Aktiviti Sebelum Mengajar Membaca
Pantasnya masa berlalu. Hari ini sudah cukup 2 minggu anakanda Fateh ikuti pembelajaran formal darjah 1. Dalam masa yang singkat ini, banyak perubahan-perubahan yang saya sebagai ibu juga perlu beradaptasi. Rutin persekolahan anak-anak hari ini makin mencabar. Dan kita sebagai ibu juga lebih bersedia untuk memberi sokongan mental dan fizikal kepada anak-anak. Dalam pada itu, saya sedang berusaha untuk berdisiplin mengajar Faqihah membaca. Sebenarnya saya sudah pernah bermula tahun lepas, tapi saya berhenti apabila hantar dia ke tadika. Sengaja berenti untuk kurangkan beban akademik kepadanya. Tapi rupanya ia semakin sukar apabila hendak bermula semula. Nanti in syaa Allah saya kongsikan…
Continue reading