Tag

Motor Halus

knobpuzzlearab
in Review

Knob Puzzle Bahasa Arab

Alhamdulillah dah selesai urusan pengeposan untuk hari ini. Setiap hari urusan pos menjadi agenda penting bagi peniaga online macam saya. Kerana ia adalah amanah penting yang perlu dilangsangkan setelah pelanggan membuat bayaran. Selesai ja urusan pos rasa macam terangkat batu besar atas kepala. Fuh.. Tenang tu kadang sampai lupa nak update tracking number.. ūüėõ Minggu ni masih ramai ibubapa yang rebut peluang dapatkan mainan Genius Art pada harga promosi pengenalan. Mainan yang agak baru masuk ke pasaran Malaysia ini mendapat sambutan yang hangat kerana keunikannya yang tersendiri. Itulah yang seronoknya dengan dunia educational toys ni, banyak produk-produk baru yang selalu…

Continue reading
Bagibuahuntukanakgatalgusi
in Ilmu Keibubapaan

Anak Suka Masukkan Benda Dalam Mulut?

Bila dengar ada anak yang tetelan duit syiling, lego kecil, hiasan kecil mesti rasa risau kan! Tapi sebenarnya aktiviti anak tu normal. Dalam fasa perkembangan sensorimotor, anak akan menggunakan deria nya iaitu tangan, kaki, lidah beserta mulut untuk bereksplorasi. Mulut¬†selalu menjadi pilihan anak kecil untuk bereksplorasi kerana pada usia itu paling banyak saraf deria pada bahagian mulut. Kira anak-anak kita ni saintis yang bijak sejak kecil sebenarnyakan. ^_^ Selain bereksplorasi, anak kecil juga memasukkan benda dalam mulut kerana gatal gusi. Jadi ibubapa perlu peka dengan keadaan ini dan sediakan teether atau makanan jejari yang boleh anak-anak ambil bagi mengurangkan rasa…

Continue reading
Mainan motor halus
in Ilmu Keibubapaan

Apa Kepentingan Perkembangan Motor Halus?

Biasanya bila beli mainan untuk anak-anak selalu ada tulis ‘develop fine motor’ kan. Dari soft toy sampailah ke mainan kayu selalu ada label ni pada kotak mainan. Ini menunjukkan perkembangan motor halus adalah penting untuk kanak-kanak. ok sebelum kita lihat apa kepentingannya, mari kita semak apa maksud ‘kemahiran motor halus’. Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Jadinya kebanyakan aktiviti seharian anak kecil memang melibatkan kemahiran motor halus. Ketangkasan (dexterity) ialah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam…

Continue reading
pretend-play-city
in Aktiviti Anak, Review

Seronoknya Main Olok-olok

Semalam suami saya mengisi masa cutinya bersama anak-anak di rumah. Tinggal di “Pulau Pelancongan” menjadikan kami perlu merancang aktiviti luar pada waktu yang tidak ramai pengunjung dari luar. Pada waktu puncak seperti cuti hujung minggu yang panjang, lebih baik keluar terus dari pulau mutiara ni atau tinggal di rumah sahaja. Perjalanan yang dekat boleh mengambil masa berjam-jam hanya kerana menyertai ‘pesta’ kenderaan di jalan raya. Jadi bila anak-anak tanya apa aktiviti nak buat, saya pun teringat gambar-gambar yang saya download dari facebook ibu-ibu hebat yang lain. Bila suami tengok, dia nak buat idea lain. Tak kisah la, sebab dia yang…

Continue reading
Bermain bead maze
in Review

Apa Perbezaan Mainan Bead Maze Yang Ada Dalam Pasaran

Alhamdulillah, ibubapa sekarang semakin sedar mengenai kepentingan mendedahkan anak dengan mainan pendidikan (educational toys) sejak bayi. Harga tidak lagi menjadi isu kerana ibubapa sedar kebaikan yang akan anak perolehi. 3 tahun lalu memang agak sukar saya nak menerangkan¬†Kebaikan bermain Bead Maze¬†ini. Namun hari ini, kebanyakan kanak-kanak pernah bermain dengannya samada di rumah sendiri, di taska mahupun tempat mainan awam. Semalam ada ibu yang tanya apa beza antara 3 model bead maze/labyrinth ni. Ok, sebelum tu yang penting ialah TUJUAN kita nak bagi anak mainan bead maze ni. Mainan ini direka untuk melatih daya fokus anak. Anak akan fokus pada pergerakan…

Continue reading
in Review

Tips Penjagaan Magic Clay

Alhamdulillah semakin ramai ibubapa yang mengetahui kebaikan Magic Light Clay ini. Minggu ini kebanyakan pelanggan saya mula mendapatkan kit mainan ini untuk anak-anak mereka. Semoga¬†anak-anak mereka memperolehi manfaat yang banyak dari mainan ini. Membeli mainan untuk anak-anak adalah pelaburan. Jadi bagi memastikan pelaburan itu berbaloi dan mainan tahan lama, saya kongsikan tips untuk menjaga Magic Light Clay ni dari cepat rosak Main 1 warna sahaja dalam 1 masa Oleh kerana sifat magic lay ini yang lembut, ia mudah bercampur apabila digunakan dengan warna lain. Biasanya untuk anak usia sekitar 2 ke 3 ni hanya nak main suka-suka menguli saja. Jadi…

Continue reading
in Umum

Cara Ajar Anak Melukis di Rumah

Beberapa bulan lepas, bila tengok Fateh sangat obses melukis, terdetik dalam hati untuk hantar dia ke kelas melukis. Alasannya mudah, saya tak pandai melukis. Tapi dalam masa yang sama terfikir, perlu kah? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin belum masanya. Apa yang saya buat, saya belikan dia 1 rim kertas A4 kosong. Saya bagitau dia boleh ambil kertas tu untuk melukis, guna kedua2 belah dan simpan hasil lukisannya dalam fail folder. That’s all.. Alhamdulillah, saya menjumpai artikel INI. Dan tindakan saya adalah yang terbaik untuk usia Fateh sekarang, In syaa Allah. Bagi penulis ini yang juga seorang pelukis, keutaamaan…

Continue reading
Close