Tag

kaedah fonik

in Review

Ujian Diagnostik Jawi Dah Hampir?

Pulang dari sekolah Fateh unjukkan surat dari pihak sekolah. “Ummi, minggu depan ada ujian Jawi” Ooo..patutlah. Apa yang patutnya? Patutlah wasap masuk berdesup tanya buku Ibu Ajarku Jawi, rupanya Ujian Diagnostik Jawi dah hampir. Begitulah setiap kali ujian diagnostik jawi sepanjang tahun lepas. Wasap saya akan dihujani dengan mesej ibubapa yang sangat perlukan buku ini segera. Kalau boleh petang tu juga nak minta saya hantarkan. Masalahnya saya ni di Pulau Pinang, dan yang nak membelinya pulak dekat Selangor. Macam mana la den nak nolong :-P. Tolong dengar luahan ja lah. Ok sebelum ibu risau-risau, jom kita tengok sebenarnya apa tujuan…

Continue reading
BacalahAnakku
in Ilmu Keibubapaan, Review

Kelebihan Pakej Bacalah Anakku

Bila nak mula ajar anak membaca kita pun sedar ada banyak pilihan pakej belajar membaca di pasaran. Sekali tengok macam semuanya best. Semua nampak berkesan. Betul tak? Dan memang pun semua kaedah tu berkesan untuk bantu anak belajar membaca. Sebab tu ia ada di pasaran kan. Yang penting  apa pun pakej yang kita pilih, kita perlu tahu apa kelebihan menggunakan pakej tersebut. Salah satu pakej belajar membaca yang telah lama berada di pasaran ialah Pakej Bacalah Anakku. Pakej ini disusun oleh pasangan yang aktif perkenalkan kaedah fonik di Malaysia, Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Tuan Othman Ahamad. Mereka berdua…

Continue reading
Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
in Review

Kelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini. Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini…

Continue reading
Kaedah Gabung Bunyi (Phonic Blending)
in Ilmu Keibubapaan

Teknik Membaca Gabung Bunyi Huruf

“Tak faham macam mana nak ajar budak-budak sekarang membaca” Ini antara rungutan yang timbul apabila berbincang mengenai perkembangan anak-anak prasekolah. Kebanyakan tadika hari ini menggunakan Kaedah Fonik untuk mengajar anak membaca. Ibubapa yang kebanyakannya dari generasi X dan generasi Y belajar membaca dengan kaedah mengeja. Jadi berlaku percanggahan dalam proses ibubapa membantu anak-anak belajar membaca di rumah. Memang bercanggah, tapi in syaa Allah kita sebagai orang dewasa yang sudah boleh membaca boleh mempelajari kaedah ini dengan cepat. Banyak kursus dan bahan-bahan di media sosial yang dapat membantu kita memahami kaedah mengajar fonik ini. Selagi kita bersedia untuk belajar, in syaa Allah…

Continue reading
Mengajar fonik menggunakan kad imbas
in Ilmu Keibubapaan

Apakah Kaedah Membaca Fonik?

Dulu-dulu kebanyakan kita belajar membaca dengan mengeja. Walaupun agak lambat akhirnya kita tetap boleh membaca, Alhamdulillah. Namun dalam kepesatan perkembangan ilmu, pelbagai kaedah membaca yang lebih praktikal telah muncul. Dan keadah-kaedah terkini ini apabila di ajar dengan teknik yang betul dapat membantu kanak-kanak membaca lebih cepat. Baguskan. Lebih cepat boleh membaca bermakna anak lebih cepat mendapat kunci meneroka ilmu dalam bidang yang lebih luas, in syaa Allah. Salah satu kaedah yang semakin berkembang pesat penggunaannya di Malaysia ialah kaedah fonik. Fonik bermaksud bunyi. Kaedah fonik ialah kaedah di mana pelajar hanya menggabungkan bunyi semasa belajar membaca, tanpa menyebut nama huruf….

Continue reading
Close