibu boleh mencalit nipis balm sleeptime untuk merangsang hormon tidur anak.

TIPS IBU PERLU KUASAI BAGI MENENANGKAN BAYI
Mengendung anak dapat membantu anak tidur juga

Kes lain pula, jika anak sudah cukup tidur dan kita nak anak berada dalam keadaan tenang ketika berada di tempat awam, bolehlah kita calitkan balm calmtime untuk anak berada dalam keadaan tenang.

Perbezaan Balm Calmtime dan Balm Sleeptime Tasneem Naturel, Mana Satu Pilihan Yang Sesuai dengan Bayi Anda
Fungsi balm calmtime dan balm sleeptime

Kombinasi terbaik adalah kita sediakan dua balm ini untuk kegunaan dikala anak meragam atau anak nak tidur. Ia sangat membantu ibu menguruskan anak dengan lebih baik.