Tag

Blog

dubaimarinabay
in Umum

3 Sebab Kenapa Saya Nak Melancong ke Dubai

Melancong memang satu yang menyeronokkan kalau kita minat. Tapi boleh jadi memenatkan bila kita hanya buat sebab ikut-ikutan. Saya pun hanya ada rasa nak melancong bila sedar banyak galakan dari ayat Al Quran untuk melancong. Pasti ada sebab Allah suruh kita berjalan di muka bumiNYA kan. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh…

Continue reading
mudahnyamenulisblog
in BIJAK NIAGA

Mudahnya Menulis Blog

Menulis adalah impian saya sejak di zaman kampus. Beberapa percubaan untuk menyertai kelas bimbingan menulis hanya terus memberi kan ilmu, namun tidak membuahkan tindakan. Namun jauh di sudut hati, saya yakin dapat menulis seperti penulis yang sudah terkenal. Ia terus tersimpan kemas sebagai sebuah impian yang membuak-buak. Setelah menceburi dunia bisnes dengan serius, saya mula menyedari penulisan adalah satu cara advertorial yang berkesan. Jadi pada awal tahun 2016, saya mula menulis di laman blog ini. Penulisan awal saya memang sepenuhnya menjurus kepada tujuan untuk menjual. Saya mencipta tekanan pada diri sendiri untuk kelihatan pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Strategi Pemasaran Bisnes online untuk Wanita

Alhamdulillah bermula pagi Isnin yang tenang. Sambil anak dan suami bersiap ke tempat kerja, saya selesaikan urusan rumah tangga. Bila semua dah keluar, saya pun mulakan tugas di pejabat kecil ini. Ia impian saya sejak sekian lama. Dan Alhamdulillah hari ini satu demi satu Allah makbulkan impian saya bekerja dari rumah di samping menguruskan anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, namun langsung tidak mustahil untuk dicapai. Bagi ibu-ibu yang sedang mencari peluang berbisnes online, saya kongsikan beberapa strategi pemasaran yang boleh dilakukan dari rumah. Strategi yang nak saya kongsikan ini lebih kepada pilihan channel pemasaran yang mudah untuk di teroka….

Continue reading
anaksukabertanya
in Umum

Saya Takda Idea Nak Menulis..

Saya takda idea nak menulis, boleh saya ‘copypaste’ tulisan puan tak? Setiap kali diajukan soalan ini, saya memilih untuk diam. Kerana jawapannya panjang. Ia melibatkan penjelasan pandangan dan huraian, persoalannya adakah si penanya itu berminat untuk membaca? 😀 Secara zahirnya, semua ilmu itu milik Allah. Jadi apa sahaja ilmu yang tersebar, semua orang berhak mempelajarinya. Tak perlu minta izin pun, milik Allah kan. Dimana-mana sahaja kita temui mutiara ilmu, kutiplah ia. Kalau perlu bayaran pun, bayarlah. Kerana seringkali bayaran itu bukan atas harga ilmu, namun untuk menampung kos-kos untuk menjayakan majlis ilmu tersebut. Namun dalam konteks tulisan, ada adabnya di…

Continue reading
in Pengalaman hidup, Umum

Kemana sakinahamid.com pada 2017

Alhamdulillah, masih bernafas di tahun 2017. Peluang ini adalah satu rezeki yang Allah kurniakan untuk merasai nikmat kehidupan, dan berusaha mengumpul amalan buat bekalan bertemu denganNya kelak. Kehidupan di dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian untuk Allah menilai sejauh mana kita mampu kekal dalam kebenaran walaupun pelbagai cabaran mendatang. 2017 adalah tahun ketiga sakinahamid.com belayar di alam maya. Bermula dengan hanya menggunakan ilmu menulis yang sedia ada di dada, saya mulakan blog ini dengan apa yang saya tahu. Saya hanya tulis..tulis..dan tulis. Selepas hampir mencapai 30 artikel yang pertama barulah saya melabur untuk belajar teknik penulisan blog di saya kongsikan dalam Pengalaman…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya

Teks : Sakina Hamid Saya selalu bersembang dengan ibu-ibu yang sedang mengorak langkah sebagai usahawan. Rata-rata isu kami dalam membangunkan bisnes hampir sama. Cuma ada satu masalah yang agak dominon ialah kekangan masa untuk membuat aktiviti pemasaran. Kebanyakan kami menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Namun kekangan masa menyebabkan aktiviti pemasaran tidak konsisten, sekaligus memberi kesan kepada naik turun bisnes. Kebiasaan menjadi ‘burung hantu’ menyebabkan medium marketing yang bersifat ‘live time’ menjadi kurang efisen untuk kami. Saya sendiri mengalami kekangan pemasaran melalui media sosial ‘live time’ seperti facebook dan instagram. Namun setelah mencuba berblogging, saya dapati ianya lebih mesra ibu-ibu…

Continue reading
in Umum

Entri 101

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Alhamdulillah, catatan di blog ini sudah melepasi 100 post pertama. Dah lepas pantang kot eh..hehe. Rasanya macam baru ja bermula, kejap semangat kejap down dah sampai ke entri 101. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk bermula dulu. Walaupun dalam keadaan hanya tahu nak berkongsi, tapi tak tahu teknik yang betul. Bila dah mula, belajar sikit-sikit dan baiki dari masa ke semasa. Sehingga entri 101 ni, saya belum berpuashati dengan penulisan saya di blog ini. Masih banyak lagi yang belum terzahir, dan masih mencari cara yang terbaik menjadikan penulisan saya membawa manfaat kepada ummah….

Continue reading
Close