Tag

parenting

tipsurusanakwaktupagi
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Urus Anak Meragam Waktu Pagi

Pagi-pagi tadi saya turun ke padang permainan sekejap. Rutin harian, ambil angin pagi sambil senaman ringan sikit. Awal pagi juga adalah waktu yang bagus untuk buat teknik pernafasan dan visualisation. Cuma pagi ni ketenangan tu terganggu sikit dengan suara anak kecil jiran mengamuk. Saya selalu ja selisih dengan jiran ni, biasa anaknya ceria ja pagi-pagi. Pagi ni adalah sesuatu yang tak kena dengan emosinya, sampai ibunya terpaksa tunggu reda baru boleh bergerak keluar. Ya lah, nak dukung adik kecik lagi. Nak layan anak besar meronta lagi. Begitulah rencah awal pagi bila ada anak sedang membesar. Teringat 4 tahun dulu ketika…

Continue reading
Amirulbudaksudan
in Review

Review Buku “Amirul Budak Sudan”

Masa pulang ke kampung baru-baru ni, kakak saya sibuk ‘mempromosikan’ buku Amirul Budak Sudan tulisan Roza Roslan. Kami memang sama-sama meminati tulisan beliau. Asalnya saya hanya dengar ulasan kakak saya sahaja, rasa tak berminat nak melekat membaca dalam sibuk bercuti di kampung. Tapi bila dah mula baca, terus melekat dan gigih mencuri-curi masa di celah aktiviti di kampung. Siap berjaga malam lagi nak habiskan. Gigih la pulak kan. Itulah masalah bila dah mula baca buku macam ni. Lambat nak move on, dah habis sibuk ulang pulang. šŸ˜› Buku ini mendidik saya menguruskan hati dan fikiran sebagai seorang ibu. Betapa semua…

Continue reading
punca anak sembelit
in Ilmu Keibubapaan

3 Petua Hilangkan Sembelit untuk Bayi

Tadi dalam grup ibu-ibu ada sembang pasal anak sembelit dan berak berdarah. Ngeri tengok. Terus teringat anakanda Faqihah pernah alami episod berak berdarah selama lebih kurang 3 bulan. Sembelit ni memang masalah biasa dalam Ā kalangan kanak-kanak. Banyak faktor yang menyebabkan sembelit terutamanya berkaitan dengan pemakanan. Bagi anak yang minum susu formula, masalah sembelit sering menghantui seawal usia bayi. Dan kebanyakan anak kecil terdedah pada sembelit apabila mula mengambil makanan pejal. Sembelit bukan penyakit kritikal, tapi bila dibiarkan berlarutan boleh membawa pelbagai masalah lain. Ramai ibubapa Ā yang terpaksa bergantung kepada cecair enema untuk atasi masalah sembelit anak walaupun sedar ia bukan…

Continue reading
Bermain di padang permainan
in Ilmu Keibubapaan

Tips bawa anak main di playground tanpa mengamuk

Petang semalam saya temankan anak turun main kat padang permainan. Rutin harian kalau hari tak hujan. Anak dah besar-besar ni dah main sendiri, tapi mak kena turun jugak la atas faktor keselamatan. Jadi nak isi masa tu selalunya saya briskwalk keliling taman permainan tu. Kadang-kadang berbual dengar cerita-cerita mahal warga emas. Boleh ambil pengajaran buat panduan kita yang Ā masih jauh perjalanan hidup. Kalau umur panjang la kan. Selain tu kat padang permainan ni selalu boleh tengok ‘drama’. Drama anak nak singgah main tapi mak nak balik rumah. Drama anak dah main tapi tak puas-puas. Lepas tu mak angkat jugak anak,…

Continue reading
anaksusahmakanubat
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Picit Hidung Anak Waktu Bagi Makan Ubat

Pagi tadi saya terbaca berita viral mengenai seorang bapa yang menggunakan spray hidung untukĀ atasi masalah hidung tersumbat. Tak sanggup nak tengok keseluruhan video. Tapi dari pemerhatian sepintas lalu, caranya jelas boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai yang mengecam cara penggunaannya yang salah. Semoga beliau beroleh petunjuk bagaimana untuk menguruskan masalah kesihatan anak dengan lebih selamat. Isu ini mengingatkan kejadian yang berlaku pada saya sendiri. Saya tak sedar pun la. Tapi abah selalu sangat ulang-ulang kisah ni. Nampak jelas penyesalan di wajahnya. Asal ada topik pasal anak tak sihat ja mesti dia pun bukak cerita ni. šŸ˜£ Jadi saya kongsikan…

Continue reading
ketagihangajet
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

5 Aktiviti Mudah Semasa Anak Menunggu Selain Bermain Gajet

Bagi ibubapa yang mempunyai anak sedang membesar, aktiviti menunggu lama akan mengundang kerisauan. Tempat-tempat seperti hospital, klinik dan urusan kaunter biasanya perlu mengambil masa yang lama menunggu sebelum berurusan. Dan fitrah anak kecil yang cepat bosan itu menyebabkan aktiviti menunggu seringkali bertukar menjadi caca-merba. Selain itu mereka juga sangat suka bereksplorasi di tempat baru. Mereka sangat bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti di saat ini. Ini semua jika tidak diuruskan dengan baik akan membawa tekanan kepada ibubapa seterusnya anak kecil yang tak berdosa ini dimarahi dan dipaksa duduk diam. Dan seringkali juga ia akan berakhir dengn ibubapa memberikan gajet kepada anak…

Continue reading
whitenoisebabymuzikanaktidur
in Ilmu Keibubapaan

Betulkah ‘White Baby Noise’ Boleh Bantu Anak yang tak nak duduk dalam car seat?

Sejak tulis flashback pasal anak tak nak duduk dalam carseat tu kan, macam-macam pulak ilmu lain saya dapat. Alhamdulillah. Rezeki berkongsi ilmu agaknya. šŸ™‚ Ada sorang rakan FB saya cerita pasal White Baby Noise. Katanya dengan pasang bunyi-bunyian yang serasi dengan anak, ia dapat bantu anak tenang dan tidur lebih nyenyak. Saya pun teringat pernah dapat fail muzik digital untuk terapi semasa hadir ke satu seminar motivasi. Bila dengar muzik tu macam kelakar ja. Siap fikir boleh ke buat orang jadi tenang. ^_^ Tapi saya saja la share kat FB. Alhamdulillah ada ibu yang memang dah amalkan untuk anak dan ia…

Continue reading
gengibumuda
in BIJAK NIAGA

Grup Geng Ibu Muda

Setahun yang lalu, saya dikurniakan ilham untuk wujudkan sebuah grup di facebook. Konsep grup masih samar-samar ketika tu. Tapi saya terus bertindak create grup dan invite 2 rakan terdekat sebagai syarat untuk wujudkan grup. Usahawan kan, fast action fast result katanya. Lepas dari tu blank..kiki. Sesekali teringatkan grup ni untuk invite pelanggan Kedai Cikgu yang sedia ada. Tapi rasa terlalu nak menjual kan. Lama-lama jadi macam grup jualan lain. Nak buat sharing pun rasa macam takda idea. Nak ajak rakan niaga lain bergabung tapi tak pasti juga bagaimana nak menguruskan. Banyak sangat fikirnya. Alhamdulillah dalam bulan ni saya mula buat…

Continue reading
DrDanialZainalAbidin
in Ilmu Keibubapaan

Pendidikan Anak Paling Awal dalam Islam

Alhamdulillah hari Ahad baru-bari ini saya berpeluang hadir ke Kuliah Tafsir yang disampaikan Dr Danial Zainal Abidin. Kuliah kali ini membincangkan intisari ayat Surah Ali Imran dari ayat 35 – 41. Perbincangan mengenai pendidikan paling awal kanak-kanak ini sangat menarik minat sangat untuk berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai ibubapa. Di sini adalah catatan saya berdasarkan perbincangan di dalam kuliah tersebut. Iktibar Ayat 35 “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi…

Continue reading
5tahunpertamanak
in Ilmu Keibubapaan

5 Tahun Pertama Anak Kecil

Petang tadi melayan permintaan Faqihah nak buat aktiviti di dapur. Ikutkan hati rasa nak berehat-rehat sahaja selepas seharian mengadap pelbagai tugasan.Ā Bila ummi bermalas-malasan tu muncul lah satu suara dari bibir yang comel itu Ummi tau tak kenapa adik suka masak. Sebab nanti bila adik dah ada baby, adik nak masak bagi anak adik makan. Ummi pun tanya adik nak masak apa? Bila anak adik baby adik masak bubur. Nanti dia dah 5 tahun adik masak nasik dengan sup kuning (gulai lemak). Lepas tu adik hantar dia pergi sekolah. Telan air liur kejap ummi.šŸ˜…Ā Teringat beberapa tahun lepas dengar Prof Muhaya cakap….

Continue reading
marahanak
in Ilmu Keibubapaan

Tips Istiqamah Tak Nak Marah Anak

Baru-baru ni saya sempat ikuti rancangan Pesona D’Zahra di Radio ikim.fm. Rancangan mengenai motivasi kekeluargaan ini sangat menarik. Cara perkongsianĀ Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin sangat santai, lucu pulak tu. Tapi isi penyampaian dia memang menusuk hingga ke tulang paling dalam. Fuhh.. Ia adalah rancangan motivasi kekeluargaan yang tidak pernah jemu saya mendengarnya, Alhamdulillah. Dalam slot yang yang saya dengar tu ada pemanggil yang bertanya bagaimana untuk kita istiqamah buat sesuatu perkara. Contohnya kita azam tak nak marah-marah anak, tapi dihujung hari selalu kecundang dengana zaman tu kan. sob..sob.. Ini adalah intipati jawapan ustaz pada soalan tersebut. 1) Niat Setiap…

Continue reading
Bagibuahuntukanakgatalgusi
in Ilmu Keibubapaan

Anak Suka Masukkan Benda Dalam Mulut?

Bila dengar ada anak yang tetelan duit syiling, lego kecil, hiasan kecil mesti rasa risau kan! Tapi sebenarnya aktiviti anak tu normal. Dalam fasa perkembangan sensorimotor, anak akan menggunakan deria nya iaitu tangan, kaki, lidah beserta mulut untuk bereksplorasi. MulutĀ selalu menjadi pilihan anak kecil untuk bereksplorasi kerana pada usia itu paling banyak saraf deria pada bahagian mulut. Kira anak-anak kita ni saintis yang bijak sejak kecil sebenarnyakan. ^_^ Selain bereksplorasi, anak kecil juga memasukkan benda dalam mulut kerana gatal gusi. Jadi ibubapa perlu peka dengan keadaan ini dan sediakan teether atau makanan jejari yang boleh anak-anak ambil bagi mengurangkan rasa…

Continue reading
Close