Tag

Ajar Anak Membaca

in Ilmu Keibubapaan

Boleh ke saya ajar anak membaca?

Bahang 2017 makin terasa. Di sana sini ibubapa mula sibuk dengan persiapan dan pendaftaran persekolahan anak-anak. Ada yang hadir kelas percubaan tadika, ada yang anak mula duduki ujian saringan darjah satu dan ada ibu yang dah mula bimbang anaknya akan hadapi peperiksaan awam tahun ini. ^_^ Di mana pun kita itulah warna warni dalam membesarkan anak-anak. Setiap fasa ini akan menjadi kenangan suatu hari kelak. Jadi inilah peluang untuk kita melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga Allah ilhamkan kepada kita tindakan yang betul dan memberi impak positif kepada perkembangan anak in syaa Allah. Dalam semua fasa perkembangan, membaca adalah elemen…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

4 Tips elak anak cepat lupa semasa belajar membaca

Cuti sekolah akhir tahun 2016 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Bagaimana dengan cuti ibu bersama anak-anak? Semoga ia menjadi percutian yang dapat memenuhi bank emosi kita buat meneruskan perjuangan hidup ini, in syaa Allah. Selain mengisi masa dengan bercuti, ramai juga ibubapa yang mengambil peluang untuk mengukuhkan pengusaan anak-anak dalam bidang ilmu tertentu terutamanya kemahiran membaca. Kemahiran membaca adalah kunci untuk anak memahami bidang ilmu lain dengan lebih luas. Tambahan pula sistem pembelajaran kita di Malaysia ini meletakkan keutamaan kepada kemahiran membaca dalam melakukan ‘streaming’ kepada pelajar darjah 1. Jadi mengusai kemahiran membaca sebelum ke sekolah rendah sudah menjadi keperluan…

Continue reading
Mengajar fonik menggunakan kad imbas
in Ilmu Keibubapaan

Apakah Kaedah Membaca Fonik?

Dulu-dulu kebanyakan kita belajar membaca dengan mengeja. Walaupun agak lambat akhirnya kita tetap boleh membaca, Alhamdulillah. Namun dalam kepesatan perkembangan ilmu, pelbagai kaedah membaca yang lebih praktikal telah muncul. Dan keadah-kaedah terkini ini apabila di ajar dengan teknik yang betul dapat membantu kanak-kanak membaca lebih cepat. Baguskan. Lebih cepat boleh membaca bermakna anak lebih cepat mendapat kunci meneroka ilmu dalam bidang yang lebih luas, in syaa Allah. Salah satu kaedah yang semakin berkembang pesat penggunaannya di Malaysia ialah kaedah fonik. Fonik bermaksud bunyi. Kaedah fonik ialah kaedah di mana pelajar hanya menggabungkan bunyi semasa belajar membaca, tanpa menyebut nama huruf….

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Perlu ke Pergi Kursus Kaedah Ajar Anak Membaca?

Kita dah pandai membaca, perlu ke pergi kursus untuk belajar teknik ajar membaca kepada anak? Jawapannya bergantung kepada individu. Jika ibu itu memang seorang yang mempunyai kemahiran mengajar kanak-kanak, mungkin tidak perlukan kursus. Contohnya seorang yang pernah mengajar kanak-kanak prasekolah, mengajar adik-beradik atau saudara mara yang ramai mungkin sudah mahir  untuk mengajar kanak-kanak. Dia boleh menggunakan kemahiran sedia ada pada dirinya untuk mengajar anak membaca dengan kaedah yang sesuai. Pun begitu dia mungkin masih perlu belajar teknik-teknik tertentu contohnya teknik gabung bunyi dalam kaedah fonik. Kefahaman yang betul penting supaya aktiviti pembelajaran mendapat hasil seperti yang dikehendaki. Namun bagi seorang…

Continue reading
anak suka membaca
in Ilmu Keibubapaan

3 Langkah Penting Ajar Anak Membaca

Alhamdulillah rata-rata anak tadika sekarang ni sudah sampai ke penghujung persekolahan. Sana-sini sibuk dengan majlis graduasi tadika dan yang sewaktu dengannya. Jelas terpancar kegembiraan anak-anak bila mendapat peluang naik ke pentas untuk persembahan bakat mahupun menerima hadiah. Semoga semangat anak-anak ini terus berkobar sehingga peringkat yang lebih tinggi, in syaa Allah. Namun dalam keseronokan itu terselit juga kebimbangan di sanubari sebahagian ibu-ibu. Bimbang dengan peluang untuk anaknya apabila melangkah ke sekolah rendah kelak. Bagi ibubapa yang anaknya sudah boleh membaca dengan baik, boleh lah rasa lega 1 aspek kan. Cuma yang anak belum boleh membaca, mahupun bacaan masih kurang lancar…

Continue reading
anak suka membaca
in Ilmu Keibubapaan

Kelebihan Anak Boleh Membaca Awal

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Saya tak kisah pun anak saya boleh membaca umur berapa, tapi saya memang mendedahkan anak saya dengan Aktiviti-aktiviti yang merangsang anak minat membaca . Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan kemampuan membaca kepada anak saya dalam usia 5 tahun lebih. Dan bila anak sudah boleh membaca, barulah saya nampak kebaikannya. Bagus rupanya anak boleh membaca awal, banyak kebaikan untuk ibu dan anak in syaa Allah. Antara kelebihan anak boleh membaca awal ialah 1) Mudah memahamkan anak mengenai sesuatu situasi Sebagai contoh, badan anakanda Fateh bersaiz kecil. Pada usia 5 tahun, dia masih boleh memakan baju untuk…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Umur Berapa Sesuai Ajar Anak Membaca?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Umur berapa sesuai ajar anak membaca? 7 tahun? 5 tahun? 2 tahun? Jawapannya terletak kepada KESEDIAAN anak. Kerana anak yang bersedia akan dapat menguasai proses belajar membaca dengan mudah. Seringkali kederangan suara-suara risau ibubapa – anak saya tak minat baca, anak tak nak dengar saja ajar, anak tak nak duduk diam dan banyak lagi. Kenapa? Kerana anak tidak bersedia untuk belajar membaca. Jadi yang menjadi tanggungjawab ibubapa bukan gigih nak ajar membaca, tapi berusaha tanam minat anak kepada membaca@minat buku seawal mungkin. Bnyakkan membuat Aktiviti yang merangsang anak minat membaca sejak bayi. Anak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Seronok Belajar Membaca guna ‘Siri Buku Pantas Membaca’

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Semasa anakanda Fateh berumur 5 tahun, saya saja-saja mencari bahan bacaan untuk mengajarnya membaca. Dia sudah belajar membaca di tadika, saya sekadar mahu mengisi masa di rumah bersama saya sahaja. Ketika tu anakanda Fateh sudah boleh membaca 2 sukukata. Semasa kawan-kawan kenalkan Siri Pantas Membaca ni, saya hanya tertarik dengan bukunya yang berwarna warni. Dan bila buku ini dapat ke tangan Muhammad Fateh, dia sangat teruja kerana buku ini mempunyai CD. Biasalah anak-anak zaman ICT kan. Terus dipasangnya CD audio tu. Mulanya dia agak kecewa kerana tiada video. Tapi bila saya tunjukkan…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tips latih anak minat membaca dari bayi

Wah..macam ekstrem bunyinya latih bayi minat membaca kan, tapi ia memang tidak mustahil. Kan pepatah ada menyebut, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, seawal mungkin kita cuba terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak kita, in syaa Allah. Boleh membaca dan minat membaca adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang boleh membaca, tapi malas untuk mencari ilmu melalui membaca. Kerana itu kita perlu terapkan keseronokan membaca sejak kecil lagi. Saya sungguh teruja dengan tips melatih bayi minat membaca yang saya dapat dari buku ‘Creative Parenting Today’ hasil tulisan Andi Yudha Asfandiyar. Disini saya kongsikan beberapa tips  yang telah diolah untuk kita…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Review

Cara rangsang perkembangan bahasa sejak bayi

“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak. Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ…

Continue reading
Close