Tag

bahan kimia bahaya

Spray Tidur Sleepy Pillow Mist, adakah berbahaya seperti ubat tidur?
in Umum

Spray Tidur Sleepy Pillow Mist, adakah berbahaya seperti ubat tidur?

Sejak Tasneem Naturel lancarkan semburan aromaterapi untuk mudahkan tidur, kerap kami dihujani dengan soalan adakah produk ini selamat? Ramai yang merasa ragu2 untuk mencuba kerana bimbangkan kesan buruk yang mungkin timbul dari Sleepy Pillow Mist ni. Apatah lagi rata-rata yang mahu dapatkan spray ini adalah untuk anak kecil yang susah tidur, jadi mestilah lebih berhati-hati kan. Ok sebelum kita nak tau bahaya atau pun tak, kita perlu tahu apa kandungan yang ada dalam Sleepy Pillow Mist ni. Ok, inilah bahan utama yang ada dalam spray Sleepy Pillow Mist ni. Minyak pati (Essential oil) dari Tea Tree dan Lavender yang dilarutkan…

Continue reading
Apakah-Psoriasis-dan-Adakah-ia-Berjangkit-1
in Umum

Apakah Psoriasis dan Adakah ia Berjangkit?

Sejak Tasneem Naturel perkenalkan rawatan semulajadi untuk masalah kulit, pelbagai masalah kulit dirujuk kepada kami. Pastinya pengidap masalah kulit sentiasa mencari yang terbaik untuk mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi. Salah satu masalah kulit yang saya pun baru tahu mengenainya ialah Psoriasis. Bila tengok gambar barulah saya tahu ia adalah sejenis masalah kulit yang biasa kita jumpa, cuma tak tahu apa namanya. Psoriasis ialah sejenis penyakit auto imun kronik yang menjejaskan kulit dan berbentuk tompokan merah menebal serta diliputi oleh sel kulit mati berwarna putih keperangan. Tompokan ini sering terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang badan…

Continue reading
Pilihan-Mudah-dan-Selamat-selain-Rawatan-Sonotron-untuk-Bayi-Sebulan-Batuk-Berkahak
in Umum

Pilihan Mudah dan Selamat selain Rawatan Sonotron untuk Bayi Sebulan Batuk Berkahak

Pengalaman baby newborn batuk berkahak memang sangat meletihkan. Waktu berpantang entah kemana. Rasa macam tak berpantang. 2 bulan ulang alik dari klinik check jaundice. Baru ja bebas jaundice, tetiba anak kena serang batuk berkahak pulak. Siang ke hulu ke hilir bawak anak pergi klinik. Mana je tempat orang bagitahu untuk merawat batuk berkahak anak, saya bawakan. Kadang-kadang terpaksa tinggalkan anak pada nenek, sementara saya keluar pergi beli ubat.  Saya juga pernah bawa anak ke klinik rawatan sonotron dua kali. Memang cair kahak lepas rawatan tu, tapi tak sanggup tengok anak melalak setiap kali buat sonotron. Ya lah, sonotron ni kan…

Continue reading
Sabun mandi baby terbaik
in Review

Sabun mandi baby terbaik dan selamat untuk newborn

Sabun mandi baby terbaik adalah yang mengandungi bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya. Dua jenis mandian ini bukan semata-mata mandian untuk bersihkan badan, tapi ia juga mempunyai efek dari essential oil yang digunakan dalam mandian ini. CF bath mandian untuk redakan demam bayi CF bath dirumus dari ekstrak sireh dan tea tree oil sebagai antiseptik. Mandian ini juga mempunyai ekstrak strawberry yang merupakan agen pembersih kulit yang sangat bagus. Selain itu kandungan essential oil orange, lemon, cypress, eucalypthus, frankinsense sangat bagus untuk melegakan rongga pernafasan, mencairkan kahak dan melegakan selsema. Mandian ini juga boleh digunakan untuk turunkan suhu demam kerana…

Continue reading
Resty Oil Minyak Baby Terbaik
in Review

Minyak Baby Terbaik keluaran muslim, ini cara nak buat pilihan

Resty Oil Minyak Baby Terbaik kerana dirumus lembut kepada kulit bayi. Minyak baby penting untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi. Kulit kering boleh mendatangkan rasa tidak selesa terutamanya bayi dengan kulit sensitif. Namun penggunaan minyak bayi dengan kandungan minyak mineral (mineral oil) sebenarnya hanya mengundang masalah yang lebih besar pada bayi kelak. Ia mengandungi bahan berbahaya untuk tubuh dan boleh menyebabkan pori kulit tersumbat. Kerana itu Resty oil Minyak Baby Terbaik dari Tasneem Naturel hanya mengandungi minyak dari bahan semulajadi. Resty oil mengandungi Jojoba oil, sweet almonds oil dan grapeseed oil. Semua minyak semulajadi ini sangat bagus untuk kulit dan selamat…

Continue reading
in Review

Krim ruam lampin terbaik atasi masalah bayi kulit kering

Krim ruam lampin terbaik adalah yang lembut pada kulit bayi. Biasanya ibubapa menggunakan lotion untuk baby bila alami ruam lampin. Tetapi ada da sesetengah produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti mineral oil, paraben dan Colorants. Bahan ini bersifat kasar kepada kulit bayi yang masih muda, sekaligus boleh menyebabkan masalah ruam bertambah kritikal. Kami kongsikan pilihan krim ruam lampin terbaik yang bersifat lembut kepada kulit bayi anda 1. Bebimora Baby Lotion Losyen dengan formulasi tidak berminyak ini menyerap pantas ke dalam kulit untuk mengekalkan kelembapan berpanjangan dan perlindungan kulit kering. Ini penting supaya losyen tidak berkumpul dipermukaan kulit, menyumbat pori…

Continue reading
http://sakinahamid.com/product/sleep-pillow-mist-tasneem-naturel/
in Umum

Sleepy Pillow Mist, Spray Tidur yang berkesan untuk atasi masalah susah tidur malam

Susah tidur malam boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur. Anak kecil biasanya susah tidur malam pada peringkat susun pola tidur. Orang dewasa susah tidur malam atas faktor hormon, tekanan dan gaya hidup. Walau apa pun punca susah tidur malam tersebut, kita perlu cakna untuk mengubah keadaan tersebut. Kerana malam memang sudah dijadikan untuk berehat, jadi bila kita tidak dapat tidur malam dengan sempurna pasti akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. Tidur malam yang nyenyak sangat penting untuk stabilkan hormon dalam badan. Untuk tidur nyenyak, badan perlu keluarkan hormon melatonin. Hormon ini akan keluar dengan sempurna apabila kita padamkan semua lampu…

Continue reading
in Review

Minyak Terbaik untuk Kembung Perut Bayi

Minyak Terbaik untuk Kembung perut bayi ini adalah dari keluaran bumiputera muslim. Setiap keluarga pasti ada minyak kegunaan bersama yang jadi kesukaan turun temurun. Kalau kat Kedah minyak Gamat memang glemer. Masa dok Perak rumah sentiasa ada minyak angin Afiat. Masa anak kecil orang cakap minyak TYT bagus. Dan ada yang cakap minyak Yu Yee sangat berkesan. Pada saya, keyakinan jenis minyak ni bergantung pada pengalaman keluarga. Oleh kerana dah guna turun temurun, kita pun yakin ia berkesan untuk atasi masalah keluarga. Namun bagi saya keutaamaannya pastilah pada minyak terbaik untuk kembung yang diyakini suci. Dan sebaiknya keluaran muslim. Jadi…

Continue reading
bayi tak berak 3 hari
in Umum

Bayi Tak Berak Berhari-hari, Perlukah Ibu Risau?

Bayi Tak Berak pun boleh jadi isu besar untuk seorang ibu. Saya baru berbual dengan seorang ibu muda yang ada bayi usia 50 hari. Dia berkongsi kerisauan anaknya jarang buang air besar. Alhamdulillah saya ada sedikit pengalaman yang sama semasa anakanda Fateh masih bayi, jadi saya kongsikan dengan beliau. Anakanda Fateh minum susu ibu sepenuhnya. Tapi pelik juga bila dia tak berak berhari-hari. Bukan ke orang cakap minum susu ibu mudah hadam dan cepat lawas, tapi macam tak berlaku kat anak saya ja. Jadi sebagai mak anak sulung yang over concern ni, saya pun bawa la anakanda Fateh jumpa doktor…

Continue reading
Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!
in Umum

Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!

Semua ibubapa nak bayi sentiasa sentiasa selesa kan. Bila nampak kulit anak merah sikit pun kita dah mula rasa risau, apatah lagi kalau sampai tahap berair. Memang tak senang duduk jadinya. Itulah pengalaman yang Puan Eija ni lalui. Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok pipi anak tu penuh ruam, sentiasa merah-merah dan berbiji-biji. Siap ada yang dah mula berair bila anak tonyoh. Sana sini bawa anak jumpa doktor. Orang sekeliling pandang semacam ja nampak macam anak ada penyakit kulit. Kat mana dengar orang cakap ada ubat bagus, semua Puan Eija sanggup beli. Walaupun duit takda, tapi ikhtiarkan juga…

Continue reading
bahan kimia bahaya dalam produk bayi
in Ilmu Keibubapaan, Umum

5 Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

Semua ibubapa akan teruja buat persediaan untuk sambut si manja. Seboleh mungkin kita nak berikan yang terbaik dalam semua perkara untuk anak-anak. Namun tak semua benda yang kebanyakan orang lain buat kita pun perlu ikut. Contohnya dalam memilih produk untuk bayi, banyak produk-produk terkenal di pasaran sebenarnya tidak perlu dan tidak selamat untuk digunakan pada bayi kita. Bagaimana nak tahu? Mudah sahaja. Sebelum beli pastikan semak kandungan produk tersebut. Pastikan ia tidak mengandungi 5 bahan kimia di bawah ni. Talkum (talc) Talkum ialah serbuk mineral yang ditambah dalam bedak bayi. Ia bertindak sebagai agen pengeringan, tetapi dalam masa yang sama…

Continue reading
Close