Kali pertama saya tau mengenai ekzema adalah sekitar 10 tahun lepas. Masa tu kawan datang rumah tengok pipi anak dia merah kemain. Dia cuba fahamkan kami dengan masalah ekzema tapi memang otak tak dapat nak proses maklumat masa tu. Lagi simpati tengok keadaan anaknya yang ‘nampak sakit’.

Zaman tu macam jarang sangat la jumpa bayi masalah ekzema ni, mungkin kalau ada pun lebih cenderung untuk sembunyikan dari khalayak ramai. Tapi hari makin hari rasa ekzema ni macam dah terlalu biasa kan.

Sabun dan Krim Terbaik untuk Rawat Ekzema Bayi
Perjalanan membesarkan anak ekzema jauh lebih sukar dari segi jagaan harian dan pemakanan

Memang mencabar tapi ia satu keadaan yang perlu dihadapi. Bagi ibubapa yang anak-anak sihat tanpa masalah ekzema ini adalah satu rezeki yang besar Alhamdulillah. Hari ni saya nak kongsi bacaan dari Majalah PAMA mengenai masalah ekzema.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan berlakunya alahan.

 

 

Punca Masalah Kulit Pada Bayi dan Cara Pencegahannya

Ekzema boleh menjadi lebih teruk jika kulit kering

Penyebab terbentuknya ekzema ialah asap rokok, bahan-bahan kimia, asap, cuaca panas, cecair, mandian sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan,makanan dan hama habuk rumah.

Apabila kulit mengalami alahan, ia menyebabkan kulit mengalami kegatalan yang amat tinggi dan akan menjadi lebih teruk apabila kulit kering. Malah jika digaru berulang kali, ia akan terkoyak dan menyebabkan kulit semakin teruk. Apabila ekzema menjadi kronik, kulit menjadi tebal dan bersisik.

Cegah Ekzema Sebelum Kronik

Jika anak anda mengalami ekzema, perkara penting yang paling utama ialah pastikan anda menggunakan pelembap kulit kering atau kulit sensitif, mandian atau sebelum tidur sapu krim pelembab supaya kulit sentiasa lembap. Pelembab seperti kalmy losyen ini dari bahan semulajadi, selain melembabkan kulit ia tidak memberikan efek dari bahan kimia berbahaya.

kalmy losyen untuk ekzema kulit kering

Kalmy losyen dari bahan semulajadi dan minyak pati sangat lembut pada kulit sensitif

Selain rawatan sendiri, anda boleh membawa anak rawatan moden berjumpa pakar untuk ujian darah untuk pemeriksaan alahan. Melalui ujian itu, ia boleh mengesan punca anak mengalami alahan lalu dapatlah anda elakkan punca berkenaan.

Jika menggunakan ubat seperti steroid atas nasihat doktor, lazimnya sapuan selepas mandi atau sebelum tidur pada tempat yang luka atau kemerahan.

Pencegahan Awal Ekzema

 

Penggunaan losyen pelembab untuk memastikan kulit bayi sentiasa lembab

Mencegah lebih baik daripada merawat. Ini kerana merawat ekzema ini mengambil masa yang lama untuk kembali sembuh supaya kulit tidak berparut akibat kesan ekzema. Oleh itu anda boleh melakukan pencegahan awal dengan memastikan kulit anak sentiasa disapu pelembap untuk kulit kering, mengelakkan penggunaan sabun dan pelembab yang mempunyai bau wangi; buih sabun dan air panas yang boleh mengeringkan kulit.

Dalam pada itu, pastikan pemilihan makanan yang tidak menyumbang kepada alahan kulit, menjaga kebersihan diri seperti kerap menukar cadar langsir, pakaian, dan persekitaran tempat tinggal seperti habuk.