Tag

Darjah 1

in Review

Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah. “Ummi, minggu depan ada ujian Jawi” Ooo..patutlah. Apa yang patutnya? Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan. Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah. Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan…

Continue reading
BacalahAnakku
in Ilmu Keibubapaan, Review

Kelebihan Pakej Bacalah Anakku

Bila nak mula ajar anak membaca kita pun sedar ada banyak pilihan pakej belajar membaca di pasaran. Sekali tengok macam semuanya best. Semua nampak berkesan. Betul tak? Dan memang pun semua kaedah tu berkesan untuk bantu anak belajar membaca. Sebab tu ia ada di pasaran kan. Yang penting  apa pun pakej yang kita pilih, kita perlu tahu apa kelebihan menggunakan pakej tersebut. Salah satu pakej belajar membaca yang telah lama berada di pasaran ialah Pakej Bacalah Anakku. Pakej ini disusun oleh pasangan yang aktif perkenalkan kaedah fonik di Malaysia, Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Tuan Othman Ahamad. Mereka berdua…

Continue reading
Ibu ajar anak membaca
in Review

5 Kaedah Cepat Membaca yang Terbukti Berkesan

Waktu hujung tahun ni ramai ibubapa mula mencari bahan-bahan untuk bantu anak cepat membaca. Untuk anak yang menginjak usia tadika, ibubapa cuba untuk buat persediaan awal. Dan bagi yang nak melangkah ke darjah 1, lagi lah penting untuk ibubapa lengkapkan anak-anak dengan kemahiran membaca. Bukan kita nak beri tekanan pada anak, tapi nak usahakan supaya anak dapat melangkah ke darjah 1 dengan yang lebih gembira. Alhamdulillah saya dipermudahkan mengajar anak membaca walaupun ada yang tidak ke tadika. Jadi saya kongsikan di sini  Kaedah Cepat Membaca yang telah membantu ramai ibubapa di Malaysia. Kaedah ini semuanya telah berada di pasaran lebih dari…

Continue reading
majalahinspektorjawi
in Review

Majalah Inspektor JAWI, Pilihan Belajar Jawi secara Interaktif

Bulan Ramadan ni mencabar betul nak cari waktu yang sesuai menulis di blog. Sebelum ni idea mencurah-curah nak menulis lepas solat subuh. Tapi bila bulan Ramadan waktu ni lah paling mencabar nak celik mata. Kalau nak elak dari tertidur memang kena elakkan aktiviti pasif macam mengadap komputer ni. ^_^ Alhamdulilah pagi ni ada kesempatan sikit nak menulis. Itupun sebab seronok tengok anakanda Fateh teruja dengan Majalah Inspektor Jawi ni. Majalah ni dah lama saya beli, tapi sengaja simpan untuk aktiviti cuti sekolah ni. Tambahan pula sepupunya Fauzan akan bercuti di rumah kami. Jadi adalah aktiviti bersama nanti kan. Cadangan asalnya…

Continue reading
bukuibuajarkujawi
in Review

Belajar Jawi dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Semalam lepas isya’ saya masuk homeoffice sekejap. Cadangnya nak uruskan pesanan pelanggan dan kemaskini apa yang perlu. Dalam banyangan minda tu setengah jam selesai lah agaknya. Kerana badan dan minda memang sudah meminta rehat. Anak-anak sepatutnya dah bersedia untuk masuk tidur. Tapi sebab anakanda Faqihah tidur dalam kereta petang tadi, dia ada tenaga tambahan malam tadi. Mula-mula dia buat urusan sendiri ja, berkreaviti dengan kertas lukisannya. Tiba-tiba dia datang membaca buku Ibu Ajarku Jawi nombor 1. Katanya ummi tak pernah ajar dia pun baca buku tu. 😛 Set buku ni saya belikan tahun lepas untuk anakanda Fateh. Alhamdulillah memang sangat mudahkan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Anak Tak Mahu Ulangkaji untuk Peperiksaan?

Peperiksaan dah dekat, tapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa. Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah.  Kita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi juga dah darjah 4 pun tak nampak bersedia lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi. Faktor yang utama adalah rangsangan pada 7 tahun pertama. Selain tu faktor persekitaran dan genetik juga boleh menyumbang kepada kesediaan anak untuk berminat belajar menggunakan pen dan kertas. Dalam menghadapi isu peperiksaan,…

Continue reading
Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
in Review

Kelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini. Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persediaan Hadapi Ujian Diagnostik Darjah 1

Dunia persekolahan hari ini jauh berbeza dari apa yang kita lalui satu ketika dulu. 20 tahun lalu, pelajar darjah satu hanya kenal kertas soalan peperiksaan selepas separuh tahun berada di sekolah. Itupun mungkin ramai yang tak sedar pun dia sedang duduki peperiksaan. Maklumlah kehidupan seharian kanak-kanak ketika itu terlalu banyak aktiviti luar yang menyeronokkan. Persekolahan hanya sebahagian dari rutin kehidupan, bukan bebanan. Ia jauh berbeza dengan kehidupan anak-anak kita hari ini. Beban persekolahan bukan bermula ketika darjah satu, tetapi sejak menjejak kaki ke tadika lagi. Memang bagus beri peluang anak meneroka ilmu seluasnya, namun perlulah menggunakan pendekatan yang sesuai. Jika…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Aktiviti Sebelum Mengajar Membaca

Pantasnya masa berlalu. Hari ini sudah cukup 2 minggu anakanda Fateh ikuti pembelajaran formal darjah 1. Dalam masa yang singkat ini, banyak perubahan-perubahan yang saya sebagai ibu juga perlu beradaptasi. Rutin persekolahan anak-anak hari ini makin mencabar. Dan kita sebagai ibu juga lebih bersedia untuk memberi sokongan mental dan fizikal kepada anak-anak. Dalam pada itu, saya sedang berusaha untuk berdisiplin mengajar Faqihah membaca. Sebenarnya saya sudah pernah bermula tahun lepas, tapi saya berhenti apabila hantar dia ke tadika. Sengaja berenti untuk kurangkan beban akademik kepadanya. Tapi rupanya ia semakin sukar apabila hendak bermula semula. Nanti in syaa Allah saya kongsikan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Apa itu Ujian Saringan LINUS Tahun 1?

Sistem persekolahan hari ini penuh dengan pelbagai program. Program-program ini sebenarnya sama sahaja seperti aktiviti pembelajaran sebelum ini. Cuma ia disusun dengan lebih teratur bagi mencapai matlamat tertentu. Kadangkala maklumat program yang terlalu banyak ini menjadikan ibubapa keliru dengan aktiviti pembelajaran anak di sekolah. Alhamdulillah ketika mendaftar anakanda Fateh ke darjah 1, saya berpeluang mendengar taklimat mengenai perlaksanaan program LINUS 2.0 daripada guru penyelaras LINUS.  LINUS 2.0 ialah singkatan untuk Ujian Saringan Literasi, Numerasi dan Bahasa Inggeris . Program ini bertujuan bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran asas membaca Bahasa Melayu, membaca Bahasa Inggeris dan kemahiran mengira. Memang itu pun…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Cara Tukar Sekolah untuk Darjah 1

Setiap tahun, pendaftaran awal untuk pelajar darjah 1 tahun berikutnya perlu dilakukan sebelum bulan Ogos. Ketika hendak mendaftar anakanda Fateh, saya tercari-cari sekolah sesi pagi kerana sekolah yang paling hampir dengan rumah adalah sesi petang. Oleh kerana kebanyakan sekolah yang saya survey agak jauh dan berada di laluan yang sesak, saya terpaksa mendaftar untuk sesi petang. Sehingga akhir tahun, semasa bersembang dengan guru tadikanya barulah saya diingatkan ada sebuah sekolah berhampiran tadikanya yang mempunyai sesi pagi. Sekolah ini berada di dalam kawasan perumahan, jadi saya memang tak teringat semasa buat survey sebelum tu. Oleh kerana laluan ke sekolah ini tidak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Persiapan Alat Tulis ke Darjah 1

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang cerah di Pulau Pinang. Maka berakhir juga minggu pertama sesi persekolah 2017. Anakanda Fateh pun dah bertanya bila nak cuti, nak main game. Begitulah fitrahnya kan, kita pun nak berehat di hujung minggu. Inikan pula anak kecil yang fitrahnya adalah bermain. Yang penting kita pandu anak-anak memilih yang terbaik. Semalam saya ada kongsikan persiapan pakaian untuk anak ke darjah 1. Hari ini perkongsian saya lebih kepada alatulis dan peralatan lain. Untuk alat tulis, kami hanya belikan kotak pensel baru untuk anakanda Fateh. Harga kotak pensel di pasaran adalah antara rm7-rm15 mengikut jenis dan kualiti. Saya memilih…

Continue reading
Close