Inilah bff saya dalam Tasneem.

 

Lama dah kenal mek Ganu ni sebenarnya. Dari zaman belajar USM, kami berpersatuan sekali, tangkap serangga sekali, masuk silat sekali. Ha, kami ni partner silat tau.

 

 

Teringat pula kes lebam-lebam ko Wan Rosnazira. Tu saja nak bagi ingat kat partner lama sikit.

 

Kenduri kahwin dia datang tapi 1 gambar pun tak lekat. Padahal ini lah antara orang kuat di dapur, menolong siang sampai malam kenduri. Malam kenduri, saya dan suami bawa dia makan di luar dan hantar dia balik ke terminal bas.

 

Sob sob. Sedih cerita part ni.

 

Lepas kahwin, kami tinggal di Siputeh, Perak. Dari sana kami berulang pi Cameron Highland pula, melawat Ira sebab dia berniaga cendawan goreng dan strawberi coklat di pasar malam Brinchang. Ni dalam tahun 2010-2011.

 

Kagum sungguh tengok kawan yang sorang ni. Terus buatkan blog khas untuk bisnes dia. Eh, betulkan aku yang buatkan ni Ira?

 

 

Sempat juga bawa Ira ke rumah keluarga angkat kumpulan ghazal di Batu Kurau. Mak Ndak perturun petua buat ikan pekasam kat Mek ni.

 

Masa berlalu, kami pindah, Ira kahwin dan pindah ke Kelantan, saya sambung belajar dan bulan April 2020, saya tarik Ira masuk Tasneem.

 

Ira memang pengguna dan dia suri rumah masa ni dengan 4 orang hero (termasuk suami dia). Haha.

 

Tak syokla buat bisnes sorang-sorang kan dan dengan sertai Tasneem ni, Ira pasti dapat belajar macam-macam dan dapat kawan baru.

 

Awalnya Ira ni tak pasti lagi nak join tapi bila suami dia bagi lampu hijau, fuh laju dia bergerak. Senang dengan dia ni. Tak paham, tanya. Ada masalah, bagitau.

 

Alhamdulillah, Ira tak dok lama dalam team saya sebab dia ada potensi lebih besar. Lepas 8 bulan, kami sama-sama dok bawah Master Sakinah Hamid.

 

 

Saya suka panggil dia Master Kelantan, tu doa saya untuk dia. Kita sama-sama buat, kita sama-sama dapat kan Ira.

 

Terima kasih Ira sebab sambut tangan aku tahun lepas.

 

Moga kita bersahabat selamanya, dunia hingga akhirat. Moga sempat juga balas hutang nak menapak ke rumah Ira di Kelantan sana, satu masa nanti. Dah 2-3 kali rancang nak pi satu famili ni, sampainya belum lagi.

 

Apabila kita ada kawan rapat yang sama2 bisnes bolehlah saling sokong menyokong untuk sama-sama mencapai impian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge