Tag

Mengurus emosi ibubapa

in Ilmu Keibubapaan

Anak Tak Mahu Ulangkaji untuk Peperiksaan?

Peperiksaan dah dekat, tapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa. Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah.  Kita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi juga dah darjah 4 pun tak nampak bersedia lagi. Banyak faktor yang mempengaruhi. Faktor yang utama adalah rangsangan pada 7 tahun pertama. Selain tu faktor persekitaran dan genetik juga boleh menyumbang kepada kesediaan anak untuk berminat belajar menggunakan pen dan kertas. Dalam menghadapi isu peperiksaan,…

Continue reading
5tahunpertamanak
in Ilmu Keibubapaan

5 Tahun Pertama Anak Kecil

Petang tadi melayan permintaan Faqihah nak buat aktiviti di dapur. Ikutkan hati rasa nak berehat-rehat sahaja selepas seharian mengadap pelbagai tugasan. Bila ummi bermalas-malasan tu muncul lah satu suara dari bibir yang comel itu Ummi tau tak kenapa adik suka masak. Sebab nanti bila adik dah ada baby, adik nak masak bagi anak adik makan. Ummi pun tanya adik nak masak apa? Bila anak adik baby adik masak bubur. Nanti dia dah 5 tahun adik masak nasik dengan sup kuning (gulai lemak). Lepas tu adik hantar dia pergi sekolah. Telan air liur kejap ummi.😅 Teringat beberapa tahun lepas dengar Prof Muhaya cakap….

Continue reading
anakmencarut
in Ilmu Keibubapaan

Anak tiba-tiba mencarut!

Terkejut sungguh saya ketika kali pertama mendengar Faqihah sebut “BABI” kepada abangnya. Rasa terkedu seketika. Walhal masa tu abangnya hanya acah-acah larikan mainan. Selalu main-main macam tu takda pun dia nak marah sangat. Jerit-jerit kejap lepas tu nanti dah boleh bergurau semula. Tambahan pula anakanda Faqihah 24 jam duduk dengan saya. Pasti sesuatu yang mengejutkan bila dia buat sesuatu diluar norma keluarga kami. Puas saya terpaksa memerah otak dari mana sebenarnya dia belajar benda ni. Saya sangat pasti ia datang dari anasir luar. Dan seketika kemudian saya teringat pada paginya saya ada buat aktiviti ulangkaji sukukata. Salah satunya mengecam tulisan…

Continue reading
marahanak
in Ilmu Keibubapaan

Tips Istiqamah Tak Nak Marah Anak

Baru-baru ni saya sempat ikuti rancangan Pesona D’Zahra di Radio ikim.fm. Rancangan mengenai motivasi kekeluargaan ini sangat menarik. Cara perkongsian Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin sangat santai, lucu pulak tu. Tapi isi penyampaian dia memang menusuk hingga ke tulang paling dalam. Fuhh.. Ia adalah rancangan motivasi kekeluargaan yang tidak pernah jemu saya mendengarnya, Alhamdulillah. Dalam slot yang yang saya dengar tu ada pemanggil yang bertanya bagaimana untuk kita istiqamah buat sesuatu perkara. Contohnya kita azam tak nak marah-marah anak, tapi dihujung hari selalu kecundang dengana zaman tu kan. sob..sob.. Ini adalah intipati jawapan ustaz pada soalan tersebut. 1) Niat Setiap…

Continue reading
Bagibuahuntukanakgatalgusi
in Ilmu Keibubapaan

Anak Suka Masukkan Benda Dalam Mulut?

Bila dengar ada anak yang tetelan duit syiling, lego kecil, hiasan kecil mesti rasa risau kan! Tapi sebenarnya aktiviti anak tu normal. Dalam fasa perkembangan sensorimotor, anak akan menggunakan deria nya iaitu tangan, kaki, lidah beserta mulut untuk bereksplorasi. Mulut selalu menjadi pilihan anak kecil untuk bereksplorasi kerana pada usia itu paling banyak saraf deria pada bahagian mulut. Kira anak-anak kita ni saintis yang bijak sejak kecil sebenarnyakan. ^_^ Selain bereksplorasi, anak kecil juga memasukkan benda dalam mulut kerana gatal gusi. Jadi ibubapa perlu peka dengan keadaan ini dan sediakan teether atau makanan jejari yang boleh anak-anak ambil bagi mengurangkan rasa…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Pengalaman Anak Lambat Bercakap, Cara Ibubapa Kesan Anak Sendiri

Biasanya ibubapa akan sedar anaknya lambat bercakap apabila kanak-kanak lain yang sebaya sudah mula bercakap. Keadaan ini sudah cukup untuk melahirkan kebimbangan pada hati ibubapa. Namun seringkali kebimbangan ini ditenangkan oleh cakap-cakap yang menunjukkan anak kita ok. Alah budak-budak bukan sama. Ada jenis lambat. Nanti-nanti boleh la cakap tu. Budak lelaki memang lambat sikit mula bercakap. Jeng..ibubapa yang asalnya sudah terdetik kebimbangan mula berasa selesa. Walaupun kebimbangan itu kembali bertandang, tetapi memang fitrah manusia adalah sukar untuk menerima kenyataan yang negatif. Seboleh mungkin akan dineutralkan supaya semuanya ok. Dan itulah juga saya satu ketika dulu. <peace> Walaupun hakikatnya anakanda Fateh…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Terapi Fizikal untuk Anak Lambat Cakap

Dulu-dulu kalau tengok budak tiup belon buih selalu fikir apa la yang best sangat main ni. Lenguh mulut kot. Kan sekarang dah ada pistol belon buih tu, senang sekali tembak berlambak-lambak belon keluar. Fuh.. Tapi tu dulu la. Dulu-dulu masa tak faham tentang perkembangan kanak-kanak. Zaman kegelapan. Uhuks! Selepas bertemu dengan terapis carakerja barulah saya tahu rupanya meniup belon adalah salah aktiviti yang bagus untuk membantu fisiologi mulut anak berkembang dengan optimum. Dan perkembangan fisiologi mulut penting bagi memastikan anak dapat bercakap pada usia yang sepatutnya. Lepas tau tu jumpa belon kat mana pun ummi belikan ja. Sebelum tu memang…

Continue reading
Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Bagaimana Mengajar Anak Lambat Bercakap Gabungkan 2 Perkataan

Catatan mengenai lambat bercakap adalah satu proses flashback. Ia adalah pengalaman saya hampir 4 tahun lalu. Namun saya catatkan juga di sini buat rujukan diri sendiri dan ibubapa yang memerlukan. Seringkali ibubapa yang mengetahui anak saya pernah mengalami fasa lambat bercakap akan bertanya bagaimana saya keluar dari kepompong itu. Untuk bercerita dalam mesej, dalam pertemuan-pertemuan singkat adalah sukar. Jadi bila dicatat di sini harapnya lebih mudah mereka yang memerlukan membuat rujukan. Cuma mungkin ada bahagian yang tertinggal, penerangan kurang tepat dan sebagainya kerana ia sudah lama berlalu. Kerana itu bacaan-bacaan di media umum ini sifatnya hanya sebagai pembuka minda. Tatkala ibubapa…

Continue reading
petua anak lambat bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Petua Anak Lambat Bercakap, perkongsian dari Speech Theraphy

Hari ni pertama bulan Mac 2017. Bermakna sudah 2 bulan anakanda bersekolah darjah 1. Alhamdulillah dia sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Usai ambilnya dari sekolah setiap hari, becok mulutnya membuat laporan. Laporan mengenai aktiviti pembelajaran dalam kelas, tentang kawan-kawan dan pesanan-pesanan guru. Jika orang lain melihatnya sekarang, mungkin tidak menyangka dia pernah mengikuti terapi pertuturan kerana masalah lambat bercakap. Tapi itulah realitinya. Dia yang dulunya hanya akan menarik tangan abah atau ummi bila nak minta sesuatu. Semua yang dia nak hanya dengan menunjuk. Nak keluar perkataan ‘susu’ sepatah pun siksa nak tunggu. Namun syukur hari ini perkembangannya sudah berada…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Cabaran Bawa Anak ke Terapi Pertuturan

Susahnya nak bawa anak ke sesi terapi pertuturan Ini adalah keluhan biasa. Keluhan  ibubapa yang mempunyai anak yang lambat bercakap mahupun apa-apa kes yang perlu rujukan ulangan di hospital. Hanya yang mengalaminya dapat memahami keluhan ini. Jika tak kuat azam untuk melihat anak kembali ke tahap perkembangan normal, memang mudah untuk berhenti separuh jalan. Itulah yang kerap saya temui. Cabaran bermula sebelum bawa anak ke sesi terapi lagi. Bagi ibu atau bapa yang bekerja sendiri mungkin boleh sesuaikan masa dengan waktu temujanji. Tapi bagi yang makan gaji memang sukar untuk fahamkan majikan mengenai kepentingan membawa anak ke sesi terapi ini. Sesi persekolahan…

Continue reading
Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

Selalunya  orang sakit ja di bawa ke hospital. Tapi sebenarnya ramai sahaja pesakit yang ‘tidak sakit’ tetapi menerima rawatan di hospital. Salah satunya ialah kanak-kanak yang lambat bercakap. Kerana di hospital terkumpul pakar-pakar yang dapat membantu ibubapa merangsang anak ini bercakap lebih cepat. Ada pelbagai cara untuk merujuk anak lambat bercakap ke hospital. Tetapi yang saya nak kongsikan di sini ialah pengalaman saya sendiri merujuk anakanda Fateh ke Hospital Pulau Pinang. Setelah menyedari anak saya lambat bercakap, saya pun terus membawanya ke bahagian pesakit luar (001) di hospital. Cara saya ini melangkaui Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, tetapi mereka sendiri…

Continue reading
Pengguna Tablet genius RR4U
in Ilmu Keibubapaan

Tablet Genius RR4U Bantu Anak Lambat Bercakap

Anak lambat bercakap bukan satu penyakit. Tapi cukup untuk membuatkan ibubapanya bimbang dengan perkembangan anak tersebut. Kelewatan anak bercakap turut mempengaruhi perkembangan lain. Apatah lagi apabila orang di sekeliling mula membanding-banding kemampuan anak dengan kawan sebaya. Ini sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam hati seorang ibu. Pengalaman saya sendiri, menguruskan anak lambat bercakap sangat mencabar. Dia tidak dapat memberitahu apa kehendaknya dengan jelas. Keadaan ini biasanya akan berakhir dengan tangisan yang membawa tantrum. Kita juga menjadi kurang sabar apabila menguruskan mereka kerana tidak tahu apa kehendak mereka. Dalam kesibukan rutin harian, seringkali juga emosi anak itu dibiarkan berlalu begitu sahaja….

Continue reading
Close