
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid & Google
Alhamdullillah setelah sekian lama menyimpan hasrat nak bawa anak ke Pusat Sains Negara cawangan utara ni, Allah takdirkan Ramadan 1437 untuk kami sampai di sini. Walhal jarak perjalanan dari rumah ibubapa saya kurang dari 15 minit pun. Tapi biasalah, bila dah balik kampung tu ada saja la agenda bersama keluarga kan.
Ok, cerita pasal Pusat Sains Negara cawangan utara ni, kewujudannya mungkin masih kurang mendapat liputan yang meluas. Mungkin papan tanda menghala ke pusat ini juga tidak ‘semeriah’ ke lokasi pelancongan lain. Kebanyakan pelawat hanya tahu mengenai muzium padi, sedangkan PSN ini terletak dalam kawasan yang sama.
Pusat Sains Negara cawangan Utara terletak dalam 15km dari bandaraya Alor Setar. Tidak banyak tarikan pelancong lain di sekitarnya, tapi sangat berbaloi jika keluarga anda suka berekplorasi. Lawatan 2 jam ke galeri pamerannya semalam tidak cukup untuk anak-anak mencuba semua bahan pameran yang disediakan.
Sebagai guru sains, saya amat menghargai semua bahan-bahan pameran yang ada kerana ia telah diolah dengan cara yang sungguh menarik untuk memahamkan kita mengenai konsep-konsep sains yang sukar. Setiap satu bahan pamerannya dapat menjana idea anak-anak yang belum belajar sesuatu konsep sains itu, malah dapat mengukuhkan kefahaman bagi kita yang sedah belajar secara teori.
Adalah amat merugikan anda kita tidak memanfaatkan peluang menimba ilmu sacara interaktif di sini. Pasti kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membina pusat ini demi kelangsungan pendidikan sains di Malaysia. Semoga kita semua mengambil peluang membawa anak-anak untuk berekplorasi di sini apabila sudah berada di kawasan berhampiran.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan anda. Semoga kita semua diberi peluang untuk menghargai nikmat ilmu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Memahami konsep jisim berbeza di planet berlainan – Dari 18 kg tinggal 3 kg
Model sistem dalam badan manusia
Konsep tenaga
Mutation mirror
Kesan rumah hijau
Bahagian kanak-kanak bawah 3 tahun
Simulasi pekerja industri – paling lama dok kat sini la, lebih setengah jam kot