Tag

Roadschooling

in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing

Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi. Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya. Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut pahala berbuat baik kepada haiwan, tiada keperluan untuk kita memelihara haiwan tersebut di rumah. Cukuplah sekadar menjadikan rutin memberi makan haiwan setiap hari atau bila berkesempatan. Saya melihat budaya memelihara haiwan kesayangan sehingga mengeluarkan kos yang banyak sebagai satu hobi yang tidak bermanfaat. Dalam keadaan…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Mengisi Masa di Kedai Makan

Pagi hari minggu yang lepas, kami sekeluarga pulang ke rumah abah di Alor Setar. Oleh kerana merancang untuk keluar awal, saya tidak sediakan sarapan pagi di rumah. Dah alang-alang nak keluar boleh la cari kedai roti canai kan. Kalau saja-saja nak keluar untuk makan kat luar tu memang tak kuasa la. Buang masa ja rasanya 😛 Dah sampai kedai tengok boleh tahan ramai jugak pengunjungnya. Pilihan yang ada nasi berlauk dan roti canai. Kami pilih untuk makan roti canai walaupun menjangkakan mungkin berlaku kelewatan. -_- Dan bagi mengisi masa menunggu, saya mendapat idea untuk membuat aktiviti bersama anakanda Fateh. Mula-mula…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang

Alhamdulillah, Isnin datang lagi. Datang dengan membawa harapan minggu baru untuk mencapai segala impian. Semoga apa jua perancangan anda dan saya akan dipermudahkan urusan-urusannya. Dalam hidup ini tiada yang mustahil untuk dicapai dengan izinNya, in syaa Allah. Hujung minggu baru-baru ni kami sekeluarga berkesempatan berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang. Taman ini ada nostalgia tersendiri kepada saya. Sepanjang bergelar mahasiswa USM dan bekerja sebagai guru, saya pernah datang ke sini beberapa kali menguruskan program. Boleh dikatakan kebanyakan aktiviti yang disediakan di taman rimba ini telah saya terokai. Semasa bergelar mahasiswa, saya berpeluang mendaki trek hutan hingga ke pusat tadahan air….

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman ke Fiesta Belon Panas Pulau Pinang

Semalam suami pulang dari kerja lewat malam dan maklumkan mengenai fiesta belon panas ini. Saya pun teringat ada melihat beberapa iklan minggu lepas. Saya pun ajak suami pergi. Respon pertama beliau ; parking ada 1200 ja. Susah nak parking nanti. Respon balas isteri beliau ; Kita pergi la awal-awal, kalau tak cuba mana nak tau ada parking ke tidak. ^_^ Alhamdulillah, kami dapat tempat parking sangat hampir dengan tempat program. Jam 7.30 pagi kami sudah sampai ke tempat program. Belon panas pertama baru sahaja dilepaskan ketika kami sampai. Dan Masyaa Allah, respon dari anakanda Fateh cukup untuk membalas kegigihan ummi…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Pengalaman Pertama Anak-Anak Menaiki Bas

Menaiki bas adalah perkara yang biasa bagi orang dewasa. Kebanyakan kita pernah melalui fasa menaiki bas sehingga jemu semasa zaman persekolahan mahupun bekerja. Namun kebanyakan anak-anak zaman sekarang ini sejak kecil hanya menaiki kenderaan sendiri. Jadi pengalaman pertama menaiki bas ini sesuatu yang  menyeronokkan dan menjadi pelajaran baru dalam kehidupan mereka. Saya sudah lama merancang membawa anak-anak menaiki bas awam sebagai aktiviti semasa cuti sekolah. Alhamdulillah semalam Allah realisasikannya dengan peluang membawa anak menaiki bas ekspress. Kami menaiki bas ekspress dari Terminal bas Sungai Nibung ke Alor Setar. Walaupun perjalanan hanya memakan masa 2 jam lebih banyak juga pengalaman berharga…

Continue reading
Close