Sistem Imun Rendah Salah Satu Punca Kematian Pesakit Covid 19

Semasa mula-mula Corona Virus menyerang Malaysia, ia kedengaran sangat mengerikan. Tapi bila ada laporan pesakit yang sembuh, saya pun tertanya juga macam mana boleh sembuh sedangkan penyakit ini tiada ubat.

Bila saya terbaca catatan Dr ‘Afif Abdul Latiff mengenai isu ini, barulah saya faham bagaimana ada pesakit yang boleh sembuh namun ada yang menemui kematian. Saya terbitkan semula catatan dari laman facebook peribadi beliau di sini dengan keizinan.

Sistem Imun Rendah Salah Satu Punca Kematian Pesakit Covid 19
Dr ‘Afif Abdul Latiff merupakan petugas perubatan di Pusat Perubatan UKM

Majority pesakit COVID 19 yang meninggal dunia adalah akibat Acute Respiratory Distress Syndrome ( Sindrom akut pernafasan)

Siapa yang berisiko untuk dapat sindrom pernafasan ini?

  • Mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah
  • Mereka yang ada masalah paru-paru. 

Siapa yang sistem imun yang rendah?

  • Yang berumur mempunyai sistem imun yang rendah seperti mana badan mula-mula kurang aktif, metabolism juga akan berkurang. So far dalam 80% yang meninggal dunia berumur atas 50 tahun.
  • Yang kecil pula, badan mereka baru nak develop sistem imuniti sendiri maka dikategorikan sebagai mereka yang berisiko juga. Semasa dalam kandungan bayi tumpang immune dari ibu.
  • Mereka yang ada penyakit kronik seperti kencing manis, sakit buah pinggang, obesiti
  • Penghidap kanser dan HIV

Siapa yang biasanya mempunyai masalah paru-paru?

Perokok tegar yang ada COPD contohnya, paru-paru mereka sudah tersedia rosak sebelum terkena jangkitan COVID. Baki sel paru-paru yang sihat adalah sikit berbanding yang tak sihat. Maka, COVID tidak perlu banyak buat kerja untuk merosakkan baki-baki cell yang ada. 

Jadi, virus ni masuk dalam badan, dia pun pergi kepada sel sel dalam paru-paru. Entah kenapa, tapi COVID ni rasa sesuai sangat duduk dekat sel paru-paru. Macam jodoh. Jadi, masuk dalam sel, tumpang untuk beranak dalam sel-sel tersebut dan sel tersebut akan mati. 

Corona virus mendatangkan mudarat apabila ia masuk ke paru-paru

Ini juga akan menyebabkan pesakit lebih mudah untuk mendapat pneumonia (jangkitan paru-paru). Bila banyak sel yang mati, respon badan kita mestilah nak nyahkan virus virus ni. Jadi respon badan kita akan menyebabkan radang dekat paru-paru. 

Bagaimana keadaan Pesakit Covid 19

Macam mana kalau tulang kita kalau patah, kawasan sekeliling tu akan bengkak, macam tu lah apa yang jadi pada paru-paru. 
Macamana kalau mereka yang kena alergik, keliling mata tu membengkak, macam tu lah jadi pada pesakit COVID.
Macamana bengkak kalau tengok dalam movie yang lepas orang kena sengat dengan sekumpulan lebah tu, macam tu lah jadi pada sistem pernafasan pesakit corona ni.

Radang ni secara normalnya bagus sebab dia bertujuan nak memperbanyakkan saluran darah and bekalkan ke kawasan yang cedera atau ada jangkitan untuk proses penyembuhan.

Jadi bila radang, radang dan lebih radang, maka paru-paru akan di penuhi dengan air. Sepatutnya kan paru-paru banyak udara yang mengandungi oksigen. Bila X-ray pun akan menampakkan lebih banyak tompok putih yang menunjukkan kehadiran air.

Dalam ARDS ni, radang tu bukan sahaja berlaku pada bahagian paru-paru yang terkena jangkitan tetapi over respons dari badan menyebabkan seluruh paru-paru jadi radang.

Masa ini pesakit akan mula dapat susah nafas. Sebab oksigen dalam badan dah berkurang. Macamana kuat pun pesakit bernafas pun air je yang ada dalam paru-paru sebab oksigen tak boleh nak masuk dah.

Masa ini frontliners pun akan menjadi cemas kerana pesakit seperti ini sudah tidak boleh bernafas sendiri dan memerlukan bantuan pernafasan. 

Air ni tak boleh di vacuum sesuka hati sebab ruangan dalam paru-paru kita sangat kecil. Memang kena tunggu air surut sendiri. Macam air surut dan pasang dekat laut, kita tak boleh kawal dan kena tunggu masa dia surut. Macam nak tunggu baju lepas basuh kering, macamana kita tiup baju tu pun, dia akan ambil masa untuk kering.

Rawatan Covid 19 di hospital

Jadi, sementara nak tunggu virus itu nyah dari badan, kami di hospital akan cuba sedaya upaya memastikan oksigen cukup dalam badan. Bila tidak ada oksigen, semua organ-organ dalam badan kita tak boleh berfungsi. 

Setelah memberi bantuan oksigen secukupnya, kita berharap dapat memberi masa untuk badan lawan virus tersebut dan air-air dalam paru-paru akan diserap semula oleh cell interstitial.

Mesin bantuan pernafasan diperlukan oleh setiap pesakit yang sudah masuk ke fasa kritikal

Tetapi, bila air ni dah terlalu berleluasa hingga tidak lagi boleh di support dengan oksigen dari luar, dan berlakunya kegagalan organ disebabkan kurang oksigen dalam badan, maka disitulah titik akhir.

Keadaan itu adalah saat yang paling menyedihkan bagi semua pengamal perubatan. Jadi, mari kita teruskan Stay at Home. Kurangkan risiko kita untuk dijangkiti penyakit ini.

Semoga wabak ini akan pergi tak lama lagi insyaAllah. Doa adalah senjata terkuat kita. Bagi yang sudah pergi, sama-sama kita doakan ganjaran yang terbaik bagi mereka.

Dr ‘Afif Abdul Latiff (28/3/2020)

2 thoughts on “Sistem Imun Rendah Salah Satu Punca Kematian Pesakit Covid 19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge