Tag

Pengalaman Bisnes

5 Tips Sentiasa Bersemangat dalam Bisnes
in BIJAK NIAGA

5 Tips Sentiasa Bersemangat dalam Bisnes

Tips Sentiasa Bersemangat dalam bisnes ni adalah jawapan yang saya selalu jawab. Bila jumpa kawan2 yang sama2 berbisnes, ramai yang tanya soalan ni. Macam mana nak kekalkan momentum dalam bisnes? Pada saya benda ini biasa masa awal2 kita mula berbisnes, sebab belum faham macam mana rentak orang berbisnes. Bila kita dah belajar macam2 ilmu, dah lalui beberapa fasa dalam bisnes perkara macam ni tak sepatutnya jadi isu la. Sebab nak bisnes memang kena ada momentum, kalau tak macam mana nak gerak sebab takda orang yang akan datang ketuk kita sepanjang masa. Segalanya mesti bermula dari diri sendiri. Tapi dari pengalaman…

Continue reading
Tips Urus Masa di Dapur bagi Wanita Bekerja dari Rumah
in BIJAK NIAGA

Tips Urus Masa di Dapur bagi Wanita Bekerja dari Rumah

Hari ni anak balik awal sempena musim peperiksaan. Rasa macam kejappp sangat masa diorang kat sekolah. Mak banyak lagi urusan bisnes belum setel ni.haha. Mujur la gulai ayam semalam banyak lebih. Jadilah menu hari ni gulai ayam perangat, ayam goreng panas2 lawan dengan sambal bilis Cik Nor. Fuhh..tak sedar licin sepinggan. Menu makan dengan anak2 lepas diorang balik sekolah biasa simple2 ja. Nanti petang baru masak semula untuk bos pulak. Teringat sembang2 kat grup wasap agen Tasneem Naturel pasal pengurusan masa. Untuk jimatkan masa kat dapur, macam2 strategi yang WAHM (working at home mom) ni buat. Masak sekali sahaja dalam…

Continue reading
Tips Penting untuk Wanita Berjaya dalam Bisnes Online
in BIJAK NIAGA

Tips Penting untuk Wanita Berjaya dalam Bisnes Online

Bisnes online ni ada orang cakap senang, tak payah modal besar. Duduk rumah pun boleh buat duit. Itu betul. Tapi hakikatnya nak bangunkan bisnes online tetap ada cabarannya yang tersendiri. Tak semudah cakap-cakap orang la. Tips penting untuk berjaya dalam mempunyai push factor yang kuat dalam diri kita untuk betul-betul buat bisnes tu sampai jadi. Tapi tak ramai orang yang ada push factor yang kuat dan betul-betul boleh menolak dia naik ke atas. Sebab tu kita perlukan orang lain untuk push kita naik walaupun hakikatnya memang ada orang tak suka di push. Ok ja boleh ja berjaya dengan cara sendiri….

Continue reading
mudahnyamenulisblog
in BIJAK NIAGA

Mudahnya Menulis Blog

Menulis adalah impian saya sejak di zaman kampus. Beberapa percubaan untuk menyertai kelas bimbingan menulis hanya terus memberi kan ilmu, namun tidak membuahkan tindakan. Namun jauh di sudut hati, saya yakin dapat menulis seperti penulis yang sudah terkenal. Ia terus tersimpan kemas sebagai sebuah impian yang membuak-buak. Setelah menceburi dunia bisnes dengan serius, saya mula menyedari penulisan adalah satu cara advertorial yang berkesan. Jadi pada awal tahun 2016, saya mula menulis di laman blog ini. Penulisan awal saya memang sepenuhnya menjurus kepada tujuan untuk menjual. Saya mencipta tekanan pada diri sendiri untuk kelihatan pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tujuannya…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Ceramah keusahawanan bersama siswi USM

Baru-baru ini ada seorang pelajar USM hubungi saya. Mereka minta saya buat perkongsian mengenai jatuh bangun dalam bisnes. Rasa kelakar pulak sebab bisnes pun tak bangun berdiri pun lagi, jadi takda la nak jatuh sangat kan. Tapi sebab dulu saya dari persatuan tu, saya pun terima sajalah undangan tu. Sampai masa nak berprogram, barulah saya dapat maklumat ada 2 penceramah. Perceramah bersama ialah pensyarah keusahawanan dari USM. fuh..kecut perut den. Dengan bisnes sendiri pun tak berapa nak bangun lagi, digandingkan pula dengan orang yang berilmu. Memang mengerikan. Tapi dah terelpas berjanji, teruskan ja la. Belasah ja la kan. 😛 Alhamdulillah…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Belajar berniaga di Gerai Jualan

Lenguh berdiri dan angkat barang masih terasa, namun saya seronok nak berkongsi pengalaman berharga semalam. Ini adalah pengalaman pertama saya membuka gerai jualan yang prosesnya dari awal hingga akhir saya uruskan sendiri. Sebelum ni saya hanya ada pengalaman menumpang gerai orang lain atau berkongsi gerai jualan. Memang agak meletihkan namun saya seronok melalui pengalaman ini.Iya..semua perjalanan dalam bisnes adalah amat berharga, kerana setiap satunya unik dan memberi pengajaran yang tersendiri. Semalam saya meluangkan masa separuh hari di sambutan hari konvokesyen tadika Cerdik si Comel di dewan Mardi Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya dapat peluang membuka gerai jualan ini ketika berurusan…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Pemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya

Teks : Sakina Hamid Saya selalu bersembang dengan ibu-ibu yang sedang mengorak langkah sebagai usahawan. Rata-rata isu kami dalam membangunkan bisnes hampir sama. Cuma ada satu masalah yang agak dominon ialah kekangan masa untuk membuat aktiviti pemasaran. Kebanyakan kami menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Namun kekangan masa menyebabkan aktiviti pemasaran tidak konsisten, sekaligus memberi kesan kepada naik turun bisnes. Kebiasaan menjadi ‘burung hantu’ menyebabkan medium marketing yang bersifat ‘live time’ menjadi kurang efisen untuk kami. Saya sendiri mengalami kekangan pemasaran melalui media sosial ‘live time’ seperti facebook dan instagram. Namun setelah mencuba berblogging, saya dapati ianya lebih mesra ibu-ibu…

Continue reading
in Umum

Keindahan TAWAKAL.

Antara rukun dalam bisnes yang sangat saya suka ialah TAWAKKAL. Pemerhatian saya, semakin tinggi level bisnes seseorang, semakin mantop tahap TAWAKKAL mereka. Dalam bisnes apa yang kita usahakan tak semestinya berhasil, tapi INSYAA ALLAH akan ada rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka. Kadang-kadang, saya bangun bagi dengan sejumlah bungkusan yang telah siap di bayar, tunggu nak pos ja. Tapi ada juga masanya bangun pagi tanpa apa2 janji dari prospek, saya buat marketing di sana sini seadanya. Menjelang tengahari tiba-tiba beramai2 nak buat bayaran. Betapa bisnes mengajar saya segalanya ditentukan DIA. Kadang-kadang boleh ‘close-sale’ 10 orang, tapi sorang pun tak ‘bank…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Tips Mulakan Bisnes Pertama

Bisnes pertama tidak sepatutnya terlalu kompleks, apa yang penting ialah kita beroleh KEYAKINAN untuk mula menjalankan bisnes. Tips mulakan bisnes pertama adalah dengan apa yang kita sudah ada. Samada dalam bentuk produk/servis. Apa sahaja dalam hidup anda yang anda telah merasai MANFAAT nya sesuai untuk dijadikan perniagaan. Ini adalah contoh situasi bagaimana anda boleh mendapat IDEA menjalankan bisnes. Kebanyakan staf ditempat anda bekerja tidak cukup masa membeli sarapan [MASALAH]. Dalam perjalanan ke tempat kerja, anda selalu singgah membeli sarapan di sebuah gerai, dan makanannya sedap2 belaka.[MANFAAT] Jadi, gunakan masalah staf si pejabat anda sebagai PELUANG anda berkongsi MANFAAT yang anda…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

AJAR LA SAYA BISNES!

Selalu juga member2 bersuara macam ni bila nampak saya berbisnes. Nak ajar tu belum sampai masanya la, tapi nak share tu boleh la sikit2. Pada saya, ini adalah 3 asas mulakan perniagaan yang penting untuk diambil perhatian bagi newbie ialah 1) ILMU Dengan ilmu yang tepat, jalan untuk berjaya lebih jelas. Dan risiko kegagalan dapat diminimakan, in syaa Allah. Ilmu boleh dapat dengan rata2 – baca, join seminar dan yang paling mahal ilmu2 ‘langgar dinding’ dalam bisnes. Ikut ja cara orang-orang yang dah berjaya tu buat, in syaa Allah berhasil. Dah faham trick bisnes nanti, boleh la langgar ‘adat’ pun….

Continue reading
in BIJAK NIAGA, Pengalaman hidup

Ibu Menyusu Nak Berniaga Online!

Ini cerita saya masa mula-mula terjebak dalam bisnes online. Dalam keadaan masih makan gaji dan menyusu anak kedua, rasa macam hampir mustahil nak memulakan bisnes. Ilmu bisnes memang hampir takda. Facebook pun jarang2 online, tak minat. Tapi kalau Allah dah kehendaki ia berlaku, takda yang mustahil kan. Rasa macam ada kekuatan dan diilhamkan jalan-jalan yang perlu di lalui, Alhamdulillah. Teringat masa tu Facebook profile dengan fanpage pun tak tau beza. Install facebook manager kat handset pun tak tau apa fungsi. Main redah ja. Belajar seadanya dari blog dan ebook2 percuma. Benda teknikal belajar secara teori, tanpa guru pulak memang la…

Continue reading
in BIJAK NIAGA

Target Bisnes Saya!

Dalam bisnes, sasaran bulanan adalah sangat penting. Ia akan memandu kita untuk menilai kekuatan bisnes dan merancang tindakan. Di sini saya kongsikan 3 jenis sasaran bulanan yang telah saya praktikkan. 1) Sasaran untung bulanan Kaedah ni saya belajar dari pakej MB2000 [highly rcomended for newbie]. Caranya letakkan sasaran berapa nak untung bulan tersebut. Contohnya nak untung rm1000. Bahagikan jumlah tu dengan bilangan hari berbisnes. 1000 ÷ 25 = rm40 / hari. Jadinya dalan sehari kena sasarkan untuk untung rm40. Kalau jual tudung untung rm10, kena dapatkan sekurang-kurangnya 4 jualan sehari. Kalau kurang tu kena semak balik teknik marketing. Cara ni…

Continue reading
Close