Tag

jurnal ramadan

jurnalramadan
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Jurnal Ramadan Kembali!

Dalam sebulan lagi, umat Islam seluruh dunia akan sampai ke Madrasah Ramadan. Ramadan adalah bulan penuh barakah yang Allah kurniakan kebaikan yang banyak di dalamnya. Setiap tahun ia dinanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Beruntunglah sesiapa yang sukakan bulan Ramadan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda Barang siapa yang gembira dengan datangnya RAMADAN, Allah akan haramkan jasadnya atas api neraka. (Hadis Riwayat An-Nasa’i) Masya Allah, beruntung sangat kan. Hanya dengan gembira dengan kedatangannya pun sudah Allah janjikan kita dengan keselamatan di negara yang kekal abadi. Apatah lagi bila kita merebut segala peluang ibadah di dalamnya. Memang Allah yang Maha…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

3 Kelebihan Anak Belajar Puasa Menggunakan Jurnal Ramadan

Teringat masa kecik-kecik dulu, ayat keramat bila masuk Ramadan ‘Sapa tak posa, tak boleh raya’ Namun hakikatnya bila Syawal menjelma, yang puasa ke tak puasa ke semua dapat baru baru. Semua berjalan kutip duit raya sama-sama. Iya, mungkin itu cara pendidikan yang relevan semasa kita membesar. Dan Alhamdulillah teknik tu telah berjaya mentarbiah ramai umat Islam belajar puasa sejak kecil. Tapi, zaman dah berubah. Perkembangan ilmu semakin pesat. Adakah kaedah kita mendidik anak masih sama seperti dulu-dulu? Tepuk dada, tanyalah minda masing-masing. Hanya kita yang tau jawapannya. Sempena dengan Ramadan yang mulia ini, suka saya berkongsi pengalaman pertama anakanda Fateh…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Ummi Cuai, Anak Buka Puasa Awal!

Alhamdulillah, dah masuk Ramadan ke-6. Semoga momentum ibadah Ramadan kita semakin bertambah baik. Jangan pulak awal-awal semangat, makin hari makin lemah kan. Rugi kan, kerana Ramadan ni kemuncaknya di hujung. Masya Allah, moga-moga Allah pilih kita menjadi Ahli Ramadan yang berjaya. Hari ni ummi insaf..sob..sob.. Betul lah perjalanan hidup ni satu pengalaman. Ummi belajar dari kecuaian, anakanda Fateh buka puasa awal. Oleh kerana anakanda Fateh mula berpuasa dengan agak mudah, jadi ummi tak buat apa-apa persiapan mental pun. Semalam masa scroll kat facebook jumpa ada sorang ibu ni kongsi pasal perlunya pastikan peti sejuk kosong dari sebarang makanan yang mungkin…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Puasa Ramadan Pertama Anakanda Fateh

Alhamdulillah, ini tahun ke 6 ummi dan abah sambut Ramadan di samping anakanda Fateh. Namun ia Ramadan pertama yang Fateh mula fahami kehadirannya. Tahun lepas ada la dia sebut pasal puasa, tapi dia sendiri masih belum faham maksud puasa tu. Tapi tahun ni, dengan bantuan guru-guru dari Tadika Pusat Islam USM, Fateh sudah mula sebut mengenai puasa dan Ramadan sejak sebulan sebelum lagi. Walaupun secara peribadi ummi tidak merancang pun nak latih Fateh puasa tahun ni, tapi ada la idea dalam kepala tu nak perkenalkan dia dengan bulan Ramadan. Sampailah seminggu sebelum puasa saya sibuk uruskan pengeposan Jurnal Ramadan keluaran…

Continue reading
Close