Tag

Gaya hidup kanak-kanak

bahayasikapnarsisisme
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya narsisisme pada anak

Bahaya narsisisme pada anak  sangat menggerunkan. Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau. Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. Beliau menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Jika anda sedang terbayang seseorang ketika ini, boleh jadi beliau mengalami masalah narsisisme. Hehe. Banyak lagi kupasan panel mengenai keburukan golongan narsistik ini. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah punca…

Continue reading
pengasuhtaska
in Ilmu Keibubapaan

Pengasuh Komplen Anak Agresif?

Saya dah lama tidak menghalusi isu asuhan anak kecil. Alhamdulillah, ia bagaikan bebanan batu yang terangkat apabila saya membuat keputusan bekerja sendiri. Namun pengalaman 5 tahun bergelumang dengan isu ini masih tersimpan di memori. Baru-baru ini seorang ibu muda hubungi saya. Beliau menyatakan kerisauan atas perubahan sikap anak sulungnya. Anak sulungnya lelaki, umur mencecah 2 tahun. Usia yang sedang aktif bereskplorasi. Menurutnya, pengasuh mengadu anaknya semakin agresif. Sering menimbulkan masalah apabila bersama anak asuhan lain. Pengasuh mengugut untuk menghentikan asuhan kepada anaknya jika anak terus bersikap agresif di situ. Ibu ini dirundung kesedihan. Mana mungkin anak seusia 2 tahun itu…

Continue reading
Taksukadudukdalamcarseat
in Ilmu Keibubapaan

Cara Latih Anak Duduk dalam Carseat

Pagi tadi masa kat tempat letak kereta terserempak dengan jiran yang ada anak kecil. Dia tengah pujuk anaknya duduk dalam carseat. Biasalah hari Isnin kan, tambah kalau dah lama cuti memang ambil masa nak biasakan anak dengan rutin harian semula. Bila tengok tu terus la teringat nostalgia hero ku 7 tahun lepas. Anakanda Fateh dah letak dalam carseat sejak umur dia 2 bulan. Sebelum pergi kerja, saya akan hantar dia ke taska dalam 10 kilometer. Balik dari taska pun saya ambil. Dan yang bestnya, perjalanan dalam lebih kurang 15 minit tu selalunya diiringi dengan lontaran vokal yang bisa menggegarkan gegendang…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Gaya Hidup Ibubapa Punca Anak Susah Tidur Malam

Semasa bujang, saya pernah menyewa bilik di sebuah rumah keluarga. Semasa tinggal di sana, saya hairan anaknya yang masih kecil boleh tidur selewat 1 pagi. Selalu keluar hingga lewat malam. Masa tu saya sangkakan hanya keluarga itu sahaja begitu. Hinggalah sekarang saya sudah ada anak, dan tinggal di kawasan perumahan. Saya dapat melihat bagaimana budaya keluarga yang tinggal di bandar. Keluar malam adalah satu kebiasaan. Dan pukul 10 malam persekitaran masih rancak seperti siang. Di sana sini kelihatan anak kecil dan anak usia sekolah rendah masih belum ‘selesai’ aktiviti harian. Dan anak ini akan bangun awal pagi untuk ke sekolah…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Anak Tak Mahu Ulangkaji untuk Peperiksaan?

Peperiksaan dah dekat, tapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa. Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah.  Kita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi juga dah darjah 4 pun tak nampak bersedia lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi. Faktor yang utama adalah rangsangan pada 7 tahun pertama. Selain tu faktor persekitaran dan genetik juga boleh menyumbang kepada kesediaan anak untuk berminat belajar menggunakan pen dan kertas. Dalam menghadapi isu peperiksaan,…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Sertai Pertandingan Mewarna

Sekarang ni kebanyakan kita masih dalam mood bercuti sempena Tahun Baru Cina kan. Seronok tengok kawan-kawan berkongsi cerita balik kampung dan melancong ke sana sini bersama keluarga. Semoga apa jua aktivitinya dinikmati dengan penuh gembira bersama sesi keluarga. Alhamdulillah pagi semalam anak-anak kami bersama sepupu mereka berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Darulaman Park dengan kerjasama pengurusan Didi&Friends. Saya mendapat maklumat ini dari sekolah kakak yang terletak dalam daerah Kubang Pasu. Kami sampai seawal jam 8.50 pagi. Alhamdulillah kami dapat tempat letak kereta yang hampir dengan tempat pertandingan. Saya agak bimbang untuk uruskan 4 pendaftaran seorang diri kerana kakak…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Menyemai Tanggungjawab Dalam Diri Anak Kecil

Semalam saya kongsikan gambar ini di facebook peribadi saya. Alhamdulillah banyak respon yang saya terima dari ibu-ibu lain. Rata-rata menyokong dan ramai juga baru tersedar ianya adalah sesuatu yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ya, saya sebenarnya agak kecewa apabila melihat ibubapa yang sehabis baik buat semua benda kepada anak-anak. Sedapatnya anak celik mata semuanya sudah tersedia dengan sempurna. Dari baju yang siap diletak depan mata anak, botol air pun kita isikan air, buku sekolah pun kita kena belek jadual dan segala sesuatu kita yang atur. Saya tidak katakan itu salah, tapi pada pandangan saya ia tidak membentuk peribadi bertanggungjawab dalam…

Continue reading
Anak sembelit
in Ilmu Keibubapaan

Bila anak sembelit dan berak berdarah, perlukah ibu bimbang?

Anak berak berdarah ni antara pengalaman yang mengerikan dalam kamus saya sebagai ibu. Lagi-lagi kalau jenis takut tengok darah macam saya ni. Memang meremang-remang bulu roma nak intai dalam mangkuk tandas tiap kali anak berak. -_- Masa anak sulung baby memang selalu tak berak berhari-hari, tapi ok saja sebab minum susu ibu ja. Bila umur 2 tahun lebih ada juga berlaku berak berdarah, tapi darah sikit2 ja la dan on off ikut keadaan semasa. Masa tu macam2 cara jugak nak bantu dia hilang dari  fobia buang air besar tu. Sana sini la jugak bawa anak jumpa doktor, tapi tak banyak…

Continue reading
Close