Tag

ruam bayi

in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Tips Melegakan Masalah Penyakit Kulit

Penyakit kulit boleh dirawat melalui beberapa cara alami. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk melegakan masalah kulit: Mandi menggunakan air garam Apabila anak disahkan mengalami ekzema, corak pemakanan keluarga kami berubah kepada makanan yang lebih sihat. Untuk rawatan secara semula jadi, saya mandikan anak air garam berwarna merah jambu dan guna air sejuk sahaja.  Selepas mandi, saya tidak lap, cuma tekan tubuhnya secara lembut menggunakan tuala. Dengan cara ini, saya dapati ia dapat melegakan kegatalan pada kulit anak saya. Saya juga amalkan anak-anak tidak makan makanan manis pada bulanan penuh iaitu 13,14,15 mengikut tarikh Islam pada setiap bulan …

Continue reading
in Kesihatan bayi dan kanak-kanak, Umum

Punca Masalah Kulit Pada Bayi dan Cara Pencegahannya

Semua ibubapa impikan kulit bayi sentiasa halus mulus tanpa sebarang masalah. Namun seringkali anak kecil hadapi masalah kulit seperti  ekzema, kerak kepala, ruam panas, ruam lampin, alahan dan impetigo. Antara punca berlakunya masalah kulit adalah faktor cara penjagaan, genetik dan faktor kulit bayi yang belum matang. Ekzema Bayi Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan…

Continue reading
Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu
in Umum

Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu

Bila melihat anak ada ruam susu mesti ibu-ibu mula risau kan. Risau anak tak selesa, risau anak rasa pedih, risau kulit anak tak cantik. Ruam susu biasanya dikaitkan dengan ruam yang naik di bahagian pipi anak. Sebab susu kerap terkena bahagian tersebut kan. Sebelum itu, jom kenal dulu apa itu ruam susu dan punca ruam susu. Ruam susu ialah ruam yang biasanya terjadi apabila kulit sensitif bayi terutamanya di bahagian muka dan leher terkena protein dalam susu yang pada kebiasaannya susu formula. Perlu diingat, ruam susu juga boleh terjadi pada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif tau. Keadaan ini…

Continue reading
Cara Hilangkan Ruam Panas
in Ilmu Keibubapaan

Cara Hilangkan Ruam Panas yang Semua Ibu Boleh Buat

Bila anak naik ruam ja mula lah ibu-ibu susah hati kan. Perit rasa anak tanggung bila nampak kulitnya memerah tu kan. Ok, sebelum kita risau banyak-banyak, jom kita kenal apa itu ruam panas? Ruam panas terbentuk hasil daripada kelenjar peluh yang terlalu aktif. Akibat terlalu banyak rembeskan peluh, kelenjar ini tersumbat dan timbul bintik-bintik kemerahan Bahagian yang selalu menjadi ruam panas ialah kepala, leher, bahagian pelipatan dan belakang lutut. Biasanya ruam terjadi dalam kalangan bayi kerana masalah kulit yang sensitif. Adakah ruam berbahaya? Walaupun ruam adalah kerengsaan kulit, namun ia tidak membahayakan bayi dan kanak-kanak KECUALI ruam digaru dengan kuat…

Continue reading
Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!
in Umum

Rahsia ibu ini berjaya hilangkan ruam ni muka bayi sepenuhnya!

Semua ibubapa nak bayi sentiasa sentiasa selesa kan. Bila nampak kulit anak merah sikit pun kita dah mula rasa risau, apatah lagi kalau sampai tahap berair. Memang tak senang duduk jadinya. Itulah pengalaman yang Puan Eija ni lalui. Hati ibu mana yang tak sedih bila tengok pipi anak tu penuh ruam, sentiasa merah-merah dan berbiji-biji. Siap ada yang dah mula berair bila anak tonyoh. Sana sini bawa anak jumpa doktor. Orang sekeliling pandang semacam ja nampak macam anak ada penyakit kulit. Kat mana dengar orang cakap ada ubat bagus, semua Puan Eija sanggup beli. Walaupun duit takda, tapi ikhtiarkan juga…

Continue reading
Close