Tag

Mainan magnetik

Magnetic Toys

Anak berkongsi bermain
in Ilmu Keibubapaan

3 Teknik untuk Galakkan Anak Berkongsi

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Anak berebut mainan adalah sesuatu yang menjengkelkan perasaan ibubapa. Dan seringkali juga ibubapa mengambil inisiatif untuk membeli mainan yang sama bagi setiap anak. Ia mungkin sesuai bagi mainan tertentu, namun bagi mainan yang boleh dimainkan bersama sebaiknya kita mengambil peluang itu untuk melatih anak berkongsi mainan. Kemahiran berkongsi adalah penting bagi semua orang. Ia sesuatu yang mengambil masa untuk diterapkan. Jadi adalah sangat bagus apabila ibubapa sendiri menerapkannya berbanding membiarkan anak membesar dengan sikap enggan berkongsi sehingga ke alam persekolahan. 3 teknik untuk galakkan anak berkongsi mainan ini sesuai dipraktikkan apabila ada…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Review

Anak Suka Sepahkan Mainan? Ikuti 5 Tips Anak Tak Cepat Jemu dengan Mainan

Sebagai ibubapa pasti rasa kecewa bila lihat mainan anak-anak berhabuk tak terusik. Ataupun anak sepah mainan semua kemudian tinggalkan begitu saja. Langsung tak endah nak main ke, nak kemas ke. Pernah jadi macam tu tak? Kalau pernah mungkin boleh cuba tips anak tak cepat jemu dengan mainan ni. Tips ni diambil dari ‘orang lama-lama’ dan sudah saya praktikkan hampir 5 tahun. Alhamdulillah ia berkesan untuk anak-anak saya. Jom saya kongsikan tips nya. 1) Simpan mainan mengikut set Ini sangat membantu untuk anak mengoptimumkan penggunaan mainan. Memang anak akan mencampur pelbagai mainan semasa bermain, itu adalah cara mereka berkreativiti. Tapi semasa menyimpan…

Continue reading
Magnetic Jigsaw
in Review

Mainan magnetik anak anda

Hari ni saya nak kongsikan produk Kedai Cikgu yang terlajak laris – magnetism spell happily atau mudahnya pelanggan saya sebut mainan magnetik. Sudah hampir 2 tahun saya menjual produk ini dan sentiasa ada permintaan. Kerana mainan ini sentiasa relevan walaupun muncul pelbagai mainan seumpamanya dalam pasaran. Mainan magnetik ini sangat baik untuk merangsang perkembangan imaginasi anak-anak teruatama bagi anak yang belum boleh melukis. Anak dapat mengekspresikan imaginasi mereka menggunakan plat-plat magnetik yang disediakan. Selain itu ibubapa boleh mengoptimumkan penggunaan mainan ini dengan memperkenalkan anggota badan, nama benda dan warna. Set mainan magnetik ini mengandungi 1 kotak kayu 1 penutup kotak dwifungsi…

Continue reading
Close