Tag

kehidupan

in Pengalaman hidup

Prinsip Muslim dalam Diri Nenek India

Waktu anak beriadah petang adalah waktu saya bersantai-santai. Kadangkala saya ambil angin sambil regangkan otot berjalan di keliling taman permainan. Ada masanya saya sekadar duduk sembang-sembang dengan ibu-ibu lain yang menemani anak bermain. Ikutkan taman permainan ni dalam kawasan apartment, sepatutnya selamat ja anak-anak main sendiri. Tapi zaman sekarang ni kita dah tak mampu nak bersangka baik macam tu kan, segalanya mungkin untuk berlaku. Maka beramai-ramai lah kami duduk menunggu anak-anak yang sudah agak besar ni bermain. -_- Tapi ok la, sambil-sambil tu boleh juga sembang-sembang bertukar buah fikiran. Kebanyakan yang turun ni adalah nenek yang mengasuh cucu, jadi mereka…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Menyemai Tanggungjawab Dalam Diri Anak Kecil

Semalam saya kongsikan gambar ini di facebook peribadi saya. Alhamdulillah banyak respon yang saya terima dari ibu-ibu lain. Rata-rata menyokong dan ramai juga baru tersedar ianya adalah sesuatu yang penting dalam perkembangan anak-anak. Ya, saya sebenarnya agak kecewa apabila melihat ibubapa yang sehabis baik buat semua benda kepada anak-anak. Sedapatnya anak celik mata semuanya sudah tersedia dengan sempurna. Dari baju yang siap diletak depan mata anak, botol air pun kita isikan air, buku sekolah pun kita kena belek jadual dan segala sesuatu kita yang atur. Saya tidak katakan itu salah, tapi pada pandangan saya ia tidak membentuk peribadi bertanggungjawab dalam…

Continue reading
Tok wan cucu talk
in Umum

Pesan Abah : Jawab Soalan Anak Dengan Jujur

Alhamdulillah, pagi sabtu yang cerah. Dan hati ini bertambah girang kerana pagi-pagi lagi abah dah telefon. Sempat la sembang-sembang sambil dengar pesanan berharga abah dalam mendidik anak. Semalam abah hantar sepupu Fateh, anakanda Fauzan ke rumah kami. Katanya sepanjang perjalanan macam-macam soalan datang dari cucu sulungnya tu. Dari soalan logik sampailah ke soalan imaginasi kanak-kanak. Dan kelebihan abah saya dia mampu menjawab semua soalan kanak-kanak samada dengan fakta yang betul mahupun fakta merapu sebagai hiburan ­čśŤ Rupanya hari ni baru saya tahu, ‘kerjaya’ menjawab soalan kanak-kanak ni bukan bermula dengan kami adik beradik. Tapi ia bermula sejak abah muda remaja…

Continue reading
Kejutan hari bapa
in Pengalaman hidup

Sambutan Hari bapa ‘tiba-tiba’

Semalam anakanda Fateh susun buku-buku yang dia nak baca setempat. Dia pun mulalah baca dengan khusyuk.┬áTengah dia belek komik, tiba-tiba ja cakap nak bungkus hadiah untuk abah. Saya pun┬ácakap buat ja la. Memang takda apa nak buat kan. Dia pun belek dekat rak buku abah, dapatlah satu buku yang abah hari-hari baca ni. -_-┬áTerus ketung-ketang 2 beradik membungkus dengan semangatnya. Minta reben nak ikat, saya kata lukis ja la. Mana nak cari reben malam-malam ni kan. Siap.. Lepas tu Fateh pun mula la atur strategi ‘surprise’ nya. Katanya ia tukang buka lampu, adik bawah hadiah, ummi dok diam2 belakang pintu….

Continue reading
in Umum

Seronok Rupanya Berbekam

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun dok tengok iklan bekam sana sini, baru ada rezeki mencuba satu lagi sunnah Rasulullah. Dulu tau ja sunnah, tapi tak bersungguh mencari. Bila ex-hosmate sendiri dah jadi perawat bertauliah, ‘paksa’ diri la mencuba..hihi.. Masa nak mula buat tu gerun gak, tapi pembekam ni mmg expert cara nk uruskan emosi ‘pesakit’ tu..hihi.. Masa di vakumkan tempat nak bekam kat belakang tu rasa la tegang sket, masa dicucuk tu macam best ja dengar, sebab macam tak rasa apa pun… Waktu darah keluar tu tak rasa apa2 pun ngupenye, cuma tau la ‘ia sedang berlaku’.┬áLepas tukar cup n bekam angin,…

Continue reading
Close