Tag

Review

Guru Pengurusan Kewangan Peribadi
in BIJAK NIAGA

Guru Pengurusan Kewangan Peribadi

Selepas satu fasa berbisnes, saya sedar selain ilmu bisnes saya perlu mahir ilmu pengurusan kewangan. Tanpa pengurusan yang betul, keuntungan bisnes akan habis begitu saja. Saya mula mencari seminar kewangan dan bila hadir ke seminar, saya pun sedar yang ilmu di media sosial yang saya belajar selama ini terlalu asas. Malah ada juga yang saya salah faham kerana penerangan yang terhad. Bahaya kan. Kita tak banyak masa nak belajar semua benda. Jadi bila kita dah buat keputusan dalami satu2 ilmu tu, carilah guru yang pakar dalam bidang itu. Di sini saya kongsikan 3 guru pengurusan kewangan peribadi yang saya rujuk…

Continue reading
suri hati mr husband
in Review

Buku Suri Hati Mr Husband, Bacaan Terbaik Wanita Yang Mahu Berhenti Kerja

Buku Suri Hati Mr Husband ni dah lama ada kat rumah, tapi tak terbaca. Baru ni melilau satu rumah cari buku nak baca, alih-alih jumpa buku ni kat rak stok. Alhamdulillah akhirnya Allah lapangkan masa untuk baca buku ni. Sekali duduk hampir separuh saya habiskan bacaan. Masya Allah tulisan yang sangat berbekas di hati. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah nak buat pengorbanan macam tu kan. Tapi atas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar. Dan Masya Allah beliau bukan…

Continue reading
TIME broadband
in Pengalaman hidup

Akhirnya Kami Beralih kepada TIME Home Broadband

Sampai hari ni rasa masih kurang percaya saya dah daftar talian internet baru. Sebenarnya memang dah lama nak tukar wifi YES yang selalu mengundang hangin pada diriku ni. Tapi dek sebabkan ada kontrak 2 tahun, terpaksalah tunggu sampai habis. Alkisahnya TIME Broadband ni mula ‘menyerang’ kawasan perumahan kami sejak awal tahun lepas. Masa tu setiap petang mereka akan buka booth di kawasan dewan terbuka kat bawah tu. Lepas tu memang kerap hantar flyers selit kat pintu. Tapi saya tak ambik pusing sangat. Sebab tak boleh buat apa-apa pun. Nak tak nak saya kena tunggu kontrak talian internet sedia ada ni…

Continue reading
Amirulbudaksudan
in Review

Review Buku “Amirul Budak Sudan”

Masa pulang ke kampung baru-baru ni, kakak saya sibuk ‘mempromosikan’ buku Amirul Budak Sudan tulisan Roza Roslan. Kami memang sama-sama meminati tulisan beliau. Asalnya saya hanya dengar ulasan kakak saya sahaja, rasa tak berminat nak melekat membaca dalam sibuk bercuti di kampung. Tapi bila dah mula baca, terus melekat dan gigih mencuri-curi masa di celah aktiviti di kampung. Siap berjaga malam lagi nak habiskan. Gigih la pulak kan. Itulah masalah bila dah mula baca buku macam ni. Lambat nak move on, dah habis sibuk ulang pulang. 😛 Buku ini mendidik saya menguruskan hati dan fikiran sebagai seorang ibu. Betapa semua…

Continue reading
in Umum

Spa Muslimah (MamaCare) di LPPKN

Bagi seorang ibu bila dengar ja spa terus terbayang betapa relax nya nanti. Memang kalau tanya mana-mana ibu pun suka nak bersantai-santai di spa. Tapi hakikatnya sikit sangat wanita yang berpeluang membelai diri di spa. Banyak faktor yang jadi kekangan seperti kewangan, masa, jagaan anak dan sebagainya. Namun yang paling banyak kekangan masa sebenarnya kan. Alhamdulilah baru-baru ni semasa saya buat ujian pap smear di Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara cawangan Kepala Batas, saya terjumpa spa yang best ni secara tak sengaja. Ini kali pertama saya buat ujian di situ. memang masa mula-mula sampai tu nampak…

Continue reading
Close