Tag

Cerita wanita

Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari
in Pengalaman hidup

Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari

Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Waktu bujang kebanyakan masa adalah dalam kawalan sendiri. In syaa Allah boleh istiqamah. Tapi bila dah ada anak, makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua waktu tu. Kalau subuh lambat bangun, atau sibuk urusan pagi sebelum keluar memang tak sempat pegang Al Quran pagi-pagi tu. Pergilah bekerja tanpa mulakan hari dengan kalimah suci.😑 Nanti lepas maghrib baru nak pegang Al Quran, anak mintak itu ini. Lagi best tak sempat nak bagi salam anak dah terlompat-lompat depan sejadah nak poo poo la…

Continue reading
suri hati mr husband
in Review

Buku Suri Hati Mr Husband, Bacaan Terbaik Wanita Yang Mahu Berhenti Kerja

Buku Suri Hati Mr Husband ni dah lama ada kat rumah, tapi tak terbaca. Baru ni melilau satu rumah cari buku nak baca, alih-alih jumpa buku ni kat rak stok. Alhamdulillah akhirnya Allah lapangkan masa untuk baca buku ni. Sekali duduk hampir separuh saya habiskan bacaan. Masya Allah tulisan yang sangat berbekas di hati. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah nak buat pengorbanan macam tu kan. Tapi atas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar. Dan Masya Allah beliau bukan…

Continue reading
time
in BIJAK NIAGA, Pengalaman hidup

3 Tips Pengurusan Masa yang Berkesan

Saya tak cukup masa! Kita sangat biasa dengar benda ni kan, dan mungkin kita pun pernah sebut. Hakikatnya semua orang dikurniakan 24 jam sehari. Tapi ada orang yang boleh capai macam-macam benda dalam hidup, ada yang masih terkial-kial nak menguruskan kehidupan. Saya pernah ikuti program pengurusan masa dan ini 3 perkara asas yang boleh membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik. Ada matlamat hidup yang jelas Perkara paling asas ialah pastikan kita ada matlamat hidup yang jelas. Matlamat jangka panjang, sederhana dan pendek. Keutamaan masa kita sekarang adalah pada matlamat jangka pendek dan sederhana. Tulis setiap matamat dengan jelas, barulah…

Continue reading
ketagihangula
in Pengalaman hidup

Bagaimana Saya Sedar Ketagihan Gula

Alhamdulilah hari ini sudah kembali ke rutin asal walaupun anak belum mula bersekolah. Masih ramai yang sedang menikmati cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bila cuti macam biasalah lah, sinonim dengan aktiviti kenduri dan makan-makan di sana sini. Semasa kenduri di rumah ibu saudara baru-baru ini, saya semakin sedar kawalan keinginan terhadap makanan manis semakin bertambah baik. Sebenarnya sebelum ini saya tidak sedar saya sebenarnya mengalami ketagihan gula. Ini kerana alasan tipikal saya jarang ambil minuman manis. Kebanyakan masa saya akan minum air masak kecuali sesekali melepas rindu kepada minuman kegemaran ketika makan di luar. Saya…

Continue reading
tipsbacaalquranuntukibu
in Pengalaman hidup

Tips Nak Istiqamah Baca Al Quran Untuk Ibu-ibu

17 Ramadan 1438. Syukur dengan umur yang Allah kurniakan sehingga saat ini. Alhamdulillah kita berpeluang menjejak madrasah Ramadan, medan tarbiah untuk menjadikan kita hamba yang lebih baik dari sebelumnya, In syaa Allah. Bersempena dengan Nuzul Al Quran ni saya teringat ada satu pengalaman yang nak dikongsi dengan ibu-ibu mengenai tips nak istiqamah baca Al Quran. Isunya begini. Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Betul tak? Masa tu kita lebih mudah nak mengurus masa. In syaa Allah boleh istiqamah. Tapi bila makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua…

Continue reading
in Umum

Spa Muslimah (MamaCare) di LPPKN

Bagi seorang ibu bila dengar ja spa terus terbayang betapa relax nya nanti. Memang kalau tanya mana-mana ibu pun suka nak bersantai-santai di spa. Tapi hakikatnya sikit sangat wanita yang berpeluang membelai diri di spa. Banyak faktor yang jadi kekangan seperti kewangan, masa, jagaan anak dan sebagainya. Namun yang paling banyak kekangan masa sebenarnya kan. Alhamdulilah baru-baru ni semasa saya buat ujian pap smear di Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara cawangan Kepala Batas, saya terjumpa spa yang best ni secara tak sengaja. Ini kali pertama saya buat ujian di situ. memang masa mula-mula sampai tu nampak…

Continue reading
idealaundryroomcantik
in Umum

Dryer Machine Sudah Jadi Gajet Pilihan Surirumah Masakini

Kali pertama saya tau mengenai dryer machine ni masa ikuti kelas formula masa anjuran Coach Husna Haron. Beliau mencadangkan dryer machine sebagai penyelesaian kepada masalah pengurusan pakaian. Biasalah cerita mak-mak ni kan, basuh baju, sidai baju lepas tu longgok baju. Nak melipat tu bercinta kemain. Memang lah ada antara penyelesaiannya sangkut ja semua baju, tapi timbul pulak masalah ruang untuk kami yang bilik 10×10 kaki ni kan. Masa kali pertama tahu dulu saya tak la minat sangat, sebab rasa macam bukan keperluan sangat pun. Tapi bila awal tahun ni anakanda Fateh tukar tadika, dia pakai baju melayu. Dah mula dapat…

Continue reading
Close