Hari ini saya ambil masa bertenang merenung perjalanan sebagai ibu. Serasa baru saja saya bersendirian memikirkan isu-isu jagaan anak yang masih kecil, hari ini mereka sudah meniti usia remaja. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pinjamanNYA.

Bila memikirkan anak, seringkali ia hadir bersama kebimbangan mengenai masa depan mereka. Bagaimana jalan hidup yang mereka akan tempuh, apa mereka akan buat, di mana kehidupan mereka bakal berlabuh. Benda2 macam ni kalau kita fikir dan fikir pun sebenarnya takda jawapan pun.

Kita boleh merancang tapi akhirnya perancangan Allah jualah yang terbaik untuk kita semua.

Cuma 1 senjata utama yang kita ada adalah DOA. Sebenarnya anak bukan hanya perlukan doa ibu ketika waktu nak exam sahaja, tapi sepanjang hayat. Ini hakikat yang kita kena faham sebagai seorang ibu. Doa adalah tanggungjawab penting yang perlu kita langsaikan setiap hari, kerana itulah senjata yang Allah dah pinjamkan pada semua hambanya tanpa syarat.

Kita tak perlu ‘sebab’ untuk berdoa kepada anak kerana ia memang tanggungjawab kita sebagai ibu

Kalau kita nak bantu anak dengan harta, kira akan terkilan bila rasa kurang berharta.

Kalau kita nak bantu anak dengan pangkat, kita rasa sedih bila rasa diri bukan siapa-siapa.

Kalau kita nak bantu anak dengan beri masa sebanyaknya pada mereka, kita akan stress bila dihambat tuntutan hidup.

Kalau kita nak bantu anak dengan jaminan apa2 pun, kita tetap rasa gusar kerana kehidupan kita sendiri pun tiada jaminan.

Maka apa yang kita mampu selain BERDOA?

Ya, berdoalah wahai ibu kerana ianya senjata ampuh yang tak kenal pangkat, harta dan apa jua batasan. Dari perkongsian ibubapa hebat yang saya ikuti, saya titipkan di sini waktu yang digalakkan untuk kita berdoa

  1. Ketika menyusukan anak
  2. Ketika sujud dalam solat
  3. Ketika solat Dhuha
  4. Sewaktu anak bersalam nak pergi sekolah
  5. Bila-bila masa saja bila kita teringat pada anak

Ketika menyusukan anak

Ya, mulakan tabiat mendoakan anak seawal usia bayi, kerana ia saat yang kita hanya mempunyai persepsi positif terhadap anak. Sangat mudah kita nak berfikir yang baik2 tentang anak di usia begini berbanding pada saat dia sudah pandai berlawan kata dengan kita.ehemmm.

Ilmu ini saya dapat dari Ikon homeschooler Malaysia, Dr Siti Rohana dalam Seminar A.N.A.K.K.U yang saya hadiri ketika anak kedua masih kecil. Antara pesanan beliau, sewaktu menyusukan anak bacalah Al Fatihah kerana ia bacaan yang terkandung sangat banyak kebaikan di dalamnya.

Bacaan Al Fatihah adalah rukyah, bila ia sentiasa dibacakan semasa anak sedang mengalami pertumbuhan mental dan fizikal yang pesat in syaa Allah tak terjangkau kebaikan yang anak akan dapat.

Alhamdulillah saya berpeluang amalkan masa anak ke 3, bila kita nak mengaji mesti anak nak tarik-tarik Al Quran/buku surah tu. Jadi saya baca Al Fatihah bersama dia, dan antara kebaikan yang sudah saya nampak adalah bila dia mula bercakap pada usia 2 tahun percakapannya lancar, mudah difahami dan tidak pelat.

Ketika sujud dalam solat

Kebiasaannya kita akan sujud lebih lama waktu sujud akhir. Tapi sebenarnya semua sujud dalam solat adalah waktu makbul doa, jadi amatlah rugi kita tak menggunakan peluang berdoa pada setiap sujud.

Saya pelajari ilmu ini dari Ustazah Asma Harun dan bila diamalkan saya dapat merasai kenikmatan berdoa dalam solat Alhamdulillah.

Untuk amalkan doa ketika sujud ustazah cadangkan untuk bahagikan doa mengikut sujud, contohnya

  • sujud pertama – doa untuk diri sendiri
  • sujud kedua – doa untuk suami
  • sujud ketiga – doa untuk ibubapa
  • sujud keempat – doa untuk anak pertama & kedua
  • sujud kelima – doa untuk anak ketiga & keempat
  • sujud keenam – doa untuk kerja/bisnes
  • sujud ketujuh – doa untuk apa2 hajat
  • sujud kelapan – doa untuk syurga

Jadi maksudnya setiap kali solat akan ada doa untuk anak2. Mungkin ada solat yang kita tertinggal, tapi in syaa Allah dalam sehari akan ada doa untuk anak2.

Doakan anak ketika Solat Dhuha

Anak kita sangat beruntung andai kita ibubapa yang konsisten Solat Tahajud, itulah sebaik2 waktu untuk berdoa. Namun andai belum mampu istiqamah bangun malam, kita masih boleh merebut waktu afdol berdoa ketika Solat Dhuha.

Tambahan pula waktu Solat Dhuha itu adalah waktu anak2 kita sedang muhadah menuntut ilmu. Dan kalau musim peperiksaan itulah waktunya anak2 kita sedang bertarung di medan pep eriksaan. Jadi sangatlah bagus waktu anak sedang gigih berusaha itu kita sebagai ibu pun gigih memanjatkan doa padaNYA in syaa Allah.

Waktu Dhuha yang afdol adalah di pertengahan sekitar 10 pagi

Solat Dhuha boleh dilaksanakan seawal 23 minit selepas terbit matahari dan kira2 1 jam sebelum solat zohor. Jadi dalam tempoh waktu yang panjang ini in syaa Allah kita boleh mencari waktu untuk diusahakan Solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat dan panjatkanlah doa untuk anak-anak.

Daoakan Sewaktu anak bersalam nak pergi sekolah

Ini juga amalan yang saya dapat ketika ikuti kuliah pagi bersama Ustazah Asma Harun. Kadangkala sewaktu kuliah jam 7 pagi, anak ustazah datang untuk bersalam dengan beliau sebelum ke sekolah.

Ustazah bersama salah seorang anakanda nya yang khatam hafazan tak sampai setahun

Ustazah akan membacakan beberapa doa pada ubun-ubun anaknya, salah satu yang saya cuba beramal ialah Surah Ar-Rahman Ayat 1-4.

A004A003A002 A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Daoakan anak Bila-bila masa saja bila kita teringat pada anak

Ya sebenarnya doa tak perlu terikat dengan masa dan tempat, tapi bila-bila masa sahaja teringat pada anak terus saja berdoa. Kadang waktu memandu, waktu memasak mahupun termenung teringat apa-apa saja tentang anak dari kita fikir tak berkesudahan lebih baik kita panjatkan doa.

Bukankah Allah sendiri yang suruh kita berdoa padaNYA, DIA akan makbulkan. Alangkah ruginya kita tak menggunakan peluang ini sebaiknya.

(..وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ 

‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. ..) Al Mukminun:60

Jadi ibu ayah sekalian, sebenarnya anak perlukan doa Ibu bukan hanya waktu nak exam sahaja tapi sepanjang masa. Maka marilah kita sama-sama berusaha untuk istiqamah mendoakan anak tak kira waktu ada dalam keadaan saat ok mahupun sedang terperosok ke lembah kegelapan.

Tanggungjawab kita mendoakan mereka tidak akan berakhir selagi nyawa masih dikandung badan. Berdoalah!