Tag

Jawi

in Review

Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah. “Ummi, minggu depan ada ujian Jawi” Ooo..patutlah. Apa yang patutnya? Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan. Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah. Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan…

Continue reading
majalahinspektorjawi
in Review

Majalah Inspektor JAWI, Pilihan Belajar Jawi secara Interaktif

Bulan Ramadan ni mencabar betul nak cari waktu yang sesuai menulis di blog. Sebelum ni idea mencurah-curah nak menulis lepas solat subuh. Tapi bila bulan Ramadan waktu ni lah paling mencabar nak celik mata. Kalau nak elak dari tertidur memang kena elakkan aktiviti pasif macam mengadap komputer ni. ^_^ Alhamdulilah pagi ni ada kesempatan sikit nak menulis. Itupun sebab seronok tengok anakanda Fateh teruja dengan Majalah Inspektor Jawi ni. Majalah ni dah lama saya beli, tapi sengaja simpan untuk aktiviti cuti sekolah ni. Tambahan pula sepupunya Fauzan akan bercuti di rumah kami. Jadi adalah aktiviti bersama nanti kan. Cadangan asalnya…

Continue reading
bukuibuajarkujawi
in Review

Belajar Jawi dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Semalam lepas isya’ saya masuk homeoffice sekejap. Cadangnya nak uruskan pesanan pelanggan dan kemaskini apa yang perlu. Dalam banyangan minda tu setengah jam selesai lah agaknya. Kerana badan dan minda memang sudah meminta rehat. Anak-anak sepatutnya dah bersedia untuk masuk tidur. Tapi sebab anakanda Faqihah tidur dalam kereta petang tadi, dia ada tenaga tambahan malam tadi. Mula-mula dia buat urusan sendiri ja, berkreaviti dengan kertas lukisannya. Tiba-tiba dia datang membaca buku Ibu Ajarku Jawi nombor 1. Katanya ummi tak pernah ajar dia pun baca buku tu. 😛 Set buku ni saya belikan tahun lepas untuk anakanda Fateh. Alhamdulillah memang sangat mudahkan…

Continue reading
knobpuzzlearab
in Review

Knob Puzzle Bahasa Arab

Alhamdulillah dah selesai urusan pengeposan untuk hari ini. Setiap hari urusan pos menjadi agenda penting bagi peniaga online macam saya. Kerana ia adalah amanah penting yang perlu dilangsangkan setelah pelanggan membuat bayaran. Selesai ja urusan pos rasa macam terangkat batu besar atas kepala. Fuh.. Tenang tu kadang sampai lupa nak update tracking number.. 😛 Minggu ni masih ramai ibubapa yang rebut peluang dapatkan mainan Genius Art pada harga promosi pengenalan. Mainan yang agak baru masuk ke pasaran Malaysia ini mendapat sambutan yang hangat kerana keunikannya yang tersendiri. Itulah yang seronoknya dengan dunia educational toys ni, banyak produk-produk baru yang selalu…

Continue reading
Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
in Review

Kelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini. Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini…

Continue reading
Close