Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

Cara Rujuk Anak Lambat Bercakap ke Hospital

Selalunya  orang sakit ja di bawa ke hospital. Tapi sebenarnya ramai sahaja pesakit yang ‘tidak sakit’ tetapi menerima rawatan di hospital. Salah satunya ialah kanak-kanak yang lambat bercakap. Kerana di hospital terkumpul pakar-pakar yang dapat membantu ibubapa merangsang anak ini bercakap lebih cepat. Ada pelbagai cara untuk merujuk anak lambat bercakap ke hospital. Tetapi yang […]

Punca anak lambat bercakap

petua anak lambat bercakap

Setiap proses perkembangan anak berlaku dengan sebab. Cuma ada sebab yang diluar kawalan kita sebagai makhluk seperti faktor genetik dan sebagainya. Namun dalam kebanyakan kes anak yang dilahirkan normal, lambat mula bercakap sebenarnya berpunca daripada kurang rangsangan dari persekitaran. Pengalaman saya sendiri, anakanda Fateh lambat bercakap kerana kurang rangsangan dari kami sebagai ibubapa. Rangsangan adalah […]

Bagaimana Saya Mula Sedar Anak Lambat Bercakap

Anakanda Fateh lahir selepas setahun saya berumahtangga. Dalam kenaifan menjadi ibu muda, saya membayangkan semua perkembangan kanak-kanak berlaku secara semula jadi.Walaupun saya banyak membaca ilmu keibubapaan, tetapi saya banyak memfokuskan kepada ilmu mengenai asuhan alami. Saya suka membaca perkongsian mengenai penyusuan susu ibu, lampin kain moden dan gendong anak. Kebanyakan pembacaan saya semasa anakanda Fateh […]

Tablet Genius RR4U Bantu Anak Lambat Bercakap

Pengguna Tablet genius RR4U

Anak lambat bercakap bukan satu penyakit. Tapi cukup untuk membuatkan ibubapanya bimbang dengan perkembangan anak tersebut. Kelewatan anak bercakap turut mempengaruhi perkembangan lain. Apatah lagi apabila orang di sekeliling mula membanding-banding kemampuan anak dengan kawan sebaya. Ini sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan dalam hati seorang ibu. Pengalaman saya sendiri, menguruskan anak lambat bercakap sangat mencabar. […]

5 Tips Memuji Pencapaian Anak

Memuji anak adalah satu elemen yang sangat dititikberatkan dalam ilmu keibubapaan. Ia menjadi faktor pendorong yang kuat dalam pembentukan peribadi anak yang positif. Anak yang sering dipuji dengan betul akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup. Namun adalah penting untuk ibubapa memahami teknik pujian yang betul supaya ia memberi impak yang positif […]

Melayan Anak Melepaskan Stress

Berlari untuk membuang tenaga

Rutin harian mengambil anak pulang dari sekolah sangat mendidik saya menjadi ibu yang lebih matang. Ada hari anak pulang dengan sangat gembira. Tak sempat bertanya dah lengkap bagi laporan aktiviti di sekolah. Ada hari nampak anak tenang-tenang saja, tak berminat nak cerita apa-apa. Dan yang kurang seronok ialah bila anak pulang dalam keadaan ‘muka ketat’. Masuk […]

Anak ‘Istimewa’ Lagi Untung?

Teks : Sakina Hamid   Ini sekadar pemerhatian saya ja, kalau tak setuju boleh scroll cari resepi..hehe Alhamdulillah, Anak saya sendiri pernah melalui ‘fasa istimewa’ sekejap masa alami speech delay. Sebelum tu saya cari jugak ilmu parenting, tapi amalkan tu sekadarnya ja. Ikut angin. Seronok baca sebab tahu macam-macam, tapi takda kesungguhan nak beramal. Gembira […]

Bermain Merangsang Perkembangan Bahasa

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google Perkembangan bahasa adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam perkembangan kanak-kanak. Tanpa rangsangan yang betul, proses perkembangan bahasa akan menjadi lewat dari kebiasaan walaupun kanak-kanak tersebut normal. Jadi setiap ibubapa perlu meemastikan anak-anak sentiasa mendapat rangsangan untuk perkembangan bahasa yang betul. Perkembangan bahasa […]

Anak Suka Sepahkan Mainan? Ikuti 5 Tips Anak Tak Cepat Jemu dengan Mainan

Sebagai ibubapa pasti rasa kecewa bila lihat mainan anak-anak berhabuk tak terusik. Ataupun anak sepah mainan semua kemudian tinggalkan begitu saja. Langsung tak endah nak main ke, nak kemas ke. Pernah jadi macam tu tak? Kalau pernah mungkin boleh cuba tips anak tak cepat jemu dengan mainan ni. Tips ni diambil dari ‘orang lama-lama’ dan […]

Anak Petah Bercakap sering dapat pujian

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Tadi singgah solat kat masjid Al Muttaqin, Jitra. Dari tempat wuduk sampai masuk tempat solat Faqihah dok cotcet2 tanya itu ini. Sekali makcik yang sama-sama amik wuduk tadi pun cakap ‘Pandai dia bercakap no..’ Saya senyum ja la, bersyukur dalam hati. Ya..memang seronok tengok anak kecil petah bercakap, ada2 saja idea yang comel keluar dari mulutnya. […]

Cara rangsang perkembangan bahasa sejak bayi

“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan […]